Sunday 31 October 2010

TOURISM BRUNEI BANTU ANJUR BRUNEI 7'S

Kejohanan bolasepak veteran 7 sebelah, Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 yang akan berlangsung pada 4 & 5 Disember 2010, di Komplek Sukan Berakas, Bandar Seri Begawan mendapat sokongan dari Jabatan Kemajuan Pelancongan atau 'Tourism Brunei'. Dengan sokongan yang dihulurkan oleh Tourism Brunei itu dapat meringankan beban kos penganjuran memandangkan menganjurkan sesebuah kejohanan peringkat antarabangsa memerlukan kos yang agak tinggi.

Dengan itu VFA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tourism Brunei khususnya Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif Sheikh Jamaluddin Sheikh Mohammad serta kakitangan beliau. Telah menjadi hasrat penganjuran kejohanan Brunei 7's bukan sahaja memberi peluang pemain-pemain veteran beraksi malah dalam masa yang sama Brunei 7's akan menjadi produk pelancongan terbaru melalui 'Sport Tourism'.

Kejohanan yang terbuka kepada 2 kategori iaitu Veteran (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas) dijangka akan disertai oleh beberapa buah pasukan dari luar negara seperti Pulau Pinang, Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak. Johan setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai B$3,000 dan naib johan pula B$2,000.

Kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan Brunei 7's bolehlah menghubungi Setiausaha Bersama, Awang Jabar Ithnin (8820062) atau Pengarah Kejohanan, Awang Liew Chuan Fue (8720105).

Friday 22 October 2010

VFA CUBA CIPTA HATTRICK DI KK

JOHAN 2008
JOHAN 2009

VFA akan menghantar sebuah pasukan untuk menyertai kejohanan Borneo Football Cup 2010 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 6 & 7 Nov 2010 itu adalah penyertaan kali ketiga dan dalam dua kejohanan sebelumnya iaitu 2008 & 2009 skuad VFA telah menjadi juara.

Jadinya penyertaan tahun 2010 ini diharapkan akan mencipta kejayaan hattrick. Namun sebelum itu skuad VFA sudah pasti akan mendapat tentangan sengit dari pasukan-pasukan lain dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Australia. Kejohanan tersebut adalah untuk pasukan 7 sebelah dan terbuka untuk pemain-pemain berusia 40 tahun ke atas. Bagaimana pun pihak penganjur membenarkan setiap pasukan untuk menyenaraikan 3 orang pemain berusia 35-39 tahun.

Buat masa ini skuad VFA sedang giat menjalani latihan di bawah pengawasan pengurus pasukan Sharbini Mohidin dan bimbingan ketua jurulatih, Nordin Tujoh. Skuad VFA akan berlepas ke 'Negeri Di bawah Bayu' itu pada 4hb (Khamis) dan akan pulang pada 8hb November 2010 akan datang ini.

Senarai pegawai dan pemain VFA;

PEGAWAI
Sharbini Mohidin - Pengurus
Nordin Tujoh - Ketua Jurulatih
Haji Norazmi PDP HJ Abd Razak - Penolong Jurulatih
Kula Mohamed - Pegawai Kelengkapan

PEMAIN
Haji Md Sallehin Kee Abdullah
Ukoi Anam
Puncha Gunong
Azamanuddin Haji Gillen
Ishak Haji Ibrahim
Haji Hassan Haji Damit
Suni Mat Jerah
Muhamad Sadiy Abdullah Tujoh
Ishak Haji Kabon
Mohd Ali Haji Momin
Pg Sallehuddin Pg Hj Damit
Haji Sharifulrizal Haji Zainal

Friday 15 October 2010

MAJLIS PENGHARGAAN VFA

9 Okt 2010 (Sabtu), Goldiana Restaurant, Orchid Garden Hotel, 4.00 petang.

Presiden VFA Awg Ali Hj Ismail sedang menyampaikan kata alu-aluan.
Pg Anak Hj Damit Baharudin (Naib Presiden), Morad Hj Abd Rani dan Hj Ahmad Hj Mohin (Naib Presiden).
Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell, Malek Awab dan Ishak Hj Kabon.
Liew Chuan Fue, Matlan Marjan, Hassan Sani & isteri dan Mail Tanjong.
Sebahagian dari ahli-ahli VFA yang hadir, Abdullah Hj Raini, Sabtu Sitai, Puncha Gunong, Hj Hassan Hj Damit dan Tajol Ariffin Sumpong.
Hj Momin Hj Mohd Jaafar, Hj Zainol Ariffin (Bendahari Agong), Kader Yahya dan Pg Hj Mohd Waslimin.
Hassan Sani
Matlan Marjan
Malek Awab
Kader Yahya
Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell

Thursday 14 October 2010

SESI BERTEMU PEMINAT

8 Okt 2010 / NBT Sdn Bhd

Liew Chuan Fue, Hassan Sani dan Nordin Tujoh.
 Hassan Sani bersama ahli-ahli VFA.

