Monday 26 April 2010

MAJLIS RAMAH MESRA VFA

Dari Kiri; Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin (Naib Presiden), Ali Haji Ismail (Presiden) dan Liew Chuan Fue (Setiausaha Agong).
Presiden VFA sedang menyampaikan taklimat ringkas.

Haji Ismail OKK Haji Tengah menerima t shirt rasmi VFA dari Presiden.

Sabtu Sitai dari Daerah Temburong tidak ketinggalan menerima t shirt rasmi VFA.

Kula Mohamad nampak cukup gembira mendapat t shirt rasmi VFA.

Sebahagian dari ahli-ahli yang hadir pada masjlis tersebut.

AJK Tadbir dan ahli-ahli VFA sedang menjamu selera di akhir majlis.

Pada 23hb April 2010 (Jumaat), jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas telah berlangsung Majlis Ramah Mesra VFA yang telah dihadiri oleh AJK Tadbir Penggal 2009/2012 dan ahli-ahli VFA. Sebahagian besar ahli-ahli yang telah berdaftar hadir ke majlis tersebut yang antara lain bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan mendengar aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh VFA sepanjang tahun ini.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin, Naib Presiden VFA. Selepas itu Presiden, Awang Ali Haji Ismail telah menyampaikan taklimat ringkasnya. Presiden mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir dan berbangga kerana mereka telah memberi komitmen tinggi serta bersemangat untuk sama-sama memajukan VFA.

Presiden selanjutnya menerangkan bahawa VFA memulakan langkah berani dengan menganjurkan Liga Veteran Kebangsaan 2010 - Piala Presiden dan dijangka akan menganjurkan pula Brunei 7's International Soccer Challenge pada bulan Disember akan datang. Manakala ahli-ahli yang berminat dan berkesanggupan pula akan menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa seperti di Johor (Jun), Selangor (Ogos), Kuala Lumpur (Oktober) dan Sabah (November). Beliau juga berharap agar ahli-ahli yang sedia ada dapat menyebarluaskan segala kegiatan VFA yang telah dirancang serta berusaha menambah keahlian di kalangan rakan-rakan yang lain.

Manaka Naib Presiden Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin pula memberi pendapat bahawa VFA bukan sahaja terikat kepada kegiatan yang bersangkutan dengan bola sepak malah akan turut memberi sumbangan kepada negara dengan menganjurkan kegiatan yang bercorak berkebajikan seperti membantu orang-orang yang tidak bernasib baik.

Majlis seterusnya ialah penyampaian kemeja t (t shirt) rasmi VFA kepada ahli-ahli yang hadir diakhiri dengan jamuan ringan.

(Gambar sumbangan Haji Zainol Ariffin Haji Jumaat)

Friday 23 April 2010

TUTONG A (PERDA) MULAKAN PERSIAPAN HADAPI LIGA VETERAN KEBANGSAAN

Tutong A yg diwakili oleh PERDA kini telah melakukan persiapan rapi dalam menghadapi Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 dengan menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Baru-baru ini mereka telah memilih padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong sebagai venue mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan gabungan guru-guru sekolah seluruh Daerah Tutong.

Nampaknya kesemua pasukan sudah dan sedang membuat persiapan secukupnya menjelang penyertaan sulung mereka untuk LVK-Piala Presiden 2010 yang akan bermula pada 7hb. Mei 2010 (Jumaat), jam 4.00 petang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Temburong misalnya, sudah menjalankan latihan sejak dua bulan lalu malah mereka mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan jemputan luar negara iaitu 11th PSC International Soccer 7's di Pulau Pinang, Malaysia awal bulan Mac lalu.

Sebuah lagi pasukan yang sedang berusaha keras menjalani latihan ialah pasukan Daerah Belait. Menurut Jamhari Lani, salah seorang bekas pemain kebangsaan yang turut menganggotai skuad Daerah Belait, mereka sudahpun memilih 20 pemain yang bakal menggalas cabaran dan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan latihan ringan.

Pasukan-pasukan lain seperti Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei/Muara (PBDBM), Kota Ranger FC, Youngsters FC, Tutong B (PSJD), Muara Vella FC, BSRC dan VFA juga sedang mengerakkan jentera mereka. Yang pasti, LVK-Piala Presiden 2010 akan datang ini akan menjadi pentas terbaik bagi pemain-pemain veteran seluruh negara untuk memperlihatkan skil dan kemahiran yang mereka miliki. Apatah lagi B Luague telah menamatkana saingan maka sudah pasti LVK - Piala Presiden 2010 akan menjadi tumpuan pula.

