Friday 28 May 2010

TERIMA KASIH DST GROUP

Kelihatan Hj Marsad (kiri) sedang menyampaikan replika cek tajaan kepada Awang Ali Hj Ismail (Presiden VFA) sambil diperhatikan oleh Pehin Dato' Kol. (B) Hj Yasmin (tengah) - gambar oleh Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

MAJLIS SERAH TAJAAN UNTUK KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN 2010 - DST GROUP.

Hari ini, Jumaat, jam 10.30 pagi, bertempat di Lobi Ibu Pejabat DST Group telah berlangsungnya Majlis Serah Tajaan untuk Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group. DST Group sebagai sebuah syarikat telekomunikasi tempatan telah bersetuju untuk menjadi Penaja Kejohanan (title sponsor) kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) buat pertama kalinya itu.

Replika cek tajaan berjumlah B$10 ribu telah disampaikan oleh Hj Marsad Hj Ismail (Group Development Manager) kepada Awang Ali Hj Ismail, Presiden VFA sambil diperhatikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Dato' Kol. (B) Hj Yasmin, Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam merangkap Pengerusi DST Group.

Antara Ahli Jawatankuasa VFA yang hadir ialah Hj Zainol Hj Ariffin Hj Jumaat (Bendahari Agong), Sharbini Mohidin (AJK merangkap Setiausaha Kejohanan) dan Pea Chong Koon (AJK). Pihak VFA sungguh berbesar hati dan bertuah dengan kesudian DST Group menjadi penaja kejohanan dan sumbangan tersebut telah melancarkan perjalanan kejohanan.

Selain itu, kejohanan ini turut ditaja oleh Restoran Seri Mama yang memiliki rangkaian Nasi Katok Mama 24 Jam sebagai penaja utama (main sponsor). Majlis penyerahan cek tajaan telah dilakukan bulan lalu di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

No comments:

Post a Comment