Monday 8 November 2010

VFA DI TANGGA KE 3, GAGAL PERTAHAN JUARA BORNEO FOOTBALL CUP

Pemain midfield harapan VFA Azamanuddin Hj Gillen berjaya mengawal bola dari terkaman lawan.
Skuad VFA kendalian Sharbini Mohidin (Pengurus) dan Nordin Tujoh (Jurulatih) walaupun gagal mempertahankan kejuaraan Borneo Football Cup 2010 buat kali ketiga berturut-turut namun masih mengekalkan reputasi sebagai sebuah pasukan terkuat di wilayah Borneo apabila pulang dengan kemenangan tangga ke 3 dan hadiah wang tunai RM1,000.
Pergelutan di udara antara Suni Mat Jerah dan pemain lawan sambil Mohd Ali Momin bersedia membantu.
Dalam perlawanan peringkat kumpulan VFA yang diundi dalam Kumpulan A telah berjaya menjuarai kumpulan apabila mencatat 2 kemenangan (Telta Old Guard 1-0, Mohd Sadiy Abdullah Tujoh dan Jabatan Bekalan Air Sabah 2-0, Puncha Gunong & Suni Mat Jerah) serta 1 seri (X Rhinos 3-3, Suni Mat Jerah/2 & Mohd Ali Momin).
Hj Hassan Hj Damit dengan aksi menarik.
Perjuangan mereka terkandas di separuh akhir apabila terpaksa menerima hakikat tunduk kepada Likas United dalam sepakan penalti 'sudden dead' setelah kedudukan terikan 1-1 hingga tamat masa tambahan. Gol tunggal VFA dijaringkan oleh Suni Mat Jerah. Sementara dalam perlawanan menentukan tempat ke 3/4, VFA tidak menghadapi banyak masalah apabila mudah menjinakkan Perantau FC 2-0 hasil jaringan Suni Mat Jerah dan Mohd Ali Momin.

Belakang dari kiri; Hj Norazmie PDP Hj Abd Razak (Penolong Jurulatih), Mohd Ali Momin, Pg Sallehuddin Pg Hj Damit, Kula Mohammed (Kitman), Mohd Sadiy Abdullah Tujoh, Hj Hassan Hj Damit, Ukoi Anam, Sharbini Mohidin (Pengurus) & Nordin Tujoh (Jurulatih). Depan dari kiri; Puncha Gunong, Suni Mat Jerah, Hj Mohd Salehen Kee Abdullah, Hj Shariful Rizal Hj Zainal, Ishak Hj Ibrahim & Azamanuddin Hj Gillen.

Sementara itu X Rhinos yang diwakili oleh bekas pemain-pemain negeri Sabah seperti Bobby Pian, Harun Laban, Suharmin Yusof dan Bobby Chua gagal dalam percubaan ketiga mereka untuk bergelar juara apabila tewas 2-3 kepada Likas United. Dalam dua edisi final yang lalu mereka gagal di perlawanan akhir kepada VFA.
Seperti biasa Pg Sallehuddin Pg Hj Damit memberi persembahan bertenaga untuk pasukannya.
 Gambar-gamabar oleh Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

No comments:

Post a Comment