Wednesday 31 March 2010

MESYUARAT LIGA VETERAN KEBANGSAAN

MESYUARAT KHAS LIGA VETERAN KEBANGSAAN - PIALA PRESIDEN 2010
6 HB APRIL 2010 (SELASA)
8 MALAM
BILIK MESYUARAT JPKK, KG LAMBAK KANAN, BS BEGAWAN

AGENDA

1. Bacaan surah Al-Fatihah

2. Ucapan alu-aluan Presiden VFA

3. Membincangkan penganjuran Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 dan seterusnya melantik ahli jawatankuasa kejohanan;

- Penasihat
- Pengerusi
- Timbalan Pengerusi
- Setiausaha
- Timbalan Setiausaha
- Bendahari
- Setiausaha Perlawanan
- Pendaftar
- Ahli Jawatankuasa (5 jawatan)

Semua Ahli Jawatankuasa Tadbir dan ahli-ahli VFA dijemput hadir pada tarikh, masa dan tempat seperti disebutkan di atas bagi sama-sama membincangkan dan seterusnya melaksanakan agenda-agenda tersebut.

Monday 29 March 2010

VFA ANJUR DUA KEJOHANAN TAHUN INI

LIGA VETERAN KEBANGSAAN - PIALA PRESIDEN
BRUNEI 7'S INTERNATIONAL CHALLANGE

Dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Bil 3/2010 yang berlangsung malam tadi di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak Kanan, Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) telah mengambil langkah seterusnya untuk mengendalikan dua kejohanan besar tahun ini iaitu Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden dan Brunei 7'S International Challange.

Kedua-dua kejohanan tersebut adalah projek sulong VFA sebaik diluluskan pendaftarannya pada 16 November 2009 lalu. Liga Veteran Kebangsaan (LVK) dijadualkan berlangsung selama tiga bulan iaitu dari bulan Mei hingga Julai 2010 sementara Brunei 7'S International Challange (Brunei 7'S) akan berlangsung pada 4 & 5 Disember 2010.

LVK dianjurkan sebagai liga veteran kebangsaan dan terbuka kepada pasukan-pasukan keempat-empat daerah iaitu Brunei/Muara, Tutong, Belait dan Temburong serta beberapa pasukan jemputan. Brunei 7'S pula adalah kejohanan 7 sepasukan yang bertaraf antarabangsa dan terbuka untuk pasukan-pasukan dari dalam dan luar negeri.

Mesyuarat juga telah mendengar laporan penyertaan VFA dalam 11th PSC International Soccer 7's 2010 yang dibentangkan oleh Pengurus Pasukan, Awang Jabar Ithnin. Selain itu mesyuarat juga telah membincangkan pelbagai perkara untuk memajukan lagi VFA agar menjadi sebuah pertubuhan yang disegani suatu hari nanti.

Tuesday 23 March 2010

MESYUARAT AJK TADBIR VFA BIL 3/10

PERKARA: MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA TADBIR VFA BIL. 3/2010

TARIKH: 28 MAC 2010

TEMPAT: BILIK MESYUARAT JPKK, KG. LAMBAK KANAN

MASA: 8.00 MALAM

Semua Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) dijemput hadir untuk membincangkan perkara-perkara yang dimasukkan di dalam agenda mesyuarat.

Sunday 21 March 2010

JURONG WEST JUARA VETERAN DI PULAU PINANG

Aksi Abbas Saad (kuning) yg mewakili Jurong West, Singapore dalam perlawanan akhir kategori Veteran menentang Kwarta FC, Indonesia. Dalam perlawanan itu Jurong West menang mudah 4-0.

Inilah dia pasukan Jurong West yang menjuarai kategori Veteran dalam kejohanan 11th PSC International Soccer 7's 2010. Seorang lagi bekas pemain professional dan pemain kebangsaan Singapura, V. Sundramorthy (empat dari kanan) turut membarisi pasukan ini.

Wednesday 17 March 2010

VFA DAPAT JEMPUTAN LAGI

Poster publisiti yang dikirimkan kepada VFA oleh penganjur Borneo Football Cup 2010.

Belumpun hilang keletihan menyertai 11th PSC International Soccer 2010 pada 6 & 7 Mac 2010 lalu, VFA menerima beberapa jemputan lagi bagi menyertai kejohanan-kejohanan anjuran mereka. Paling awal menjemput ialah Borneo Sports Holiday iaitu penganjur Borneo Football Cup 2010 di Kota Kinabalu, Sabah yang mana sejak dua edisi lalu Brunei DS muncul juara. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 5 & 6 November 2010.

Ketika menyertai kejohanan di Pulau Pinang lalu, VFA menerima juga jemputan dari negeri Johor Darul Takzim untuk menyertai 1st Melodi Jaya International Soccer 9 A-side 2010 yang dijadualkan berlangsung pada 5 & 6 Jun 2010 bertempat di Padang Gelam, Johor Bahru, Johor. Menurut Pengerusi Kejohanan, Haja Mydin Abdul Kader, kejohanan tersebut membuka penyertaan untuk Kategori Veteran dan Masters dan yuran penyertaan ialah RM1,500.

Ulu Klang Recreation Club (UKRC) juga tidak melepaskan peluang untuk mengundang VFA ke UKRC International Soccer 9's pada 15 & 16 Oktober 2010 yang akan berlangsung di UKRC, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Untuk kejohanan ini ianya terbuka kepada satu kategori sahaja iaitu Kategori Masters (dengan membenarkan setiap pasukan menyenaraikan 3 orang pemain berusia 40 tahun).

Kepada pasukan-pasukan atau kelab-kelab yang turut berminat untuk menyertai kejohanan-kejohanan tersebut bolehlah menghubungi Awang Jabar bin Ithnin (Timbalan Setiausaha Agong VFA) melalui talian 8820062 atau email: jabarithnin@gmail.com.

AL-FATIHAH & SALAM TAKZIAH BUAT HJ ISMAIL

Presiden, AJK Tadbir dan seluruh ahli VFA mengucapkan takziah kepada ahli VFA, Awang Hj Ismail bin OKK Hj Tengah kerana kembalinya ke rahmatullah ayahanda tercinta iaitu OKK Hj Tengah beberapa hari yang lalu. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi roh para solehin dan diberkati Allah hingga akhir zaman. Al-Fatihah.

Thursday 11 March 2010

LAPORAN 11TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S 2010

Pintu masuk utama ke komplek Kelab Sukan Pulau Pinang (Penang Sport Club) yang telah berusia melebihi 100 tahun.
Antara pengurus-pengurus pasukan yang hadir ketika menyuarat sebelum berlangsungnya kejohanan.
Pengarah Kejohanan, Dato' Mohd Junid Mohd Noor sedang menerangkan sesuatu kepada para pengurus pasukan.
Pea Chong Koon sempat mengabadikaan 'pose' di sisi 'Perisai Kejohanan' di lobi bangunan PSC.
Pengurus Pasukan sedang memberi taklimat ringkas mengenai kejohanan di lobi hotel penginapan.
Pemain-pemain sedang memasuki van yang akan membawa mereka ke venue kejohanan.
Hj Md Sallehin Kee, Ali Momin, Suni Mat Jerah, Nordin Tujoh dan Sharbini Mohidin di depan hotel penginapan.
Liew Chuan Fue, Ukoi Anam dan Pea Chong Koon bergambar bersama piala dan hadiah-hadiah sebelum acara pembukaan.
Inilah khemah yang menempatkan skuad VFA. Gambar di ambil di awal pagi sebelum bermula kejohanan.
Ketiga-tiga pasukan dari Brunei DS bergambar ramai di hadapan 'billboard' kejohanan.
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abd Rahman bin Haji Abbas (tengah) sedang memotong riben untuk melepaskan belon ke udara selepas merasmikan kejohanan.
Pengurus Pasukan, Jabar Ithnin sedang bersalaman dengan Tetamu Kehormat.
Pengurus Pasukan Brunei Oldstars (Temburong) Hj Abd Wahab sedang menerima cenderahati dari Tetamu Kehormat.
Brunei Veteran
Brunei Masters
Brunei Masters sebelum acara pembukaan rasmi.
Brunei Veteran dan Brunei Oldstars menanti dengan sabar ketibaan Tetamu Kehormat.
Masa untuk mengabadi kenangan.
Brunei Veteran dan Brunei Oldstars diletak bersebelahan ketika acara pembukaan rasmi.
Azamanuddin Hj Gillen nampak serius memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya sebelum bermula perlawanan.
Aktiviti melegakan tekanan dan kepanasan.
Lim Sun Hui, Liew Chuan Fue, Kula Mohamad dan Haji Ismail sedang berehat.
Liew Chuan Fue membantu Hj Shaari merawat kecederaannya.
Tajul Arifin sedang minum sebaik selesai perlawanan, masing-masing nampak keletihan.
Khemah-khemah yang disediakan pihak penganjur untuk pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan.
Penganjur juga menyediakan gerai menjual makanan.
Puncha sedang membaca akhbar sambil Kula ikut bersama.
Penjaga gol Temburong (Oldstars) menerima rawatan segera.
Kepenatan masih dirasai. Para pemain tidak melepas peluang untuk merehatkan badan sambil menunggu penerbangan pulang ke tanah air.
Santokh Singh mencabut undian untuk pasukannya Royal Selangor Club.
Brunei Veteran Juara Plate.

