Tuesday 28 June 2011

PERLAWANAN 01 & 03 JULAI 2011

01 JULAI 2011/JUMAAT/4.00 PETANG
Rimba Star FC lwn PSI FC - SM PDSM Mentiri
Kota Ranger FC lwn PSJD - Komplek Sukan Tutong
KS Jab. Penjara lwn Temburong - Komplek Sukan Sg. Kebun

03 JULAI 2011/AHAD/4.00 PETANG
PSI FC lwn Kota Ranger FC - SM PDSM Mentiri
Telbru FT lwn Rimba Star FC - Komplek Sukan Tutong
Semaun Veteran lwn Perkasa FC - SM Awang Semaun
Indera FC lwn Veteran 20 - SM Rimba
Imfera Utd FC lwn Jerudong FC - BSRC, Seria

Thursday 23 June 2011

PERLAWANAN 24 & 26 JUN 2011

24 Jun 2011 (Jumaat)/4.00 petang
Temburong lwn Rimba Star FC - Komplek Sukan Batu Apoi
PSJD lwn PSI FC - Komplek Sukan Tutong
Perkasa FC lwn Indera FC - Sek Men Awang Semaun
Muara Vella FC lwn Semaun Veteran - Sek Men PDSM Mentiri

26 Jun 2011 (Ahad)/4.00 petang
KS Jab Penjara lwn Telbru FT - Komplek Sukan Tutong
Temburong lwn MIISA United FC - Komplek Sukan Batu Apoi
Indera FC lwn Muara Vella FC - Sek Men PDSM Mentiri
BSRC lwn Veteran 20 - BSRC, Seria

Wednesday 15 June 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN AKAN DISAMBUNG TIDAK LAMA LAGI

Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-2 2011 DST Group akan bersambung tidak lama lagi sebaik sahaja pihak penganjur iaitu VFA menyelesaikan beberapa masalah teknikal. Bagaimanapun jadual baru yang diemailkan kepada para pengurus pasukan sebelum ini tidak dapat digunakan dan satu jadual baru lagi akan dihantar dalam kadar waktu yang segera.

Pihak penganjur memohon maaf kepada kesulitan yang dihadapi oleh pasukan-pasukan terlibat.

Jabar Ithnin
Setiausaha Kejohanan

Thursday 9 June 2011

VFA JUARAI BCCT-TESCO LOTUS FOOTBALL MASTERS DI BANGKOK

Skuad VFA sekali lagi mengumpul koleksi kejuaraan apabila muncul juara kejohanan BCCT-Tesco Lotus Football Masters yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 4 & 5 Jun 2011 yang lalu apabila menumpaskan pasukan TNDP Jemisson Pattaya 4-0 dalam perlawanan akhir.

Sebelum itu skuad VFA berada di tangga teratas kumpulan setelah tidak mencatat satu kekalahan pun. VFA menumpaskan Port Rangers, Selangor 2-0, Kaola Gold Coast, Australia 3-1, Barbarian, Australia 1-0, Majestic 7 1-0 dan seri ketika menentang TNDP Jemisson Pattaya 1-1.

Skuad VFA, berdiri dari kiri; Liew Chuan Fue, Ukoi Anam, Lim Sun Hui, Hj Metussin Bagol dan Metussin Sumpong. Duduk dari kiri; Hon Ah Yan, Mail Tanjong, Zaini Abang, Hj Ayubhan Hj Jaya dan Yassin Mohd Noor.
Sedang berehat di khemah yang disediakan pihak penganjur.
Warm-up sebelum memulakan perlawanan.
Ada yang melucukan Liew Chuan Fue, Pg Hj Hashim, Zaini Abang dan Hj Metussin.
Sebagai peminat setia Red Devil Ukoi begitu gembira dapat bergambar bersama Paul Parker.
Ketika majlis makan malam kejohanan.
Meja yang menempatkan skuad VFA bertanda No. 1.
John Barnes dan Paul Parker memberi pandangan mengenai isu semasa bolasepak.
Giliran Liew dan Mail bertemu idola mereka, John Barnes.
VFA bersama piala kejuaraan.
VFA diwakili oleh Liew Chuan Fue, Ukoi Anam, Hj Metussin Bagol, Metussin Sumpong, Yassin Mohd Noor, Mail Tanjong, Hoon Ah Yan, Hj Ayubkhan Hj Jaya, Zaini Abang dan Lim Sun Hui. Sementara itu beberapa lagenda bolasepak EPL turut menyertai kejohanan kali ini, antaranya ialah Ian Rush, John Barnes & Paul Parker. Dua orang pegawai telah mengepalai skuad VFA iaitu Pg Hj Hasim Pg Hj Chuchu (Pengurus) dan Sabtu Sitai (Jurulatih).

Monday 6 June 2011

PRESIDEN & BENDAHARI VFA DILANTIK KE NFABD


Presiden Awang Ali bin Hj Ismail (gambar atas) dan Bendahari Agong VFA Awang Hj Zainol Ariffin bin Hj Jumaat telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD)/Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam) dalam Kongres Luar Biasa (Extra Ordinary) badan induk bolasepak negara itu yang diadakan di Hotel Empire, Jerudong kelmarin.

Seluruh Ahli Jawatankuasa Tadbir dan ahli-ahli VFA mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada keduanya atas perlantikan tersebut. Semoga pengalaman yang mereka miliki selama ini baik sama ada sebagai pemain kebangsaan suatu ketika dahulu ataupun sebagai kerjaya masing-masing akan dapat membantu NFABD bangun sebagai sebuah badan induk sukan kebangsaan yang berjaya dan disegani.

Selain mereka berdua, Awang Jamhari Lani, yang juga salah seorang bekas pemain kebangsaan turut terpilih menjadi AJK NFABD. VFA juga mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan NFABD dan berharap sukan bolasepak lebih maju di masa-masa akan datang.