Thursday 30 September 2010

MANUTDBRUNEI & LIVERPOOL FAN CLUB BANTU PROMOSI & PENJUALAN TIKET

AJK VFA, Awang Pea Chong Koon (kiri) sedang menyerahkan poster dan tiket kepada Awang Muhammad Syazni, Presiden Manutdbrunei Fan Club di salah sebuah restoran.

Perlawanan Bolasepak Persahabatan Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2010 (Sabtu), di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, jam 8.18 malam mendapat suntikan semangat apabila dua buah kelab peminat bersetuju membantu mempromosikan perlawanan tersebut di samping menjual tiket-tiket kepada para ahli mereka.

Kelab peminat tersebut ialah Liverpool FC dan Manutdbrunei FC dan VFA selaku penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang dihulur. Semoga inisiatif mereka itu akan membuahkan hasil bagi meningkatkan jualan tiket perlawanan dan seterusnya menyumbang pula kepada tabung berkenaan.

Kedua-dua pasukan yang akan bermain dalam perlawanan persahabatan amal itu nanti ialah Pilihan VFA dan Juara Piala Malaysia 1999. Pilihan VFA diperkuatkan dengan kehadiran beberapa orang pemain lagenda jemputan, umpamanya, Hassan Sani, Fandi Ahmad, Malek Awab, Matlan Marjan dan Kader Yahya. Manakala skuad Juara Piala Malaysia 1999 akan memiliki kembali Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell.

Saturday 25 September 2010

9 OKT 2010 - TARIKH BARU PERLAWANAN AMAL

Dengan ini diumumkan bahawa tarikh baru Perlawanan Bolasepak Persahabatan Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan adalah seperti berikut;

9 OKTOBER 2010 / SABTU
STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BERAKAS
8.15 MALAM

Tiket-tiket berharga $10 & $5 sedang dijual di lokasi-lokasi berikut;

Hua Ho - Tg Bunut & Kg Petani (Tutong)
Mufakat Sport - Gadong
Restoran Stadium NHB - Berakas
U-Soff Cafe - Serusop

Saturday 18 September 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN AMAL TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN

FANDI, MALEK, KADER, HASSAN DAN MATLAN SAHKAN PENYERTAAN UNTUK PASUKAN PILIHAN VFA

Kini telah sah bahawa Fandi Ahmad, Malek Awab dan Kader Yahya, kesemuanya bekas pemain-pemain kebangsaan Singapura serta Hassan Sani dan Matlan Marjan, bintang lagenda Sabah dan Malaysia akan menyarung jersi Pilihan VFA dalam perlawanan amal untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan menentang Juara Piala Malaysia 1999.

Pihak VFA telah mendapat surat kelulusan dari Sekretariat Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan (Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan) untuk menganjurkan perlawanan tersebut. Tiket-tiket berharga $10 dan $5 akan dijual dalam waktu terdekat di beberapa tempat yang akan diberitahui kemudian.

Sementara itu skuad Juara Piala Malaysia 1999 mendapat suntikan semangat apabila salah seorang pemain import skuad tersebut, Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell telah bersetuju untuk kembali ke Brunei Darussalam bergabung kembali bersama rakan-rakan beliau yang menjadi wira Negara Brunei Darussalam apabila menjuara Piala Malaysia pada tahun 1999.

Butiran lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.15 malam
Tempat: Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Thursday 9 September 2010


PRESIDEN DAN AJK TADBIR VFA MENGUCAPKAN

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H/2010M
Maaf Zahir dan Batin

KEPADA SELURUH AHLI VFA, PARA PEMAIN VETERAN DAN PARA PEMINAT BOLA SEPAK DI SELURUH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SERTA DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA.

Sunday 5 September 2010

MESYUARAT AJK TADBIR BIL. 6/10

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) sekali lagi akan mengadakan mesyuarat AJK Tadbir iaitu untuk kali ke 6 sejak secara rasmi ditubuhkan pada November 2009 lalu. Butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh: 6hb. Sept. 2010 (Isnin) bersama 25 Ramadhan 1431H
Tempat: Bilik Mesyuarat JPKK, Beribi.
Masa: 3.00 petang

Mesyuarat tersebut diadakan khusus untuk membincangkan beberapa aktiviti yang bakal diungkayahkan oleh VFA selepas ini iaitu Sambutan Hara Raya Aidilfitri dan Ramah Mesra, Perlawanan Bolasepak Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan dan Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 serta beberapa perkara lainnya.

Dengan itu adalah dipohonkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir VFA dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 supaya akan dapat hadir ke mesyuarat itu kerana buah fikiran awda sangat-sangat diharapkan untuk melicinkan lagi persediaan dan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut di atas.

Jabar Ithnin
Timbalan Setiausaha Agong