Akhirnnya skuad VFA selamat pulang ke tanahair pada 8 Mac 2010 lalu setelah menyertai kejohanan 11th PSC International Soccer 7's 2010 di Pulau Pinang, Malaysia yang telah berlangsung pada 6 & 7 Mac 2010 lalu. Seperti tahun lalu, kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Encik Lim Guan Eng.

Skuad VFA berlepas ke Pulau Pinang pd 4 Mac 2010 lalu dan telah membuat persediaan rapi menghadapi kejohanan berprestij itu. Sebanyak 40 buah pasukan (20 - Veteran & 20 - Masters) telah menyertai kejohanan kali ini yang datangnya dari negara-negara seperti Malaysia, Brunei DS, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Australia, Maldives, Eropah dan Filipina.

Brunei Masters telah berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu dengan mara ke perlawanan separuh akhir (Main Competition) sebelum dikecewakan oleh Hong Kong Allstars hanya dengan tendangan penalti (1-3) setelah kedudukan terikat 1-1 dalam permainan sepenuh masa.

Sementara itu Brunei Veteran pula walaupun gagal bermain dalam Main Competitin telah berjaya menjuarai acara Plate Competition setelah menewaskan Melodi Jaya 1-0 hasil jaringan Suni Mat jerah dalam perlawanan akhir. Sebelum itu yang menarik ialah pertembungan sesama sendiri antara Brunei Veteran dan Brunei Oldstars (Temburong) dalam perlawanan separuh akhir. Ini merupakan sejarah bagi kejohanan itu. Bagaimanapun, Brunei Veteran mampu mengatasi Brunei Oldstars (Temburong) 3-1 dalam perlawanan yang dirasakan seolah-olah berada di Brunei DS.

Apa yang jelas dilihat melalui kejohanan itu ialah mutu permainan bertambah meningkat dari tahun ke tahun. Nampak dengan pasti bahawa setiap pasukan yang bertanding menyenaraikan pemain-pemain berkualiti sama ada bekas pemain kebangsaan, negeri atau kelab-kelab professional. Malah pasukan Jurong West (Kategori Veteran) nampak gagah dan muncul juara dengan membariskan penyerang sensasi Singapura dan Johor dari Australia iaitu Abbas Saad dan bintang hebat Singapura, V. Sundramorthy.

Begitu juga pasukan-pasukan dari Indonesia yang menghantar pasukan yang memiliki pemain-pemain yang cukup cergas, berkualiti dan berpengalaman menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa khususnya kejohanan 7 sepasukan ini. Antara kelibat bintang-bintang veteran yang beraksi ialah R. Rukumaran (Melodi Jaya-Masters), A. Jayakanthan (Royal Selangor Club-Veteran), Jelani Wilastra (Bukit Jambul-Veteran), Scott Orrelenshaw dan Borhan Ajui (Soccer Experience-Veteran).

Antara pasukan-pasukan yang berkualiti ialah; Veteran - Jurong Western, Kwarta FC (Indonesia), Pratama FC (Indonesia), Maldives Veteran, Royal Selangor Club, Soccer Experience, Bukit Jambul Club dan Melodi Jaya FC. Masters - Hong Kong Allstars, Pertamina FC (Indonesia), Singapore Malays, Langkawi Veteran, Melodi Jaya FC, Perak Masters dan Medan City FC (Indonesia).

Oleh itu PSC International Soccer 7's tidak lagi boleh dianggap sebagai pelengkap kalendar aktiviti tahunan VFA. Kejohanan ini hendaklah disertai dengan persiapan yang cukup rapi dan bersistematik sekurang-kurangnya sebulan sebelum kejohanan berlangsung. Dalam erti kata lain, persiapan hendaklah menyerupai apa yang telah kita lalui ketika menyediakan sesebuah pasukan kebangsaan sebelum ini.

