Saturday 21 May 2011

LIEW CHUAN FUE HADIRI KURSUS DI BRAZIL

Setiausaha Agong VFA dan juga bekas ketua pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Liew Chuan Fue (gambar atas) akan menyertai Kursus Jurulatih Professional di Sao Paolo, Brazil dari 23 hingga 28 Mei 2011 akan datang ini. Kursus tersebut adalah anjuran kerajaan Brazil di bawah program persahabatan Forum for East Asia-Latin America Coorperation.

Bersama beliau adalah salah seorang lagi bekas pemain kebangsaan yang kini menjadi jurulatih Brunei Youth Team (BYT) yang sedang beraksi dalam Liga B iaitu Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak. Liew Chuan Fue mewakili Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan sementara Hj Mohd Rosanan pula mewakili Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Menyertai mereka untuk kursus tersebut ialah 22 orang lagi para jurulatih dari seluruh dunia dan difahamkan hanya Brunei DS dibenarkan menghantar 2 orang wakil manakala negara-negara lain hanya menghantar seorang jurulatih.

Antara butiran kursus mereka ialah Methodology With Young Players oleh Prof. Babeto dan Agusto J (Santos FC), Goalkeeping Training oleh C. Pracideli, Modern tactics oleh Vadao, Tactic Training oleh Estevam Soares, Scheduling oleh Juninho Brilhante, Tactic System oleh Tite (Corinthians Paulista SC), Training Condition oleh Jose R. Portella, Fair Play oleh Coronel Marinho dan Coaches Trade Union oleh Joao G. Maffia. Pembukaan dilakukan oleh Marco Polo Del Nero (Presiden FPF) dan majlis penutup pula oleh bekas jurulatih Piala Dunia Brazil, Luis Felipe Scolari.

VFA mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka dan semoga dapat pula menurunkan ilmu yang didapati kepada pemain-pemain muda negara serta rakan-rakan jurulatih di Brunei DS apabila pulang ke tanah air nanti

Monday 16 May 2011

KOTA RANGER & SEMAUN VET GAH DI PERSADA

Kota Ranger FC dan Semaun Veteran masing-masing berada di persada liga kumpulan dengan mencatat 6 mata maksima dari dua kemenangan berturut-turut. Bagi Kumpulan A kelmarin, Kota Ranger FC menang tipis 3-2 ke atas Temburong, MIISA United FC kecundang di tangan Rimba Star FC 3-4, johan tahun lalu PSJD menang tipis ke atas Telbru FT 2-1 dan PSI FC pula seri 3-3 bersama KS Jabatan Penjara.

Manakala bagi Kumpulan B pula, Semaun Veteran turut menang bergaya 3-0 ke atas Imfera United FC, Muara Vella FC turut memunggut 6 mata setelah menewaskan BSRC 2-0, Indera FC mendapat 3 mata pertama dengan menjadikan musuh tradisi Jerudong FC 2-1 dan Veteran 20 pula terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan Perkasa FC apabila mencatat jaringan 2-2.

Selepas ini pertembungan semakin menarik apabila kempen memasuki minggu ke 3 hari Jumaat & Ahad depan (20 & 22 Mei 2011) terumata kepada pasukan-pasukan yang masih belum mengecapi kemenangan. Pasukan yang sudah mengumpul mata turut berhasrat untuk melebarkan jurang dengan pencabar terdekat. Syabas pemain-pemain veteran.

Saturday 14 May 2011

MUARA VELLA UNGGULI KUMPULAN B

Naib Johan edisi sulung Muara Vella FC mengungguli Kumpulan B apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas BSRC malam tadi dalam perlawanan di BSRC, Seria. Bagaimanapun kedudukan tersebut mampu dipintas oleh Semaun Veteran yang akan bermain esok menentang Imfera United di Sekolah Menengah Awang Semaun setelah perlawanan di Komplek Sukan Sungai Kebun terpaksa ditangguhkan akibat keadaan padang yang tidak mengizinkan.

Dalam perlawanan lain, Indera FC memunggut tiga mata pertama apabila berjaya menjinak cabaran 'rakan lama' Jerudong FC 2-1 di Sekolah Menengah PDSM Mentiri. Sementara itu, Veteran 20 yang mencatat kemenangan minggu lalu hanya mampu seri 2-2 dengan Perkasa FC di Sekolah Menengah Awang Semaun. Sama-sama kita tunggu keputusan perlawanan petang esok sama ada Semaun Veteran mampu atau tidak merampas takhta liga Kumpulan B.

Tuesday 10 May 2011

VET 20, M.VELLA, SEMAUN V & BSRC CATAT KEMENANGAN UNTUK KUM B

Hari Ahad (8 Mei) yang lalu giliran Kumpulan B memulakan aksi mereka. Veteran 20 menewaskan Jerudong Fc 3-1 di Komplek Sukan Tutong, di Sekolah Menangah Awang Semaun Muara Vella FC  menang 2-0 ke atas Perkasa FC dan Semaun Veteran pula mencatat kemenangan besar 4-0 mengatasi Indera FC di Sekolah Menengah PDSM Mentiri.

Manakala BSRC mendapat kemenangan 'walkover' setelah lawan sedaerah mereka Imfera United FC tidak dapat turun beraksi kerana masalah teknikal. Dengan itu BSRC dihadiahkan kemenangan 3-0. Sementara itu perlawanan antara Temburong dan juara tahun lalu PSJD yang tertunda pada hari Jumaat juga dijalankan pada hari Ahad di Komplek Sukan Sungai Kebun yang berakhir dengan seri 0-0.

Friday 6 May 2011

TELBRU FT & KOTA RANGER CATAT KEMENANGAN

Sebentar tadi tamat perlawanan-perlawanan untuk Kumpulan A di mana Telbru FT menumpaskan PSI FC 7-0 di padang Sekolah Menengah PDSM Mentiri dan Kota Ranger FC pula menang 1-0 ke atas Rimba Star FC di Komplek Sukan Tutong. Di padang Sekolah Menengah Awang Semaun pula berkesudahan seri 2-2 antara Kelab Sukan Jabatan Penjara dan MIISA United FC.

Sementara itu perlawanan antara Temburong dan PSJD yang dijadualkan berlangsung di Komplek Sukan Batu Apoi, Pekan Bangar, Temburong terpaksa dibatalkan kerana keadaan padang yang dipenuhi air. Ini membuatkan pegawai dan pemain PSJD yang berkunjung dari Daerah Tutong pulang hampa kerana hajat untuk memulakan aksi mempertahan kejuaraan tidak kesampaian. Perlawanan antara keduanya akan berlangsung pada 8 Mei 2011 (Ahad) di Komplek Sukan Sungai Kebun, Bandar Seri Begawan, jam 4.00 petang.