Friday 25 March 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN KALI KE-2 2011

Bermula 6hb Mei 2011 (Jumaat, 4.00 petang) akan datang ini bermulalah musim ke dua Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali ke-2 2011. Untuk kejohanan kali ini VFA tidak akan menyertainya. Begitu juga dengan Youngsters FC dan Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei/Muara (PBDBM). Bagaimana pun jumlah pasukan bertambah apabila 14 pasukan telah bersetuju untuk mengambil bahagian kali ini.

Persatuan Sang Jati Dusun (PSJD) juara musim pertama sekali lagi turun mempertahankan mahkota kejuaraan. Manakala Muara Vella FC dan Kota Ranger FC, naib juara dan pemenang ketiga musim lalu turut berusaha sekali lagi tahun ini untuk merampas gelaran tersebut. VFA juga mengucapkan syabas kepada pasukan-pasukan yang kekal beraksi seperti Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait (PBDB), Brunei Shell Recreation Club (BSRC) dan Temburong.

Pasukan-pasukan musim ini adalah seperti berikut;

1. PSJD
2. Muara Vella FC
3. Kota Ranger FC
4. Temburong
5. PBDB
6. BSRC
7. Indera FC
8. Jerudong FC
9. PSI Veteran
10. MIISA United
11. Rimba Star FC
12. Telbru FT
13. Semaun Fc
14.

Thursday 17 March 2011

GAMBAR-GAMBAR 12TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S 2011-SAMBUNGAN

Sebahagian dari pemain VFA di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas sebelum berlepas. 
Di hari kedua kejohanan, bergambar ramai di hadapan khemah khas.
Dari kiri; Suhaili Hj Bakar, Puncha Gunong, Hj Mohd Salehen Kee Abdullah, Nordin Tujoh dan Sharbini Mohidin.
Sebelum acara pembukaan rasmi.
Skuad Masters VFA
Sempat mengabadi kenangan bersama Abbas Saad.

Tuesday 15 March 2011

GAMBAR-GAMBAR 12TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S 2011

Mohd Ali Hj Momin dengan bergaya membawa bola.
Hj Mohd Sharifulrizal Hj Zainal
Hj Zainol Ariffin, Abdullah & Tajol Ariffin Sumpong beraksi untuk Kategori Veteran.
Lim Sun Hui aka Awie
Mail Tanjong sedang minum kerana kepanasan sementara Abd Morad (Pengurus) serius menyaksi perlawanan.
Lim Sun Hui membantu Hj Mohd Salehen Kee Abdullah mempertahankan pintu gol mereka (Masters).
Hj Sahari Hj Tahir cuba merampas bola sambil Liew Chuan Fue bersedia membantu.
Ukoi Anam sedang melarikan bola dari kaki lawan.
Para pemain Masters sedang berehat selepas menamatkan perlawanan mereka.
Untuk kenangan; Sharbini Mohidin, Abd Morad, Suhaili Hj Bakar, Hj Sahari Hj Tahir dan Hj Mohd Salehen Kee Abdullah.
Skuad Veteran VFA; (Belakang, dari kini) Tajol Ariffin Sumpong, Mohd Ashraf, Hj Mohd Sharifulrizal, Ishak Hj Kabon & Hj Zainuddin Hj Mohammad. (Depan, dari kiri) Abdullah Hj Raini, Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat & Mohd Ali Hj Momin (Kapten).
Nordin Tujoh (Jurulatih) serius menumpu kepada perlawanan sementara Mohd Ashraf memberi 'pose' dan Amp Abd Rahim @ Amit sedang menanti saat untuk masuk.
Salah satu aksi cemas di depan gol.
Para pemain Veteran VFA bersalaman bersama pemain Perak Chinese Recreation Club (PCRC) setelah tamat perlawanan terakhir kedua pasukan yang berkesudahan seri 0-0.
Kelihatan pemain Temburong Masters, VFA dan para pegawai berada di khemah khas yang disediakan oleh pihak penganjur. 
Gambar Ehsan Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat.

Monday 14 March 2011

BORNEO FOOTBALL CUP 2011

Borneo Football Cup 2011 yang dianjurkan buat tahun ke empat berturut-turut sekali lagi menjemput VFA untuk menghantar pasukan bagi kejohanan kali ini untuk Kategori Veteran 7's. Kejohanan akan berlangsung pada 5 & 6 November 2011 (Sabtu & Ahad) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia bagi pemain-pemain berumur 40 tahun ke atas.

Di samping itu pihak penganjur juga turut membuka penyertaan bagi kejohanan-kejohanan lain iaitu Kejohanan Peringkat Umur (12, 14, 15 & 16) dan Terbuka Lelaki & Wanita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejohanan-kejohanan tersebut, awda bolehlah melayari laman web rasmi Borneo Football Cup di sini.