Mohd Brian Iman Abdullah Bothwell dan Hassan Sani.
Brain, Hj Mohd Rosanan, Nordin (Tebuan 1999) dan Abdullah Hj Raini (VFA).
Tonggak Skuad Tebuan 1999 - Liew Chuan Fue, Mohd Brain Iman dan Nordin Tujoh.
Brain bersama ahli-ahli VFA yang turut memeriahkan acara pada hari tersebut.

AL-FATIHAH BUAT DOLLAH KASSIM

Rakan veteran kita dari Singapura, Dollah Kassim, 61 tahun, telah meninggal dunia pagi ini di rumahnya. Allahyarham dalam keadaan tidak sedarkan diri sejak setahun yang lalu setelah rebah tatkala mewakili Singapura dalam perlawanan persahabatan mewakili veteran Singapura menentang veteran Selangor di Stadium Jalan Besar.

VFA mengucapkan takziah kepada seisi keluarga Allahyarham dan turut bersimpati dan bersedih atas pemergian Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt jua dan ditempatkan di sisi para solehen. Amin ya Rabbal alamin.

Tuesday 12 October 2010

TERIMA KASIH SEMUA!

PERLAWANAN BOLASEPAK AMAL UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN CAPAI MATLAMAT

Presiden, ahli-ahli jawatankuasa kerja dan ahli-ahli VFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu dan menderma (dengan membeli tiket) menjayakan perlawanan amal tersebut. Sambutan dari penonton cukup menggalakkan dan melebihi apa yang dijangkakan. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Polis Diraja Brunei, Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Brunei DS, para penaja; NBT (B) Sdn Bhd, Seri Sentosa Sdn Bhd, Orchid Garden Hotel, DSA Trading & IBZ Advertising.

Paling menyentuh hati ialah kesediaan pemain-pemain jemputan VFA; Hassan Sani, Matlan Marjan, Malek Awab dan Kader Yahya hadir dan bermain secara percuma hanya semata-mata untuk menyumbang amal bakti menerusi tenaga mereka. Ucapan terima kasih turut tidak lupa ditujukan kepada kakitangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, para sukarelawan dan individu-individu yang membantu secara langsung ataupun tidak. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik biskita.

Thursday 7 October 2010

SESI BERTEMU PEMINAT DI NBT (B) SDN BHD

Para peminat bola sepak berpeluang untuk bertemu secara dekat dengan beberapa orang pemain jemputan VFA iaitu Hassan Sani dan Matlan Marjan (Fandi Ahmad membatalkan kedatangannya sementara Malek Awab dan Kader Yahya hanya akan sampai pada malam 8Okt2010/Jumaat) serta pemain-pemain Juara Piala Malaysia 1999 dalam satu majlis 'Sesi Bertemu Peminat' pada 8 Okt 2010 (Jumaat), jam 4.00 petang, di NBT (B) Sdn Bhd, Gadong, Bandar Seri Begawan.

Majlis tersebut diungkayahkan memandangkan ada pelbagai pihak yang mengusulkannya kerana sebelum ini para peminat tidak berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pemain-pemain berkenaan sewaktu di zaman kegemilangan mereka. Kini adalah masanya. Maka pihak penganjur dengan kerjasama syarikat NBT (B) Sdn Bhd yang telah sudi menyumbangkan tempat berlangsungnya acara tersebut.

Dipercayaai sebahagian besar pemain-pemain Juara Piala Malaysia 1999 seperti Liew Chuan Fue, Brain Bothwell, Azamanuddin Hj Gillen, Mohd Ali Momin, Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak, Fadlin Galawat, Irwan Mohamad, Riwandi Wahit, Rosli Liman dan lain-lain akan hadir untuk memeriahkan lagi acara pada petang itu.

Sunday 3 October 2010

RTB, NBT (B) Sdn Bhd, Seri Sentosa & Hotel Orchid Garden PULA HULUR BANTUAN

Pihak Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan tiga buah syarikat telah tampil membantu pihak VFA dalam mengungkayahkan Perlawanan Bolasepak Persahabatan Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan iaitu RTB, NBT (B) Sdn Bhd, Seri Sentosa Sdn Bhd dan Hotel Orchid Garden. Pihak penganjur amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak-pihak tersebut menghulurkan bantuan mereka.

Dengan ini dapatlah pihak penganjur menumpukan sepenuh tenaga dalam aspek-aspek penganjuran yang lain seperti promosi dan penjualan tiket-tiket perlawanan. Ini juga bermakna kitani di Negara Brunei Darussalam mampu menghulurkan bantuan semaksima mungkin kepada rakyat negara Pakistan yang ditimpa musibah banjir dasyat beberapa bulan lalu itu.

Syarikat-syarikat lain yang turut membantu adalah IBZ Advertising dan DSA Sport. Di samping itu VFA mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan dan Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam.