Sunday 28 November 2010

BRUNEI 7'S SEMAKIN HAMPIR

Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 akan berlangsung pada 4 & 5 Disember 2010. 20 buah pasukan telah mendaftar apabila tiba tarikh tutup pada 15 November 2010 lalu. Pasukan-pasukan tersebut adalah seperti berikut;

VETERAN CATEGORY
Kelab Rekreasi Petroleum, Miri, Sarawak
Jabatan Penjara, Sabah
FBSB, Miri, Sarawak
Brunei Old Boyz FC
Temburong Veteran
Brunei Wanderes
Cocktail Veteran
Muara Vella FC
Telbru FT
VFA

MASTERS CATEGORY
Melody Jaya, Johor
Brunei Golden Gold FC
Temburong Masters
Cocktail Masters
Kota Ranger FC
KB Rovers
Legend FC
Star FC
VFA-A
VFA-B

MANAGER'S MEETING
3 DEC 2010/FRIDAY
8.00 PM
DEWAN KULIAH, HASSANAL BOLKIAH
NATIONAL STADIUM

Monday 22 November 2010

KLINIK BOLASEPAK DI SEK MEN RIMBA

Pada 20 Nov 2010/Sabtu, jam 8.00 pagi telah berlangsung 'Klinik Bolasepak' anjuran Sekolah Menengah Rimba dan dikendalikan oleh ahli-ahli VFA. Tujuan klinik tersebut adalah untuk memberi peluang kepada penuntut-penuntut dan guru-guru sekolah tersebut pendedahan kepada latihan bolasepak yang bersistematik dan terkini.

Di samping itu, menurut Pengetua sekolah, Awang Hj Ismail OKS Hj Tengah, klinik tersebut juga adalah sebagai program hujung tahun sekolah tersebut dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli VFA seperti Liew Chuan Fue, Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat, Nordin Tujoh dan Tajul Ariffin Sumpong yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada para penuntut dan guru-guru SM Rimba.

Seramai lebih 100 orang penuntut serta guru telah menghadiri klinik tersebut yang berakhir pada pukul 10.30 pagi dan pihak sekolah telah memberi penghargaan kepada para jurulatih dengan majlis jamuan ringkas serta penyampaian sijil dan cenderahati yang telah disampaikan oleh pengetua.

Sebahagian dari penuntut SM Rimba bersedia di tepi padang.

Walaupun cuaca agak panas tetapi tidak menghalang para penuntut untuk hadir.

Liew Chuan Fue sedang memberi taklimat ringkas sebelum bermulanya klinik.


Sebelum bermula kena 'stretching' dulu.

Hj Zainol Ariffin memberi tunjuk ajar kepada yang berminat menjadi penjaga gol.



Tajol Ariffin memberi penerangan berkenaan sebahagian dari undang-undang permainan kepada guru-guru.
Ahli-ahli VFA dan guru-guru bergambar ramai untuk kenang-kenangan.
Pegetua SM Rimba, Awang Hj Ismail OKS Hj Tengah menyampaikan sijil penghargaan  dan cenderahati kepada Liew Chuan Fue.  
Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat.
Nordin Tujoh

Friday 19 November 2010

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI KK

Posing sebelum memulakan perlawanan separuh akhir menentang Likas United
Sharbini Mohidin (Pengurus), Nordin Tujoh (Jurulatih) dan Hj Norazmie (Penolong Jurulatih)
Pegawai dan pemain-pemain di bangku simpanan. Tenang dalam keresahan dan kepanasan.
Hj Shariful Rizal Hj Zainal, kali pertama mewakili VFA.
Mohd Sadiy Abdullah Tujoh dan Ukoi Anam mengekang asakan lawan.
Pg Sallehuddin Pg Hj Damit turut beraksi pada kejohanan kali ini.
Suni Mat Jerah sedang diasak oleh pemain lawan sambil Azamanuddin Hj Gillen (10) bersedia membantu.
Malang bagi Suni dan VFA, kekasaran lawan tidak mendapat simpati dari pengadil perlawanan.
Ukoi Anam menerima hadiah wang tunai RM1,000 dari wakil penganjur sebagai pemenang ketiga
Gambar-gambar oleh Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

Tuesday 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H

Presiden, AJK Tadbir dan ahli-ahli Persatuan Bolasepak Veteran (VFA), Brunei Darussalam mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431H/2010M kepada semua pemain-pemain bolasepak veteran di Negara Brunei Darussalam dan di seluruh dunia serta pembaca setia blog ini. Semoga kita memperolehi keberkahan dari Allah SWT. Amin.

Saturday 13 November 2010

BRUNEI 7'S - BEBERAPA PASUKAN SUDAH MENGESAHKAN PENYERTAAN

TARIKH TUTP PADA 15 NOV 2010 (ISNIN)

Beberapa buah pasukan luar negeri dan dalam negeri telah mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan Brunei 7's International Soccer Challenge 2010. Antara pasukan luar negeri ialah Penang Sport Club (PSC) dari Pulau Pinang, Melody Jaya dari Johor, FBSC FC dari Miri, Sarawak, Telta Old Guards dari Kota Kinabalu, Sabah dan Jabatan Penjara Sabah.