Wednesday 21 April 2010

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN LIGA VETERAN KEBANGSAAN

30HB APRIL 2010 (JUMAAT)
2.30 PETANG
DEWAN KULIAH, STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH BERAKAS

Kepada pengurus-pengurus pasukan yang telah bersetuju untuk menyertai Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 dikehendaki hadir ke mesyuarat di atas. Kehadiran biskita penting kerana dalam mesyuarat tersebut akan ditentukan kedudukan kumpulan pasukan masing-masing. Setiausaha Kejohanan juga akan memberi taklimat mengenai undang-undang dan peraturan kejohanan. Ini penting bagi memberi kefahaman kepada setiap pasukan agar tidak menimbulkan kekeliruan di kemudian hari dan melicinkan lagi perjalanan kejohanan veteran yang julung-julung kali dianjurkan itu.

Setiausaha Agong
Persatuan Bolasepak Veteran (VFA)

MAKLUMAN KEPADA AHLI-AHLI VFA

MAJLIS RAMAH MESRA
23HB APRIL 2010 (JUMAAT)
2.30 PETANG
DEWAN KULIAH, STADIUM NEGARA HASSANAL BLOKIAH

Semua ahli-ahli dijemput untuk menhadiri Majlis Ramah Mesra tersebut di atas. Di dalam majlis itu juga ahli-ahli akan menerima t shirt rasmi VFA sebagai tanda menjadi ahli VFA sambil dapat meramah mesra demi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.

Setiausaha Agong
Persatuan Bolasepak Veteran (VFA)

Monday 19 April 2010

METUSSIN SUMPONG MENANG ANUGERAH PEGADIL TERBAIK B LEAGUE

Metussin Sumpong (belakang, dua dari kanan) ketika bersama Brunei Veteran yg menjuarai Kategori Masters 9th PSC International Soccer 7's 2008 di Pulau Pinang, Malaysia.

Syabas dan tahniah! Salah seorang ahli VFA dan Ahli Jawatankuasa Penaja VFA, Awang Metussin bin Sumpong telah memenangi anugerah 'Pengadil Terbaik' untuk B League Musim 2009/2010. VFA amat berbangga dengan pencapaian beliau dan berharap Metussin mampu menggalas tugasnya dengan cemerlang bagi menghadapi Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 ini nanti.

Bekas pemain MS ABDB itu juga turut aktif bermain untuk kejohanan-kejohanan veteran dan pernah mewakili Brunei Veteran menjuarai Kategori Masters 9th PSC International Soccer 7's 2008 dan Kategori Veteran pd 2007 ketika mewakili pasukan Brunei Dragon. Presiden, AJK Tadbir dan ahli-ahli VFA sekali mengucapkan syabas dan tahniah.

Wednesday 14 April 2010

LIGA VETERAN KEBANGSAAN - SAH 10 PASUKAN REBUT JUARA


Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 yang berlangsung malam tadi (13 April 2010) di Bilik Mesyuarat, JPKK, Kg Lambak Kanan telah diputuskan bahawa sebanyak 10 buah pasukan telah bersetuju untuk menyertai kejohanan tersebut. Pasukan-pasukan tersebut ialah;

1. Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei dan Muara (PBDBM)
2. Daerah Tutong A (PERDA)
3. Daerah Tutong B (PSJD)
4. Daerah Belait
5. Daerah Temburong
6. Brunei Shell Recreation Club (BSRC)
7. Kota Ranger FC
8. Youngsters FC
9. Muara Vella FC
10. VFA
Keputusan itu diambil berikutan beberapa pasukan yang telah dijemput gagal memberi persetujuan mereka hingga tiba tarikh tutup iaitu 11 April 2010. Oleh yang demikian dua pasukan yang sering menguasai kejohanan-kejohanan tempatan di era 1980an dan 90an iaitu Kota Ranger FC dan Youngsters FC telah berbesar hati menyambut baik jemputan VFA.
Kehadiran Kota Ranger FC dan Youngsters FC sudah pasti menambahkan lagi kemeriahan LVK - Piala Presiden 2010 memandang kedua-dua pasukan memiliki ramai pemain handalan suatu ketika dulu. Pasukan-pasukan lain yang dijemput ialah Muara Vella FC, Persatuan Sang Jati Dusun dari Daerah Tutong dan ahli-ahli VFA sendiri.
Seperti yang dijadualkan lebih awal iaitu perlawanan pembukaan ialah pada 7hb Mei 2010 akan datang ini bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, jam 4.00 petang. Manakala Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan dan seterusnya cabutan undi menentukan kumpulan akan diadakan pada 30hb April 2010, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Selain memutuskan pasukan-pasukan yang menyertai LVK - Piala Presiden 2010, mesyuarat malam tadi juga membincangkan pelbagai perkara berkaitan penganjuran kejohanan tersebut seperti perbelanjaan, urusan melibatkan majlis pembukaan, persiapan di setiap venue dan kaedah promosi yang akan dilaksanakan kelak.

