Wednesday 10 July 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAQ

Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA mengucapkan 'Salam Ramadhan al-Mubaraq' kepada ahli-ahli VFA yang berugama Islam dan seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga ibadah yang dikerjakan mendapat keberkahan dari Allah s.w.t jua. Amin Amin Amin ya Rabbal alamin.

Tuesday 9 July 2013

XN FT The Double Champion 2013

Setelah mengharungi kira-kira tiga bulan musim Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST 2013, bermula 30 Mac (Piala Sumbangsih) dan 7 Julai (Piala Presiden), XN FT mengungguli kejohanan musim ini apabila menyapu bersih Piala FA dan Piala Presiden dengan menumpaskan pemenang 'Double Champion' musim 2012 Muara Vella SC dalam kedua-dua perlawanan akhir.

XN FT yang dibarisi oleh sebahagian besarnya bekas pemain-pemain kebangsaan telah menjinakkan Muara Vella SC 5-1 dalam perlawanan akhir Piala FA dan 8-0 dalam Piala Presiden. Kejohanan yang ditaja sepenuhnya oleh DST buat tahun ke empat berturut-turut itu telah disertai oleh 24 buah pasukan veteran dari seluruh negara. Syabas diucapkan kepada para pemenang.

Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA dan Ahli Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST 2013 serta ahli-ahli VFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada DST yang sudi menjadi 'Title Sponsor' sekali lagi dan semoga perkembangan ini akan berterusan dalam jangkamasa panjang. Juga tidak ketinggalan diucapkan syabas dan hormat setinggi-tingginya kepada setiap pasukan yang telah memberi komitmen menyertai kejohanan ini. Tanpa anda sekalian, mustahil kejohanan ini akan berjaya. Jumpa lagi tahun depan.
 XN FT meraikan kejayaan menjuarai Piala FA.
XN FT juara Piala Presiden