Saturday 7 September 2013

PENGUMUMAN

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) VFA Bil. 7/13 yang telah berlangsung di Bilik Juri, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 3hb. Sept., 2013/Selasa, jam 8.00, telah mengambil ketetapan bahawa VFA akan membina/membangun laman sesawang (web site) sendiri dan sebuah syarikat teknologi komunikasi telah diberikan tanggungjawab untuk mengungkayahkan tugasan tersebut. Insya-Allah, dalam jangkamasa sebulan (30 hari) laman sesawang tersebut akan siap pembikinannya.

Oleh itu, blog rasmi VFA ini tidak lagi aktif seperti kebiasaannya dan pelayaran/pencarian anda sekelian akan dihubungkan ke alamat laman sesawang tersebut.

Sekian, wassalam.
Admin

Wednesday 21 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & MESYUARAT AJK KEJ 4TH BRUNEI 7'S

Pada 20 Ogos 2013 (Selasa), 7.30 malam, bertempat di Restoran Aiko Sushi, Kg Kiulap, VFA telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan Mesyuarat AJK Kejohanan 4th Brunei 7's International Soccer Challenge 2013. Majlis telah dihadiri oleh Presiden, AJK Tadbir, AJK Kejohanan dan ahli-ahli VFA.

Acara telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis yang juga Co-Chairman 4th Brunei 7's International Soccer Challenge 2013, Haji Matusin Bagol, dan selepas itu di ikuti oleh ucapan dari Presiden VFA merangkap Penasihat AJK Kejohanan, Roslin Suhailee. Sebelum menikmati jamuan, majlis diteruskan dengan mesyuarat ringkas yang membincangkan agenda-agenda berkaitan penganjuran kejohanan.

Pihak AJK Kejohanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli VFA yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut. Semoga sumbangan ikhlas biskita akan diberkati Allah jua dan memberikan impak positif kepada kejohanan yang akan diungkayahkan pada 2 & 3 Nov 2013 itu nanti.
Sedang santai menanti teman-teman yang lain.
Lim Sun Hui, Sharbini Mohidin, Kula Mohamed, Zaini Hj Abang, Hj Matusin Bagol & Joffre Hj Ali Ahmad.
Matusin Sumpong, Roslin Suhailee, Joffre Hj Ali Ahmad, Kula Mohamed & Suhaili Hj Bakar.
Radiman, Abd Morad & Hj Matusin sedang memerhatikan Puncha Gunong sambil Mohd Sadiy asyik menikmati minuman.


Jabar Ithnin, Roslin Suhailee, Hj Matusin Bagol, Sharbini Mohidin & Pea Chong Koon.
Hj Mohd Salehin Kee Abdullah, Lim Sun Hui, Mohd Azznorhasmie Abdullah, Puncha Guning & Matusin Sumpong.
Mesyuarat sedang berjalan.
Sebahagian AJK Kej & ahli yang hadir.
Hj Norazmie, Abd Morad & ahli-ahli VFA sedang memilih menu terbaik.
Sebahagian ahli VFA sedang berbaris bagi menikmati juadah.
Sabar memilih makanan pilihan hati masing-masing.
Lim Sun Hui, Ishak Ibrahim & Hj Mohd Salehin Kee Abdullah.
Radiman Hj Abd Rahman
Hj Abd Wahab Hj Abd Momin
Zainuddin Hj Mohamad
Pea Chong Koon
Matusin Sumpong, Hj Hassan Hj Damit, Abdullah Hj Raini & Hj Mohd Salehin Kee Abdullah.

Thursday 8 August 2013

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin 
kepada seluruh ahli-ahli VFA, pemain-pemain bolasepak veteran, para peminat dan kaum keluarga mereka di mana juga berada dengan ucapan '
Semoga Aidilfitri Mengeratkan Lagi Hubungan Kita'.

Sunday 4 August 2013

4TH BRUNEI 7'S TERIMA PENYERTAAN DARI INDIA, INDONESIA & THAILAND

4th Brunei 7's International Soccer Challenge yang akan berlangsung pada 2 & 3 Nov (Sabtu & Ahad) 2013 akan datang ini bertempat di Kompleks Sukan JBS, Berakas telah menerima penyertaan buat pertama kalinya pasukan-pasukan dari India (Povvai Malar Veterans, Chennai dan East Kolkata Veterans, Kolkata) dan Thailand (Friends From Bangkok & Bangkok Classic Team) serta Kurnia Medan City, Medan, Indonesia yang pernah menyertai pada 2012 lalu.

