Saturday 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012

Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 Masihi kepada ahli-ahli VFA, pemain-pemain bolasepak veteran di Brunei Darussalam dan di seluruh dunia amnya dan para peminat bolasepak. Semoga tahun 2012 yang akan kita tempuhi akan memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri sendiri dan keluarga. Harapan kita juga agar segala peristiwa yang kita lalui dalam tahun 2011 lalu sebagai satu sejarah penting dan menjadi pedoman hidup paling berguna.

VFA sendiri akan menghadapi tugasan yang sibuk bagi tahun 2012 ini. Selain menganjurkan beberapa aktiviti-aktiviti tahunan seperti mesyuarat agong, Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-3 dan 3rd Brunei 7's International Soccer Challenge, VFA turut sibuk memenuhi jemputan-jemputan menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa yang lainnya seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Singapura, Thailand, China, Macau dan lain-lain lagi.

Saturday 24 December 2011

VFA TERIMA JEMPUTAN 13TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S TOURNAMENT 2012

VFA Veteran 2011
VFA Veteran 2010 - Juara Plate Competition
Seperti tahun-tahun sebelumnya Soccer Section, Penang Sport Club (PSC) telah mengundang VFA dan pasukan-pasukana veteran yang lainnya untuk menyertai 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 yang akan berlangsung pada 3 & 4 Mac 2012 di Penang, Sport Club, Pulau Pinang, Malaysia. VFA telah mengambil keputusan untuk menghantar pasukan Masters sahaja untuk kejohanan itu dan pasukan Veteran tidak dapat turut serta atas beberapa sebab.

Pencapaian terbaik VFA adalah layak ke separuh akhir (Cup Competition Masters Category) pada tahun 2010 apabila tewas dalam sepakan penalti kepada Hong Kong Allstars. Brunei Veteran pula menjuarai Masters Category pada tahun 2008 akan tetapi pada tahun itu VFA belum ditubuhkan secara rasmi. Manakala pasukan Veteran telah menjuarai Plate Competition pada tahun 2010.

Selain pasukan VFA beberapa buah pasukan lain juga telah bersetuju untuk menyertainya iaitu Rimba Star FC Masters dan I-Team (Veteran). Seperti biasa pihak penganjur akan membuat kata putus setelah sampai tarikh tutup menghantar penyertaan pasukan-pasukan yang akan diberikan peluang untuk bertanding memandangkan kejohanan tersebut menerima banyak penyertaan dari negara-negara luar seperti Brunei DS, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Taiwan, China, Australia, Maldives dan pasukan-pasukan dari Malaysia sendiri.

Monday 19 December 2011

VETERAN CATEGORY
BLACK EAGLE FC
FBSB OLD STAR
I-TEAM
KELAB REKREASI PETROLEUM MIRI
MAS
BRUNEI OLDBOYZ
PEMPROV S.U VETERAN
RIMBA STAR FC VETERAN
SEMAUN VETERAN
TEMBURONG VETERAN
VFA VETERAN
BRUNEI WANDERERS
MIISA UNITED FC

Saturday 17 December 2011

REMZ GYM 2ND BRUNEI 7'S 2011 PARTICIPATING TEAM

MASTERS CATEGORY
KURNIA MEDAN CITY
MELODY JAYA FC
PBDB MASTERS
PEMPROV S.U MASTERS
RIMBA STAR FC MASTERS
SEMAUN MASTERS
TEMBURONG MASTERS
VFA MASTERS 'A'
VFA MASTERS 'B'

REMZ GYM 2ND BRUNEI 7'S CHAMPION







MASTERS CHAMPION
MELODY JAYA, JOHOR, MALAYSIA

VETERAN CHAMPION
I-TEAM, BRUNEI DARUSSALAM

Wednesday 7 December 2011

TAHNIAH I-TEAM DAN MELODY JAYA FC

Alhamdulillah, akhirnya Remz Gym 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 selamat diungkayahkan dengan jayanya pada 3 & 4 Dis 2011 yang lalu bertempat di Padang & Balapan Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Awang Haji Lutfi bin Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan manakala upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Awang Haji Ismail bin POKPS DP Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Wakil Remz Gym, Awang Abd Aziz bin Abd Razak juga turut diberi penghormatan oleh pihak penganjur untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang 'Plate Competition'.

Kategori Veteran sekali lagi dimenangi oleh kelab tempatan iaitu I-Team setelah mendapat cabaran paling sengit pasukan dari Medan, Indonesia, Pemerintah Provinsi Sumatera Utara (PEMPROV SU) Veteran dengan jaringan penalti 2-1. Bagi Kategori Masters pula Melody Jaya FC muncul juara buat tahun kedua berturut-turut setelah menumpaskan satu lagi pasukan dari Indonesia iaitu Kurnia Medan City dalam perlawanan akhir juga menerusi sepakan penalti 4-3.

Black Eagle FC (Kuala Lumpur) tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjuarai 'Plate Competition' Kategori Veteran dan naib juara adalah juara 'Cup Competition' Kategori Veteran tahun lalu iaitu Brunei Wanderers. 'Plate Competition' Kategori Masters pula dimenangi oleh PEMPROV SU Masters dan naib johan ialah Temburong Masters. Johan masing-masing menerima USD2,000, piala dan medal, naib johan USD1,000 dan medal. Sementara para pemenang 'Plate Competition' menerima medal.
Tetamu Kehormat Awang Haji Lutfi Abdullah (tengah) sedang menerima cenderahati dari Awang Haji Ahmad Haji Mohin, Pengerusi Kejohanan.
PBDB Masters
VFA Masters 'A'
Kurnia Medan City
PEMPROV SU Veteran
Brunei Oldboyz