Bermula dengan pemilihan pemain, corak latihan dan pemilihan jurulatih hendaklah dilakukan lebih awal dan tidak timbul istilah 'tangkap muat'. Ini kerana pasukan-pasukan lain nampaknya membuat persediaan cukup rapi menghadapi kejohanan ini terutama bagi Kategori Veteran. Diharap kita akan menjadikan kejohanan ini satu iktibar untuk terus maju dari segi penyertaan pasukan dan aspek-aspek penganjuran.

VFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang telah bermurah hati memberi sumbangan seperti Seri Sentosa Sdn Bhd, Sheikh Nordin Sheikh Mohamad, Aewon Garment & Embroidery dan mana-mana pihak lain yang membantu, tanpa sumbangan mereka mutahil VFA mampu melaksanakan aktiviti ini.


BRUNEI MASTERS


Pusingan Pertama
Brunei Masters lwn Singapore Malays - 1-0 (Puncha Gunong)
Brunei Masters lwn UKRC - 3-0 (Puncha Gunong, Ukoi Anam & Kula Mohamad)
Brunei Masters lwn Melodi Jaya - 1-1 (Kula Mohamad)

Pusingan Kedua - Main Competition
Brunei Masters lwn Perak Masters - 1-1 (Kula Mohamad)
Brunei Masetrs lwn Port Rangers - 3-0 (Ukoi Anam (2) & Puncha Gunong)
Brunei Masters lwn Langkawi Veteran - 1-0 (o.g)

Separuh Akhir
Brunei Masetrs lwn Hong Kong Allstars - 1-1 (Hj Shaari Hj Tahir)
Penalti - 1-3

Senarai Penjaring;
Kula Mohamad - 3 gol
Puncha Gunong - 3 gol
Ukoi Anam - 3 gol
Hj Shaari Hj Tahir - 1 gol

Skuad; Liew Chuan Fue, Puncha Gunong, Lim Sun Hui, Hj Md Sallehin Kee Abdullah, Ukoi Anam, Hj Shaari Hj Tahir, Kula Mohamad, Pea Chong Koon, Suhaili Hj Bakar & Hj Ismail OKK Hj Tengah. Jurulatih - Nordin Tujoh


BRUNEI VETERAN

Pusingan Pertama
Brunei Veteran lwn Pratama, Indonesia - 1-4 (Azamanuddin Hj Gillen)
Brunei Veteran lwn Perak Chinese - 0-4
Brunei Veteran lwn Port Rangers - 3-0 (Ali Momin (2) & Ishak Hj Ibrahim)

Pusingan Kedua - Plate Competition
Brunei Veteran lwn United World College, SEA - 3-1 (Ali Momin (2) & Tajul Ariffin)
Brunei Veteran lwn Pukin Pastos, Australia - 3-0 (Ali Momon (2) & Suni Mat Jerah)
Brunei Veteran lwn Port Rangers - 2-1 (Suni Mat Jerah & Ali Momin)

Separuh Akhir
Brunei Veteran lwn Brunei Oldstars - 3-1 (Suni Mat Jerah, Ali Momin & Abdullah Hj Raini)

Akhir
Brunei Veteran lwn Melodi Jaya - 1-0 (Suni Mat Jerah)

Senarai Pejaring;
Ali Momin - 8 gol
Suni Mat Jerah - 4 gol
Tajul Ariffin Sumpong - 1 gol
Azamanuddin Hj Gillen - 1 gol
Ishak Hj Ibrahim - 1 gol
Abdullah Hj Raini - 1 gol

Skuad; Sharbini Mohidin, Azamanuddin Hj Gillen, Alijanda Sitom, Ishak Hj Ibrahim, Ishak Hj Kabon, Ali Momin, Tajul Ariffin Sumpong, Suni Mat Jerah, Abdullah Hj Raini & Imran Hj Ahmad. Jurulatih - Nordin Tujoh

Thursday 4 March 2010

VFA BERLEPAS KE PULAU PINANG HARI INI

Skuad Brunei Veteran 2008, Juara Kategori Masters.

Pasukan Masters dan Veteran VFA berlepas ke Pulau Pinang hari ini untuk menyertai kejohanan 11th PSC International Soccer 7's Tournament 2010. Sebuah lagi pasukan dari Brunei Darussalam ialah Brunei Oldstars yang membariskan pemain-pemain veteran dari Daerah Temburong, mereka akan menyertai kategori Veteran.