Skuad VFA yang menduduki tempat ke tiga dalam kejohanan tahun 2010 lalu.
Seperti kejohanan-kejohanan lalu, VFA akan menghantar pasukan veteran pada edisi kali ini. Pada tahun 2008 & 2009, skuad VFA muncul juara dan tempat ketika pada tahun 2010 lalu. Kejohanan tersebut akan disertai oleh beberapa buah pasukan tempatan dan juga pasukan-pasukan jemputan dari Brunei DS, Kuala Lumpur dan juga Australia.

Friday 11 March 2011

VFA KANDAS DI PUSINGAN KEDUA

Skuad Masters dan Veteran VFA yang menyertai kejohanan 12th PSC International Soccer 7's terkandas di pusingan kedua dalam kejohanan yang berlangsung di Penang Sports Club, Pulau Pinang, Malaysia pada 5 & 6 Mac 2011 lalu.

Skuad Masters gagal mengekalkan rekod tahun lalu (separuh akhir) manakala skuad Veteran memperbaiki kedudukan apabila tahun ini beraksi di 'Main Competition' (tahun lalu Johan Plate Competition - kumpulan kalah). Para pemain seharusnya berbangga kerana kedua-dua skuad VFA beraksi dalam kumpulan 'Main Competition' (dua pasukan teratas setiap kumpulan dalam pusingan awal).

Dalam kategori Veteran, skuad VFA diundi dalam Kumpulan B bersama Kwarta FC (Medan, Indonesia), Royal Selangor Club dan Melodi Jaya (Johor). Skuad Veteran VFA berjaya menduduki tangga kedua dengan mengutip 4 mata hasil dari menewaskan Royal Selangor Club 2-1, seri 0-0 dengan Melodi Jaya dan tewas 1-2 kepada Kwarta FC.

Di pusingan kedua Veteran VFA diundi bersama Perak Chinese Recreation Club (PCRC), KL Wednesday dan Jurong Western (Singapura) yang juga merupakan juara bertahan. Skuad Veteran VFA juga memperolehi 4 mata setelah menang 1-0 ke atas KL Wednesday, seri 0-0 dengan PCRC dan tewas 0-3 kepada Jurong Western. Dari tiga kumpulan dalam Man Competition ini hanya johan kumpulan dan 1 pasukan tempat kedua terbaik yang layak ke separuh akhir.

PSC, Bukit Jambul, Jurong Western dan Melodi Jaya layak ke separuh akhir dan Jurong Western yang membariskan Abbas Saad dan V. Sundramorthy (kedua-duanya bekas pemain antarabangsa) berjaya mengekalkan kejuaraan. Manakala Melodi Jaya yang memenangi Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 keluar sebagai johan kategori Masters untuk kejohanan 12th PSC International Soccer 7's 2011 ini.

Pemain-pemain VFA adalah seperti berikut;
Masters
Liew Chuan Fue
Hj Mohd Salehen Kee Abdullah
Ukoi Anam
Sharbini Mohidin
Puncha Gunong
Sahari Hj Tahir
Suhaili Hj Bakar
Mail Tanjong
Kula Mohamed
Lim Sun Hui

Veteran
Mohd Ali Hj Momin
Ishak Hj Kabon
Hj Zainuddin Mohamad
Hj Sharifulrizal Hj Zainal
Tajol Ariffin Sumpong
Abdullah Hj Raini
Amp Abd Rahim Amp Sabli
Amp Abu Bakar Amp Sabli
Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

(Gambar-gambar akan dimuatkan kemudian)

Wednesday 2 March 2011

VFA SERTAI 12TH PSC I'TNAL SOCCER 7'S

Seperti kebiasaannya VFA akan memulakan kempen menyertai kejohanan-kejohanan jemputan luar negeri dengan menyertai 12th PSC International Soccer 7's yang akan berlangsung pada 5 & 6 Mac 2011 (Sabtu & Ahad) bertempat di Penang Sport Club, Pulau Pinang, Malaysia. VFA akan menyertai dua acara iaitu Kategori Veteran (40 tahun) dan Kategori Masters (45 tahun).

Para pemain akan bertolak pada 4 Mac (Jumaat) pukul 9.35 pagi, singgah sebentar di LCCT Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Acara akan dimulakan dengan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan pada malamnya. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan merasmikan kejohanan pada 5 Mac (Sabtu) jam 9.00 pagi dan sepak mula kejohanan pula pada pukul 10.00 pagi.

Sebelum berlepas ke Pulau Pinang skuad VFA telah menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Dalam penyertaan tahun lalu VFA muncul johan 'Plate Competition' Kategori Veteran manakala bagi Kategori Masters 'Cup Competition' tumpas di separuh akhir kepada Hong Kong Allstars.

Kali ini Brunei DS diwakili juga oleh pasukan-pasukan Masters Temburong, Rimba Star Masters dan Brunei Oldstar.