Friday 26 February 2010

SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKAHAN SEMPENA MAULIDUR RASUL


Sempena sambutan Maulidur Rasul Muhammad S.A.W, Presiden, AJK Tadbir & ahli VFA mengucapkan selamat beribadah kepada semua umat Islam di Brunei Darussalam dan semoga ibadah kita mendapat keberkahan Allah SWT. Aminnn.

Tuesday 23 February 2010

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 26


Presiden, AJK Tadbir dan ahli Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 26 Kehadapan Majlis KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat dan penduduk negara ini. Semoga kita sentiasa diberkati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana, aman makmur hingga ke akhir zaman. Amin.

Sunday 21 February 2010

LIPUTAN BORNEO BULLETIN

Keratan akhbar Borneo Bulletin (back page) 20 Feb 2010 oleh James Koon.

Media massa tempatan seperti RTB, Borneo Bulletin, Media Permata dan Brunei Times memang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, tepat dan sempurna. Mereka telah membuat liputan hampir kesemua aktiviti sukan di Negara Brunei Darussalam ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh VFA. Dari mula perancangan hinggalah kepada penubuhan VFA secara sah, pihak media telah memberikan kerjasama dengan baik sekali. Tanpa publisiti dari media mustahil VFA diketahui kewujudannya dan kini bilangan ahli semakin bertambah.

Kali ini giliran James Koon, sahabat VFA dari Borneo Bulletin membuat liputan mengenai persiapan VFA menyertai kejohanan 11th PSC International Soccer 7's 2010. Bertempat di padang Sekolah Menengah Rimba, James Koon telah membuat temuramah dengan beberapa orang personaliti yang mewakili VFA seperti Awang Ishak Hj Kabon (Timbalan Bendahari Agong merangkap Jurulatin pasukan Veteran) dan Awang Pea Chong Koon (AJK Media dan Perhubungan Awam).

Menempatkan berita mengenai VFA pada 20 Feb (Sabtu) yang lalu merupakan satu penghormatan kerana adisi hari Sabtu merupakan edaran paling banyak bagi Borneo Bulletin apatah lagi gambar kedua-dua pasukan (Masters dan Veteran) VFA dicetak agak besar saiznya. Malangnya sebahagian kecil pemain-pemain tidak dapat hadir kerana kesibukan tugas harian di pejabat masing-masing.

Kontijen VFA akan berlepas ke Pulau Pinang pada 4 Mac 2010 (Khamis)- melalui Kota Kinabalu. Manakala kejohanan akan berlangsung pada 6 dan 7 Mac 2010 bertempat di Penang Sport Club dan dijangka Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sendiri akan menjadi tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan kejohanan veteran (7 side) paling berprestij di Malaysia itu.

Pihak pengurusan VFA kini sedang menyelesaikan beberapa perkara wajib sebelum bertolak seperti hotel penginapan, pengangkutan, makan-minum, t shirt, jersi dan mencari sumber kewangan bagi keselesaan kontijen VFA tatkala dalam perjalanan pergi-balik dan ketika menyertai kejohanan.

Sunday 14 February 2010

GONG XI FA CAI


Presiden dan seluruh Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua ahli-ahli VFA yang berbangsa Tionghua. Semoga kedatangan tahun baru ini akan membahagiakan awda sekeluarga.

Saturday 13 February 2010

SENARAI PEGAWAI & PEMAIN VFA KE P.PINANG

Jabar Ithnin - Pengurus Pasukan
Nordin Tujoh - Jurulatih

MASTERS
Liew Chuan Fue
Hj Md Sallehin Kee Abdullah
Puncha Gunong
Ukoi Anam
Lim Sun Hui
Hj Ismail OKK Hj Tengah
Pea Chong Koon
Hj Shaari Hj Tahir
Kula Mohamad
Suhaili Hj Bakar

VETERAN
Azamanuddin Hj Gillen
Sharbini Mohidin
Suni Mat Jerah
Ishak Hj Ibrahim
Tajul Ariffin Sumpong
Alijanda Sitom
Ali Hj Momin
Ishak Hj Kabon
Abdullah Hj Raini
Imran Hj Ahmad

Sunday 7 February 2010

VFA TERIMA PENGESAHAN DARI PSC

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) telah menerima pengesahan dari pihak penganjur 11th PSC International Soccer 7's 2010 iaitu Penang Sport Club melalui email mereka beberapa hari yg lalu. VFA akan menghantar 2 pasukan secara rasmi iaitu Brunei Veteran (Kategori 40 tahun ke atas) dan Brunei Masters (45 tahun ke atas).

Kini kedua2 pasukan sedang menjalani latihan intensif setiap hari Selasa, Khamis & Sabtu di padang Sekolah Menengah Rimba dan Sekolah Menengah SMJA. Penyertaan tahun ini merupakan penyertaan kali pertama secara rasmi di bawah payung VFA dan kali pertama juga utk kejohanan2 luar negeri. Sebelum ini penyertaan pasukan2 veteran Brunei Darussalam ke beberapa kejohanan luar negeri adalah melalui kapisiti sebagai ad-hoc committee.

Kami akan menyiarkan gambar2 kedua2 pasukan veteran itu dlm posting akan datang. Sementara itu, sebuah lagi pasukan yg turut disahkan penyertaan mereka oleh PSC ialah Brunei Oldstars yg mana kebanyakan pemain2 mereka adalah pemain2 veteran dari daerah Temburong. Menurut mereka kejohanan di Pulau Pinang ini akan menjadi asas kpd pembentukan sebuah pasukan veteran daerah Temburong yg akan menyertai Liga Veteran Kebangsaan Piala Presiden yg akan bermula tidak berapa lama lagi.