Diharap semua ahli dan pembaca blog ini akan dapat mendoakan kami beroleh kejayaan di dalam kejohanan itu kelak. Pasukan veteran negara pernah menjuarai kategori veteran (Brunei Dragonfly) dan kategori masters (Brunei Veteran) 2008. Mudah-mudahan penyertaan sulung tahun 2010 ini membuahkan kejayaan sekali lagi. Amin.

Wednesday 3 March 2010

MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN

Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail sedang menyampaikan amanatnya.



Presiden VFA, Awg Ali bin Haji Ismail telah sudi hadir dan memberikan taklimat kepada para pegawai dan pemain yang akan menyertai 11th PSC International Soccer 7's 2010 yang akan berlangsung pada 6 & 7 Mac 2010 akan datang ini di Kelab Sukan Pulau Pinang, Malaysia. Majlis tersebut telah berlangsung pada 2 Mac 2010 (Selasa), jam 3.00 petang dan bertempat di Restoran Stadium, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Antara lain Presiden mengucapkan tahniah kepada para pegawai dan pemain yang telah dipilih mewakili negara ke kejohanan tahunan tersebut dan seterusnya menasihatkan agar bermain dengan bersungguh-sungguh hingga membawa kejayaan. Dalam pada itu, Awang Ali juga menekankan supaya setiap ahli rombongan menjaga disiplin mereka sewaktu berada di sana dan beliau merasa bangga kerana inilah penyertaan rasmi kali pertama Negara Brunei Darussalam kekejohanan antarabangsa menggunakan nama VFA.

Pada kejohanan kali ini VFA menyertai dua acara iaitu Masters (45 tahun ke atas) dan Veteran (40 tahun ke atas) dan pasukan dari Daerah Temburong (Brunei Oldstars). Kesemua pegawai dan pemain dari ketiga-tiga pasukan hadir dalam majlis taklimat Presiden itu.

Presiden seterusnya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja yang bermurah hati telah sudi menaja penyertaan VFA kali ini. Selanjutnya Presiden menjelaskan bahawa keahlian VFA semakin bertambah dari masa ke semasa dan amat berbesar hati bahawa kesemua pegawai dan pemain yang mewakili VFA kali ini merupakan ahli-ahli VFA.

"Dengan bertambahnya ahli kita nanti maka mudahlah bagi kita untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan umpamanya Liga Veteran Kebangsaan, Kejohanan 7 Sepasukan & futsal. Nampaknya hampir keempat-empat daerah sudah mempunyai pasukan veteran mereka sendiri dan ini merupakan satu isyarat kepada perkembangan dan kemajuan VFA," ujar Awang Ali lagi.

Di akhir acara taklimat Presiden telah sudi menyerahkan t shirt tajaan Awang Sheikh Nordin bin Sheikh Mohammad (salah seorang ahli VFA) kepada pegawai dan pemain-pemain. Majlis pada petang itu diakhiri dengan jamuan ringan.

TAJAAN T SHIRT OLEH AEWON GARMENT & EMBROIDERY

Kelihatan wakil Aewon Garment & Embroidery sedang menyerahkan t shirt tajaan mereka kepada Awg Liew Chuan Fue, Setiausaha Agong VFA.

Sebahagian dari pegawai & pemain bergambar bersama t shirt sumbangan penaja.

Liew Chuan Fue (S/U Agong), Sarbini Mohidin (AJK), Pea Chong Koon (AJK), Puncha Gunong (AJK), Kula Muhammad (pemain), Nordin Tujoh (Jurulatih) & Tajul Ariffin (pemain) bersama t shirt tajaan.

Pada 2 Mac 2010 (Selasa) jam 2.00 ptg, bertempat di Aewon Centre, Kg Kiarong telah berlangsung penyerahan tajaan t shirt oleh Aewon Garment & Embroidery kpd skuad VFA yg akan menyertai 11th PSC International Soccer 7's 2010.

T shirt yg ditaja oleh Aewon Garment & Embroidery telah disampaikan oleh wakilnya dan diterima oleh Awg Liew Chuan Fue selaku Setiausaha Agong VFA. Turut hadir pd majlis ringkas itu ialah sebahagian AJK Tadbir VFA, pegawai dan pemain-pemain yang akan mewakili VFA pd kejohanan tersebut.

Sesungguhnya VFA amat berbesar hati atas sumbangan ikhlas pihak penaja dan menyuntik semangat kepada para pemain untuk melakukan yang terbaik ketika bermain nanti. T shirt tajaan itu adalah untuk kegunaan para pegawai dan pemain VFA sewaktu berada dalam perjalanan pergi/balik dan ketika berada di Pulau Pinang, Malaysia.