Monday 26 April 2010

MAJLIS RAMAH MESRA VFA

Dari Kiri; Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin (Naib Presiden), Ali Haji Ismail (Presiden) dan Liew Chuan Fue (Setiausaha Agong).
Presiden VFA sedang menyampaikan taklimat ringkas.

Haji Ismail OKK Haji Tengah menerima t shirt rasmi VFA dari Presiden.

Sabtu Sitai dari Daerah Temburong tidak ketinggalan menerima t shirt rasmi VFA.

Kula Mohamad nampak cukup gembira mendapat t shirt rasmi VFA.

Sebahagian dari ahli-ahli yang hadir pada masjlis tersebut.

AJK Tadbir dan ahli-ahli VFA sedang menjamu selera di akhir majlis.

Pada 23hb April 2010 (Jumaat), jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas telah berlangsung Majlis Ramah Mesra VFA yang telah dihadiri oleh AJK Tadbir Penggal 2009/2012 dan ahli-ahli VFA. Sebahagian besar ahli-ahli yang telah berdaftar hadir ke majlis tersebut yang antara lain bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan mendengar aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh VFA sepanjang tahun ini.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin, Naib Presiden VFA. Selepas itu Presiden, Awang Ali Haji Ismail telah menyampaikan taklimat ringkasnya. Presiden mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir dan berbangga kerana mereka telah memberi komitmen tinggi serta bersemangat untuk sama-sama memajukan VFA.

Presiden selanjutnya menerangkan bahawa VFA memulakan langkah berani dengan menganjurkan Liga Veteran Kebangsaan 2010 - Piala Presiden dan dijangka akan menganjurkan pula Brunei 7's International Soccer Challenge pada bulan Disember akan datang. Manakala ahli-ahli yang berminat dan berkesanggupan pula akan menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa seperti di Johor (Jun), Selangor (Ogos), Kuala Lumpur (Oktober) dan Sabah (November). Beliau juga berharap agar ahli-ahli yang sedia ada dapat menyebarluaskan segala kegiatan VFA yang telah dirancang serta berusaha menambah keahlian di kalangan rakan-rakan yang lain.

Manaka Naib Presiden Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin pula memberi pendapat bahawa VFA bukan sahaja terikat kepada kegiatan yang bersangkutan dengan bola sepak malah akan turut memberi sumbangan kepada negara dengan menganjurkan kegiatan yang bercorak berkebajikan seperti membantu orang-orang yang tidak bernasib baik.

Majlis seterusnya ialah penyampaian kemeja t (t shirt) rasmi VFA kepada ahli-ahli yang hadir diakhiri dengan jamuan ringan.

(Gambar sumbangan Haji Zainol Ariffin Haji Jumaat)

No comments:

Post a Comment