Sepertimana kejohanan tahun lalu, pada kali ini pihak Jawatankuasa Penganjur mengekalkan format 3 kategori iaitu Veteran (40 tahun ke atas), Masters (45 tahun ke atas) dan Grand Masters (50 tahun ke atas. Di samping pasukan-pasukan yang disebutkan di atas, VFA juga sudah pasti menerima penyertaan pasukan-pasukan tetap seperti FBSB FC & KRP Miri, kedua-duanya dari Miri, Sarawak dan HM FC (dulunya dikenali sebagai Melody Jaya FC) dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim yang merupakan johan tiga tahun berturut-turut Kategori Masters.

Beberapa pasukan luar negeri sedang dalam perbincangan dengan pihak penganjur terutama dari kelab-kelab di Kuala Lumpur dan Singapura. Pasukan-pasukan tempatan tidak ketinggalan dijangka memeriahkan lagi kejohanan yang mendapat sokongan padu dari Jabatan Kemajuan Pelancongan (Brunei Tourism), Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam itu.

Antara pasukan tempatan yang bakal beraksi ialah Stoneville FC (Temburong), Oldstars FC, Semaun Veteran, MIISA Utd FC, Rimba Star FC, Pondok 12 FC, MBS Utd FC, XN FT, BSRC Recon, Satria Veteran FC dan beberapa buah pasukan lagi.
Kepada kelab-kelab yang berminat penyertaan masih dibukakan sehingga tarikh tutup pada 15 Okt 2013. Yuran penyertaan adalah sebanyak $500. Johan akan menerima hadiah wang tunai $2,000, piala iringan dan medal. Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai $1,000 dan medal. Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini akan diberikan cenderahati berupa 11 helai t shirt rasmi kejohanan. Pihak penganjur bersama Brunei Tourism juga akan meraikan setiap pasukan dalam satu majlis Makan Malam Gala yang akan diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Untuk mendapatkan borang penyertaan anda bolehlah menghubungi Awang Jabar Ithnin selaku Tournament Secretary di talian 8820062 ataupun melalui akaun Facebook www.facebook.com/brunei veteran vfa.

Wednesday 10 July 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAQ

Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA mengucapkan 'Salam Ramadhan al-Mubaraq' kepada ahli-ahli VFA yang berugama Islam dan seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga ibadah yang dikerjakan mendapat keberkahan dari Allah s.w.t jua. Amin Amin Amin ya Rabbal alamin.

Tuesday 9 July 2013

XN FT The Double Champion 2013

Setelah mengharungi kira-kira tiga bulan musim Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST 2013, bermula 30 Mac (Piala Sumbangsih) dan 7 Julai (Piala Presiden), XN FT mengungguli kejohanan musim ini apabila menyapu bersih Piala FA dan Piala Presiden dengan menumpaskan pemenang 'Double Champion' musim 2012 Muara Vella SC dalam kedua-dua perlawanan akhir.

XN FT yang dibarisi oleh sebahagian besarnya bekas pemain-pemain kebangsaan telah menjinakkan Muara Vella SC 5-1 dalam perlawanan akhir Piala FA dan 8-0 dalam Piala Presiden. Kejohanan yang ditaja sepenuhnya oleh DST buat tahun ke empat berturut-turut itu telah disertai oleh 24 buah pasukan veteran dari seluruh negara. Syabas diucapkan kepada para pemenang.

Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA dan Ahli Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST 2013 serta ahli-ahli VFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada DST yang sudi menjadi 'Title Sponsor' sekali lagi dan semoga perkembangan ini akan berterusan dalam jangkamasa panjang. Juga tidak ketinggalan diucapkan syabas dan hormat setinggi-tingginya kepada setiap pasukan yang telah memberi komitmen menyertai kejohanan ini. Tanpa anda sekalian, mustahil kejohanan ini akan berjaya. Jumpa lagi tahun depan.
 XN FT meraikan kejayaan menjuarai Piala FA.
XN FT juara Piala Presiden

Monday 18 March 2013

24 PASUKAN SERTAI KEJ BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN DST 2013

Setelah tamat tarikh tutup penyertaan Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST 2013 pada 10 Mac yang lalu maka VFA telah menerima penyertaan sebanyak 24 buah pasukan yang akan beraksi dalam Piala Presiden dan Piala FA. Ini bermakna beberapa buah pasukan baru turut mencuba nasib mereka tahun ini, tahun 2012 lalu 17 buah pasukan bertarung sesama sendiri.

