Sunday 31 January 2010

MESYUARAT AJK TADBIR VFA BIL 2/10

Presiden Awg Ali Hj Ismail sedang menerangkan sesuatu dalam mesyuarat tersebut. Di sebelah beliau ialah Naib Presiden Hj Ahmad Hj Mohin dan Pg Anak Hj Damit Baharuddin.

Dari kini; Ishak Hj Kabon, Hj Zainol Ariffin, Safri Hj Masri, Pea Chong Koon & Kasmi Hj Abd Hamid.

Liew Chuan Fue (depan) dan Sharbini Mohidin turut hadir.

Tarikh: 30 Januari 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat, JPKK, Lambak Kanan

Masa: 8.30 malam


Malam tadi telah berlangsung Mesyuarat AJK Tadbir VFA Bil 2/10 bertempat di Bilik Mesyuarat, JPKK, Lambak Kanan dan mesyuarat bermula jam 8.30 malam, terlewat 30 minit dari jadual asal kerana masalah teknikal. Mastar Presiden ganya tahu tuuuuu.

Mesysuarat telah dipengerusikan oleh Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail. Kedua-dua Naib Presiden iaitu Ustaz Haji Ahmad bin Haji Mohin dan Pg Anak Haji Damit Baharuddin juga hadir pada mesyuarat malam tadi. Beberapa perkara telah diperbincangkan seperti mengatur aktiviti-aktiviti tahunan VFA untuk tahun pertama ini. Antaranya ialah menganjurkan Kejohanan Futsal pada bulan April, Kejohanan Liga Veteran Kebangsaan (Mei-Julai), Kejohanan Veteran Borneo, Kejohanan Veteran 7'side Antarabangsa dan tidak lupa membincangkan persiapan ke 11st PSC International Soccer 7's 2010 di Pulau Pinang pada 6 & 7 Mac 2010 akan datang.

Dalam mesyuarat malam tadi jelas VFA membulatkan tekad untuk terus maju ke hadapan bagi menjadikan VFA sebuah persatuan yang mantap dari segi pentadbiran dan penganjuran kejohanan-kejohanan baik peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Kepada pemain-pemain bola sepak veteran yang masih belum menjadi ahli, diharap dapat mendaftar dengan segera kerana banyak aktiviti yang sedang dirancang untuk kita semua.

Wednesday 27 January 2010

JEMPUTAN PULAU PINANG - BRUNEI HANTAR 3 PASUKAN


Pasukan 2008 yg menjadi juara kategori Masters


Pasukan 2009, gagal mempertahankan kejuaraan, kandas di pusingan kedua.

Untuk pertama kali, 3 buah pasukan akan mewakili Brunei Darussalam dalam satu2 kejohanan veteran di luar negara. Pada PSC 11th International Soccer 7's 2010 anjuran Penang Sport Club (PSC) yg dijadualkan berlangsung pd 6 & 7 Mac 2010 akan datang ini, VFA akan menghantar 2 pasukan iaitu Veteran (40 tahun) dan Masters (45 tahun), sementara itu sebuah lagi pasukan veteran iaitu Brunei Oldstars akan menyertai kategori Veteran.

Buat masa ini masing2 pasukan sedang menjalankan latihan intensif & perlawanan2 persahabatan sebagai persediaan ke kejohanan tersebut. Kejohanan anjuran PSC itu telah menimbulkan beberapa kenangan manis buat pasukan Brunei DS. Brunei Dragon telah memenangi kategori Veteran pd tahun 2007 dan tahun 2008 pula Brunei Veteran telah muncul juara bagi kategori Masters.

Adalah diharapkan kunjungan kali ini akan membuahkan hasil kpd pasukan2 VFA dan Brunei Oldstars disamping bertujuan utk menyambung silatur-Rahim antara pemain2 veteran dari benua Asia kerana penyertaan selalunya dari beberapa buah negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Australia, Eropah dan Maldives. Kita doakan kejayaan pasukan2 veteran Brunei DS utk kejohanan itu.

Thursday 14 January 2010

MESYUARAT AJK 2/10

Tarikh: 30 Januari 2010 / Sabtu
Masa: 7.45 Malam
Tempat: Bilik Mesyuarat JPKK, Lambak Kanan.

Semua ahli-ahli jawatankuasa tadbir dikehendaki hadir bagi memebincangkana perkara-perkara berbangkit dari keputusan Mesyuarat AJK 1/10 yang lalu dan juga agenda-agenda baru yang bakal dikemukakan bagi aktiviti-aktiviti persatuan untuk tahun 2010 ini. Harap Maklum.

AJK 2009/2012


Depan; Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Bendahari Agong), Liew Chuan Fue (S/Usaha Agong), Ali Hj Ismail (Presiden), Hj Ahmad Hj Mohin (Naib Presiden), Jabar Ithnin (Timb. S/U Agong) & Ishak Hj Kabon (Timb. Bend. Agong).
Belakang; Kasmi Hj Abd Hamid, Puncha Gunong, Lim Sun Hui, Sharbini Mohidin, Ukoi Anam & Pea Chong Koon (AJK).
Tiada Dlm Gambar (Pg Anak Hj Damit Baharuddin - Naib Presiden)

BORNEO FOOTBALL CUP 2009 CHAMPION



Berdiri dari kiri; Hj Sufri, Brian Bothwell, Mohd Sadiy Abdullah Tujoh, Hj. Hassan Hj Damit, Azamanuddin Hj Gillen, Ishak Hj. Ibrahim & Nordin Tujoh.
Depan dari kiri; Osman Hj. Apong, Pg. Sallehuddin Pg. Hj. Damit, Hj Mohd Sallehin Kee Abdullah, Suni Mat Jerah & Puncha Gunong.