Tuesday 27 September 2011

VFA KANDAS DI PUSINGAN KEDUA

1st M'sia Day Ex International/State Soccer 9's 2011
Berdiri dari kiri; Metussin Sumpong, Sabtu Sitai, Ukoi Anam, Hj Ayubhan Hj Jaya, Hj Ramli Metussin, Hj Ahmad Hj Mohin, Kula Mohamed & Lim Sun Hui.
Duduk dari kiri; Mail Tanjong, Hj Metussin Bagol, Zaini Hj Abang, Hon Ah Yan & Hj Sahari Hj Tahir.

VFA yang dijemput buat pertama kali menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pemain Negeri/Kebangsaan Malaysia pada 16 & 17 Sept 2011, di Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur, telah berjaya mara pusingan kedua apabila menjadi naib johan kumpulan yang disertai oleh 12 pasukan negeri-negeri di Malaysia serta pasukan jemputan luar negara termasuk Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Australia.

Di pusingan kedua skuad VFA gagal menyerlah apabila tewas 1-2 kepada Perak, 0-3 ke atas Thailand dan seri 0-0 dengan Melaka. Johor muncul juara setelah menewaskan Singapura 1-0 dalam perlawanan akhir. Ramai bekas pemain-pemain antarabangsa beraksi dan antaranya ialah Nasir Yussof, Fadzli Ahmad & Salleh Md Noor (Johor), Azizol Abu Hanifah, Khalid Ali & Ramli Talib (Perak), Faridzul Kassim (Kedah), Dato Soh Chin Aun (Melaka), Kamaruzaman Yussof, Karim Pin, Mohd Noor Yaakub & M. Pavalamani (KL), Hassan Sani, Henri Anjun & Karti Tukimin (Sabah), Jalil Ramli, Mohd Ali Shafiee & Awang Mahyan (Sarawak), Malek Awab & Lim Ting Hai (Singapura).

Skuad VFA diketuai oleh Awang Haji Ahmad Haji Mohin, Naib Presiden VFA, sementara pengurus pasukan ialah Mail Tanjong. Pihak VFA mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh NFABD dalam penyertaan ke kejohanan tersebut.

Thursday 22 September 2011

VFA NAIB JOHAN DI UKRC

Skuad VFA mencatat keputusan membanggakan dalam penyertaan pertamanya di UKRC-Astro International Soccer 9's 2011 (10 & 11 Sept 2011) apabila merangkul naib johan, tewas tipis 3-4 kepada pasukan Indonesia di perlawanan akhir. Sebanyak 12 buah pasukan telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Komplek Sukan UKRC, Ulu Klang, Kuala Lumpur itu.

Bersama ini dipaparkan gambar-gambar mereka;

Gambar medal yang dimenangi.
Kelihatan Puncha Gunong sedang menghantar SMS kepada isteri tersayang. Di belakangnya Suni Mat Jerah.
Azamanuddin Hj Gillen aka Damit bersama Ukoi Anam bersedia untuk perlawanan.

Morad Hj Abd Rani sedang memberi posing 'maut'.

Gambar pasukan sebelum perlawanan bermula.

Skuad VFA bergambar bersama pegawai-pegawai UKRC dan pemain lagenda Malaysia & Selangor, Santokh Singh (berdiri empat dari kanan).

Tuesday 6 September 2011

VFA BERSEDIA UTK UKRC 9'S

Skuad VFA telah bersedia untuk menyertai UKRC-Astro International Soccer 9's 2011 yang akan diadakan pada 10 & 11 September 2011 (Sabtu & Ahad) hujung minggu ini. Para pemain telah menjalani latihan intensif sebaik sahaja berakhirnya Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-2 2011 lalu. Mereka telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Di bawah disenaraikan para pemain yang akan mewakili VFA untuk kejohanan tersebut.

1. Azamanuddin Hj Gillen
2. Suni Mat Jerah
3. Ishak Hj Ibrahim
4. Hj Hassan Hj Damit
5. Puncha Gunong
6. Ukoi Anam
7. Mohd Sadiy Abdullah Tujoh
8. Mail Tanjong
9. Hj Abd Wahab Hj Abd Momin
10. Lim Sun Hui
11. Zaini Hj Abang
12. Hj Sahari Hj Tahir