Wednesday 7 April 2010

7 MEI 2010 SEPAK MULA LIGA VETERAN KEBANGSAAN - PIALA PRESIDEN

Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail sedang mempengerusikan mesyuarat.
Dari kanan; Pea Chong Koon, Lim Sun Hui, Sidek Eya dan Azamanuddin Hj. Gillen.
Dari Kiri; Sharbini Mohidin, Alijanda Sitom, Hj Zainol Ariffin dan Ishak Hj Kabon.
Dari Kanan; Ukoi Anam, Ishak Hj Kabon, Hj Zainol Ariffin dan Alijanda Sitom.
Ishak & Kula kyusuk mendengar taklimat Presiden tetapi Puncha sibuk melayak 'SMS'nya.
Tapi ini tiba masa Puncha serius memperkatakan sesuatu sambil Kula dan Ukoi mendengar dengan berhati-hati.

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yang telah bermesyuarat malam tadi (6 April 2010, Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kg Lambak Kanan telah memutuskan untuk memulakan Liga Veteran Kebangsaan (LVK) - Piala Presiden 2010 pada 7 Mei 2010 (Jumaat) bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Kejohanan yang dianjurkan buat julung kalinya itu akan disertai oleh 10 buah pasukan jemputan dan dibahagikan kepada dua kumpukan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B (yang akan bermain secara liga satu pusingan). Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan memasuki pusingan separuh akhir.

Sehingga kini sebanyak 7 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka iaitu Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei/Muara (PBDBM), Daerah Tutong, Daerah Belait, Daerah Temburong, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Brunei Darussalam (MS ABDB), Majlis Sukan Jabatan Penjara (MS Penjara) dan Brunei Shell Recreation Club (BSRC). Sementara Majlis Sukan Jabatan Bomba dan Penyelatan (MS Bomba) dan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) belum memberi pengesahan serta Persatuan Bank-Bank Brunei (B.A.B) telah menolak jemputan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Keputusan terakhir jumlah pasukan yang bertanding ialah pada 13 April 2010 (Selasa) apabila Jawatankuasa Kejohanan LVK-Piala Presiden 2010 bermesyuarat sekali lagi. Mesyuarat pada malam tadi telah dihadiri oleh seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir dan ahli VFA. Mesyuarat juga telah melantik Jawatankuasa Kejohanan dan senarainya adalah seperti berikut;

Penasihat
Awang Ali bin Haji Ismail

Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad bin Haji Mohin

Timbalan Pengerusi
Pg Anak Haji Damit Baharuddin

Setiausaha
Awang Sharbini bin Mohidin

Penolong Setiausaha
Awang Azamanuddin bin Haji Gillen

Bendahari
Awang Haji Zainol Ariffin bin Haji Jumaat

Penolong Bendahari
Awang Ishak bin Haji Kabon

Setiausaha Perlawanan
Awang Ukoi bin Anam

Penolong Setiausaha Perlawanan
Awang Puncha bin Gunong

Pendaftar
Awang Pea Chong Koon

Jawatankuasa Tajaan
Awang Lim Sun Hui
Awang Ishak bin Haji Kabon
Ampuan Bakar bin Ampuan Sabli

Ahli-Ahli
Awang Ismail bin OKK Hj Tengah
Awang Kula bin Mohamad
Awang Alijanda bin Sitom
Ampuan Rahim bin Ampuan Sabli
Awang Haji Rafi bin Haji Abd Rahman
Awang Sidek bin Eya