VFA juga mendapat khabar baik kerana sekali lagi pihak DST sudi menjadi 'title sponsor' atau 'penaja kejohanan' untuk tahun ke empat berturut-turut. Buat makluman pembaca dan para peminat bolasepak DST telah menjadi penaja sejak tahun 2010 lagi ketika kejohanan kali pertama Piala Presiden.

Pasukan-pasukan yang turut serta tahun ini ialah;
1. Muara Vella FC
2. Semaun Veteran
3. PSJD
4. Temburong
5. BSRC Recon
6. PBDB
7. Rimba Star FC
8. MIISA United FC
9. Jerudong FC
10. Perkasa FC
11. Oldstar
12. Pondok 12
13. I-Team
14. Menengah FC
15. Mangellela Veteran FC
16. IKLS Veteran FC
17. MBS FC
18. Al-Idrus FC
19. BESA FC
20. Wasabi FC
21. MS PDB
22. Media FC
23. Mix FT
24. XN FT

Sunday 3 February 2013

AJK TADBIR VFA 2013-2015

Berikut adalah senarai ahli-ahli jawatankuasa tadbir VFA yang baru bagi Sesi 2013-2015 setelah berlangsungnya Mesyuarat Agong Kali Ke-3 2012 (Pembubaran dan Pemilihan) pada 1 Feb 2013 (Jumaat), jam 2.00 petang bertempat di Restoran Harini, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Tadbir Sesi 2010-2012 yang telah banyak berjasa meletakkan landasan yang betul bagi VFA untuk terus bergiat aktif dengan adanya beberapa aktiviti tahunan seperti Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan (Piala Presiden dan Piala FA), Brunei 7's International Soccer Challenge dan menyertai beberapa kejohanan antarabangsa di luar negara.

Kita juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Tadbir Sesi 2013-2015 yang baru dilantik dan didoakan semoga mereka mampu bukan sahaja meneruskan perjalanan aktiviti VFA malah dapat mengangkat VFA menjadi salah sebuah persatuan sahsiah yang disegani serta membawa VFA ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Presiden - Awang Roslin bin Suhailee
Naib Presiden - Awang Haji Metussin bin Bagol dan Awang Liew Chuan Fue
Setiausaha Agong - Awang Sharbini bin Mohidin
Timbalan S/Usaha Agong - Awang Jabar bin Ithnin
Bendahari Agong - Awang Pea Chong Koon
Timbalan - Awang Ukoi Anam
Ahli-Ahli - Awang Puncha Gunong, Awang Haji Hassan bin Haji Damit, Awang Haji Sahari bin Haji Tahir, Awang Metussin Sumpong, Awang Ali Haji Ismail dan Awang Ishak bin Haji Kabon.

Friday 11 January 2013

MESYUARAT AGONG KALI KE 3 PADA 1 FEB 2013

Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJK) VFA yang telah bermesyuarat pada 8hb. Jan 2013/Selasa/8.00 malam yang lalu telah mengambil keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 3 2012 dan Pembubaran & Pemilihan AJK Tadbir Sesi 2013-2015 pada 1hb. Feb 2013 (Jumaat), bertempat di Restoran Harini, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, jam 2.00 petang.

Oleh itu dijemput semua ahli ahli-ahli VFA untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Antara agendanya adalah seperti di bawah;

1. Ucapan Alu-Aluan Presiden/Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 2 2012.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan VFA Kali Ke 3 2012.
4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan VFA Berakhir 31 Disember 2012.
5. Perbahasan Usul/Cadangan (jika ada).
6. Pembubaran AJK Tadbir Sesi 2010-2012.
7. Melantik Pengerusi Sementara.
8. Pemilihan AJK Tadbir Sesi 2013-2015.
9. Penangguhan Mesyuarat.