Saturday 26 June 2010

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN

27 Jun 2010 - Ahad

TUTONG 'B' LWN TUTONG 'A'
Komplek Sukan Tutong
4.00 petang

MUARA VELLA FC LWN KOTA RANGER FC
Komplek Sukan RBA
4.00 petang

Sunday 20 June 2010

PRESIDEN VFA DIUNDANG MENJADI TETAMU SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA 2010 DI RTB2

Presiden VFA, Awang Ali Hj Ismail telah diundang oleh pihak RTB dalam siaran langsung Piala Dunia 2010 Afrika Selatan melalui saluran RTB2. Perkara ini adalah merupakan satu penghormatan kepada VFA dalam usaha menjadi salah sebuah pasukan yang aktif, cergas dan disegani dalam kancah bola sepak di Negara Brunei Darussalam ini. Selepas ini kita akan menyaksikan Preiden VFA di kaca tv memberikan pandangan-pandangan beliau sepanjang Piala Dunia 2010 ini.

Awang Ali Hj Ismail sedang berada di Studio 4, RTB Sungai Akar bersama pembawa acara, Awang Hj Daud Hj Metarsad. Turut bersama ialah Awang Jabar Ithnin (Timbalan Setiausaha Agong VFA).

MUARA VELLA FC LWN KOTA RANGER FC, TUT 'A' LWN TUT 'B'

SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN 2010 - DST GROUP

Kini sahlah sudah pasukan-pasukan yang berjaya memasuki pusingan separuh akhir. Muara Vella FC (10 mata) menjuarai Kumpulan A dan Tutong 'A' (8 mata) sebagai naib juara manakala wakil Kumpulan B pula ialah Tutong 'B' (juara) dan Kota Ranger FC (Naib Juara), kedua-dua pasukan terikat dengan 9 mata apabila menghabiskan perlawanan masing-masing.

Dalam perlawanan terakhir pada 18 Jun 2010 (Jumaat) yang lalu, Tutong 'A' telah terikat 1-1 dengan Muara Vella FC yang mengakibatkan Temburong hampa untuk mara ke separuh akhir walaupun mencatat kemenangan bergaya menewaskan BSRC 7-0 minggu lalu. Satu lagi perlawanan dalam Kumpulan A ialah antara BSRC dan Daerah Brunei/Muara yang mana pasukan pelawat mencatat kemenangan tunggal mereka dengan jaringan 4-2 pada perlawanan yang diadakan di Padang BSRC, Seria.

Pertembungan musuh tradisi iaitu Kota Ranger FC dan Youngsters FC di Komplek Sukan JBS, Berakas juga berkesudahan memihak kepada Kota Ranger FC dengan jaringan 4-2. Dalam perlawanan itu Youngsters FC perlu menang semengara Kota Ranger FC hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir. Radiman Hj Abd Rahman yang menjaringkan kesemua 4 gol pasukannya kini terikat 10 jaringan bersama Mohd Nadzrin Abdullah (Tutong 'B') untuk merebut anugerah 'Penjaring Terbanyak' kejohanan kali ini.

Tarikh, masa dan tempat perlawanan-perlawanan separuh akhir akan diketahui sedikit hari lagi setelah Jawatankuasa Kejohanan selesai bermesyuarat. Sama-samalah kita nantikan pertembungan menarik keempat-empat pasukan veteran terkuat di Negara Brunei Darussalam ini.

Wednesday 9 June 2010

MUARA VELLA FC PERTAMA LAYAK KE SEPARUH AKHIR

LAIN-LAIN PASUKAN YANG LAYAK BOLEH DITENTUKAN HUJUNG MINGGU INI.

Setelah membenam Daerah Brunei/Muara 10-0 minggu lalu, Muara Vella FC memunggut 9 mata maksima dan seterusnya menjadi pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010-DST Group. Daerah Temburong (5 mata), juga dalam Kumpulan A, boleh layak jika berjaya menewaskan BSRC dengan jaringan gol yang besar apabila bertemu 13 Jun 2010 (Ahad) ini di Komplek Sukan Batu Apoi, Bangar, sambil mengharapkan agar Tutong 'A' tewas kepada Muara Vella FC dalam perlawanan terakhir mereka. Tutong 'A' kini berada ditangga kedua Kumpulan A dengan mengutip 7 mata.

Sementara Kumpulan B juga pasti dapat ditentukan pasukan mana bakal beraksi dalam separuh akhir apabila dua perlawanan penting dijalankan pada 11 Jun 2010 (Jumaat) nanti. Di Komplek Sukan Tutong, Tutong 'B' akan melayani Daerah Belait manakala di padang Sekolah Menengah Rimba, Kota Ranger FC yang belum pernah tewas akan bertemu VFA. Jika Tutong 'B' dan Kota Ranger FC berjaya memunggut 3 mata penuh maka kedua-dua pasukan dijangka layak ke separuh akhir setelah masing-masing memunggut 6 mata.

Akan tetapi itu bukanlah satu tugas mudah kerana Daerah Belait yang mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan VFA sebelum ini, sudah pasti ingin meneruskan tempo kemenangan menutup kempen 2010 mereka dengan bergaya. VFA pula, walaupun tewas dalam tiga perlawanan terdahulu, begitu bersemangat untuk melakar kemenangan pertama dan sekurang-kurangnya menghabiskan kempen dengan mengenggam 3 mata penuh agar tidak pulang dengan tangan kosong.

Kepada para peminat pemain-pemain veteran kegemaran awda, saksikanlah mereka beraksi di venue-venue yang telah dinyatakan tadi. Selamat bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.