Manakala pasukan-pasukan dalam negeri pula ialah Kota Ranger FC, Star FC, Muara Vella FC, Brunei Golden Gold FC, Brunei Wanderes, Cocktail FT, Indera FC, Temburong Veteran dan VFA sendiri. Beberapa buah pasukan lagi dijangka akan mengesahkan penyertaan mereka menjelang tarikh tutup Isnin ini bagi memeriahkan lagi kejohanan peringkat antarabangsa khusus bagi pemain-pemain veteran yang julung kali dianjurkan.

Dengan sokongan dari Brunei Tourism diharapkan kejohanan ini akan menjadi salah satu program 'Sport Tourism' untuk tahun-tahun akan datang. Difahamkan beberapa buah pasukan luar negeri sudah menempah bilik-bilik hotel mereka. Kejohanan akan diadakan pada 4 & 5 Disember 2010 (Sabtu & Ahad) di Komplek Sukan JBS, Berakas.

Pihak penganjur pula akan mengadakan Mesyuarat AJK Kerja Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 pada 20 November 2010 (Sabtu), jam 8.00 malam dan bertempat di Restoran Seri Mama, Kg Serusop.

Monday 8 November 2010

VFA DI TANGGA KE 3, GAGAL PERTAHAN JUARA BORNEO FOOTBALL CUP

Pemain midfield harapan VFA Azamanuddin Hj Gillen berjaya mengawal bola dari terkaman lawan.
Skuad VFA kendalian Sharbini Mohidin (Pengurus) dan Nordin Tujoh (Jurulatih) walaupun gagal mempertahankan kejuaraan Borneo Football Cup 2010 buat kali ketiga berturut-turut namun masih mengekalkan reputasi sebagai sebuah pasukan terkuat di wilayah Borneo apabila pulang dengan kemenangan tangga ke 3 dan hadiah wang tunai RM1,000.
Pergelutan di udara antara Suni Mat Jerah dan pemain lawan sambil Mohd Ali Momin bersedia membantu.
Dalam perlawanan peringkat kumpulan VFA yang diundi dalam Kumpulan A telah berjaya menjuarai kumpulan apabila mencatat 2 kemenangan (Telta Old Guard 1-0, Mohd Sadiy Abdullah Tujoh dan Jabatan Bekalan Air Sabah 2-0, Puncha Gunong & Suni Mat Jerah) serta 1 seri (X Rhinos 3-3, Suni Mat Jerah/2 & Mohd Ali Momin).
Hj Hassan Hj Damit dengan aksi menarik.
Perjuangan mereka terkandas di separuh akhir apabila terpaksa menerima hakikat tunduk kepada Likas United dalam sepakan penalti 'sudden dead' setelah kedudukan terikan 1-1 hingga tamat masa tambahan. Gol tunggal VFA dijaringkan oleh Suni Mat Jerah. Sementara dalam perlawanan menentukan tempat ke 3/4, VFA tidak menghadapi banyak masalah apabila mudah menjinakkan Perantau FC 2-0 hasil jaringan Suni Mat Jerah dan Mohd Ali Momin.

Belakang dari kiri; Hj Norazmie PDP Hj Abd Razak (Penolong Jurulatih), Mohd Ali Momin, Pg Sallehuddin Pg Hj Damit, Kula Mohammed (Kitman), Mohd Sadiy Abdullah Tujoh, Hj Hassan Hj Damit, Ukoi Anam, Sharbini Mohidin (Pengurus) & Nordin Tujoh (Jurulatih). Depan dari kiri; Puncha Gunong, Suni Mat Jerah, Hj Mohd Salehen Kee Abdullah, Hj Shariful Rizal Hj Zainal, Ishak Hj Ibrahim & Azamanuddin Hj Gillen.

Sementara itu X Rhinos yang diwakili oleh bekas pemain-pemain negeri Sabah seperti Bobby Pian, Harun Laban, Suharmin Yusof dan Bobby Chua gagal dalam percubaan ketiga mereka untuk bergelar juara apabila tewas 2-3 kepada Likas United. Dalam dua edisi final yang lalu mereka gagal di perlawanan akhir kepada VFA.
Seperti biasa Pg Sallehuddin Pg Hj Damit memberi persembahan bertenaga untuk pasukannya.
 Gambar-gamabar oleh Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

Friday 5 November 2010

GAMBAR-GAMBAR PERLAWANAN AMAL TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN

  
JUARA PIALA MALAYSIA 1999
PILIHAN VFA
Ukoi Anam sedang melarikan bola sambil cuba dihalang oleh Azamanuddin Hj Gillen, kedua-duanya ahli VFA.
Mohd Brain Iman Abdullah berjaya meloloskan diri dari kawalan Hj Ahmad Hj Mohin.
Radiman Hj Abd Rahman cuba melepaskan diri dari kawalan Hj Sharifulrizal Hj Zainal.
Hj Hassan Hj Damit bersama Hj Sharifulrizal berusaha sedaya upaya mengawal kubu mereka.
Tetamu Kehormat, Dato' Paduka Hj Mohd Hamid Hj Mohd Jaafar menyampaikan cek sumbangan kepada TYT Let. Gen (R) Sallahuddin, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan.
Kapten kedua-dua pasukan, Liew Chuan Fue (Juara Piala Malaysia 1999) dan Hj Ahmad Hj Mohin (Pilihan VFA) menerima piala rebutan dari Dato' Paduka Hj Mohd Hamid.
Admin; Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menyiarkan gambar-gambar di atas kerana menghadapi masalahan teknikal. VFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Awg. Yee Chun Leong (Brunei Times) atas sumbangan beliau menjayakan perlawanan amal tersebut.