Wednesday 2 March 2011

VFA SERTAI 12TH PSC I'TNAL SOCCER 7'S

Seperti kebiasaannya VFA akan memulakan kempen menyertai kejohanan-kejohanan jemputan luar negeri dengan menyertai 12th PSC International Soccer 7's yang akan berlangsung pada 5 & 6 Mac 2011 (Sabtu & Ahad) bertempat di Penang Sport Club, Pulau Pinang, Malaysia. VFA akan menyertai dua acara iaitu Kategori Veteran (40 tahun) dan Kategori Masters (45 tahun).

Para pemain akan bertolak pada 4 Mac (Jumaat) pukul 9.35 pagi, singgah sebentar di LCCT Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Acara akan dimulakan dengan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan pada malamnya. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan merasmikan kejohanan pada 5 Mac (Sabtu) jam 9.00 pagi dan sepak mula kejohanan pula pada pukul 10.00 pagi.

Sebelum berlepas ke Pulau Pinang skuad VFA telah menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Dalam penyertaan tahun lalu VFA muncul johan 'Plate Competition' Kategori Veteran manakala bagi Kategori Masters 'Cup Competition' tumpas di separuh akhir kepada Hong Kong Allstars.

Kali ini Brunei DS diwakili juga oleh pasukan-pasukan Masters Temburong, Rimba Star Masters dan Brunei Oldstar.

No comments:

Post a Comment