Friday 28 January 2011

SKUAD VFA KE 12 PSC I'TNAL SOCCER 7'S 2011

VETERAN
Ishak Hj Kabon
Mohd Safri Hj Masri
Mohd Ali Hj Momin
Pg Sallehuddin Pg Hj Damit
Suni Mat Jerah
Zainuddin Hj Mohamad
Hj Sharifulrizal Hj Zainal
Tajol Ariffin Sumpong
Abdullah Hj Raini
Mail Tanjong
Skuad Veteran VFA yang memenangi 'Plate Competition' tahun lalu.
Sebahagian pemain dan pegawai VFA serta Temburong sebelum acara pembukaan tahun lalu.
MASTERS
Liew Chuan Fue
Hj Mohd Salehen Kee Abdullah
Lim Sun Hui
Ukoi Anam
Sharbini Mohidin
Kula Mohammed
Puncha Gunong
Pea Chong Koon
Mohd Sadiy Abdullah Tujoh
Hj Sahari Hj Tahir

Saturday 22 January 2011

AHLI VFA BERAKSI FUTSAL SUKAN KEMENTERIAN

Sebahagian besar ahli-ahli VFA telah menyertai acara futsal (veteran) Pesta Sukan Kementerian yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Bagi acara futsal veteran Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPDSSU) akan bertemu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 28 Jan 2011, 8 malam, di Dewan Serbaguna, Komplek Sukan Berakas.

Berikut adalah senarai ahli-ahli VFA yang menyertai acara itu;
Kementerian Hal Ehwal Ugama - Hj Ahmad Hj Mohin
Kementerian Pendidikan - Liew Chuan Fue, Ukoi Anam, Pea Chong Koon dan Hj Metussin Bagol
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri - Lim Sun Hui dan Mohd Sadiy Abdullah Tujoh
Jabatan Perdana Menteri - Kula Mohamed dan Puncha Gunong
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama - Sharbini Mohidin dan Sabtu Sitai
Kementerian Pertahanan - Ampuan Rahim Ampuan Sabli

Wednesday 19 January 2011

VFA ALU-ALUKAN PENUBUHAN PBDB

Sebagai sebuah persatuan yang bergerak dalam sukan bolasepak VFA sangat mengalu-alukan atas tertubuhnya Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait (PBDB), sebuah persatuan yang akan menjalankan segala aktiviti bolasepak di daerah tersebut. VFA akan sentiasa menghulurkan jalinan kerjasama antara kedua-dua buah pertubuhan bukan sahaja dalam kategori veteran malah apa sahaja aktiviti atau program yang bakal diungkayahkan oleh PBDB.

Semoga dengan lahirnya PBDB ini maka bersemaraklah aktiviti bolasepak di Daerah Belait. Sudah pasti ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang telah dipilih untuk menerajui PBDB telah dan sedang merangka beberapa program untuk tahun-tahun mendatang ini. Sekali lagi VFA mengucapkan selamat maju jaya buat PBDB. - 
Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA

Senarai penuh ahli-ahli jawatankuasa PBDB boleh dilihat di sini

Monday 17 January 2011

VFA AKAN SERTAI 12TH PSC I'TNAL SOCCER 7'S

Seperti tahun-tahun sebelumnya, VFA akan menyertai kejohanan 7 sepasukan di Pulau Pinang, Malaysia yang dianjurkan oleh Penang Sport Club (PSC). Untuk kejohanan yang akan berlangsung pada 5 & 6 Mac 2011 itu nanti VFA akan menghantar skuad Veteran (40 tahun) dan Masters (45 tahun). Dalam Mesyuarat AJK Tadbir Bil.1/11 yang lalu telah melantik beberapa orang pegawai pasukan untuk mengendalikan pasukan-pasukan tersebut;

Nama-nama mereka adalah seperti berikut;
MASTERS
Pengurus - Awang Abd Morad Hj Abd Rani
Jurulatih - Awang Nordin Tujoh

VETERAN
Pengurus - Pg Anak Hj Damit Baharuddin
Jurulatih - Awang Ishak Hj Kabon

Pada ketika ini para pegawai sedang sibuk memilih pemain-pemain yang akan menyertai kejohanan itu nanti. Dalam penyertaan tahun lalu skuad Masters tewas dalam perlawanan separuh akhir (Cup Competition) melalui sepakan penalti kepada Hong Kong All Stars, manakala skuad Veteran pula telah pulang sebagai juara 'Plate Competition'.

Skuad Kategori Veteran VFA yang menjuarai 'Plate Competiton' dalam 11th PSC International Soccer 7's 2010 lalu.
Khabarnya dua buah lagi pasukan dari Brunei DS akan ikut serta dalam kejohanan tahun ini iaitu Rimba All Stars dan Temburong, kedua-dua pasukan menyertai kategori Masters. Kepada pasukan-pasukan lain yang berminat untuk turut serta bolehlah menghubungi pihak VFA untuk mengetahui keterangan lanjut mengenainya.

Thursday 6 January 2011

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 2

Dalam Mesyuarat AJK Tadbir VFA Bil 1/11 yang telah berlangsung pada 4 Jan 2011 (Selasa), jam 8.00 malam di Restoran Seri Mama, Kg Serusop antara lain telah menetapkan tarikh, masa dan tempat berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan VFA Kali Ke 2. Butiran lanjutnya adalah seperti berikut;

Acara: MESYUARAT AGONG TAHUNAN VFA KALI KE 2
Tarikh: 13 Februari 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Dengan itu setiap ahli VFA dijemput hadir ke mesyuarat tersebut bagi mendengar penjelasan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan diungkayahkan serta membahaskan beberapa usul yang akan dibentangkan oleh ahli-ahli. Kepada mana-mana ahli yang ingin membentangkan usul bolehlah memberikan butirannya kepada Setiausaha Agong secara bertulis dan di alamatkan ke

Setiausaha Agong
Persatuan Bolasepak Veteran (VFA)
No. 4, Spg 278, Jalan Muara BC3515
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam.

Atau melalui email di alamat; vfasecgen@gmail.com

Sunday 2 January 2011

SENARAI JEMPUTAN KEJOHANAN LUAR NEGERI 2011

1. Phuket International Soccer 7's
26 & 27 Feb 2011 - Over 35 years

2. 12th PSC International Soccer 7's
5 & 6 March 2011 - Veteran & Masters

3. IFC Annual Invitation Tournament 2011, 'Hangzhou Lake Cup', China
13 & 14 May 2011 - Over 40 years (9 A Side)

4. Pattaya International Soccer 7's - Over 35 years
18 & 19 June 2011

5. Bangkok International Soccer 7's - Over 35 years
25 & 26 June 2011

6. UKRC 9's Invitation - Over 45 years (9 A Side)
Sept., 2011

7. 11th RSC 7's International Soccer Challenge - Masters & Grand Masters
Sept., 2011

8. Melodi Jaya FC Invitation

9. 4th Borneo Football Cup 2011 - Over 40 years
5 & 6 Nov 2011

Kepada mana-mana pasukan yang ingin turut menyertai kejohanan-kejohanan tersebut di atas, sila hubungi Jabar bin Ithnin, Timbalan Setiausaha Agong di talian 8820062 atau email jabarithnin@gmail.com untuk keterangan lebih lanjut.