Sunday 9 May 2010

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN 2010 - DST GROUP

Tetamu Kehormat, Pehin Dato Haji Awang Hazair sedang menyampaikan ucapan.
Presiden VFA, Awang Ali Hj Ismail memberikan kata alu-aluan.
Tetamu Kehormat bersama Presiden VFA dan Pengerusi JK Kejohanan Ustz. Haji Ahmad Haji Mohin.


Pasukan Muara Vella FC sedang berjalan masuk ke padang.
Antara pasukan-pasukan yang telah bersedia untuk memulakan acara.
Gelagat sebahagian dari para peserta pada petang itu.
Tutong B (PSJD)
Tutong A (PERDA).
Daerah Brunei dan Muara.
Daerah Belait.
Daerah Temburong.
Kota Ranger FC.
Youngsters FC.
Muara Vella FC.
VFA
Tetamu Kehormat bersedia untuk melakukan tendangan simbolik menanda bermulanya kejohanan.
Cabutan undi bagi menentukan perlawanan pembukaan pada petang itu.
KOTA RANGER FC
DAERAH BELAIT
Sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Kejohanan.

Pada 7hb Mei 2010 (Jumaat) bersamaan 23 Jamadil Awal 1431H, jam 4.00 petang, bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas telah berlangsung Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group. Acara tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah, Timbalan Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Dalam ucapan pembukaan rasmi, Yang Dimuliakan Pehin telah menegaskan peri mustahaknya agar rakyat negara kita ini hidup dalam keadaan yang sihat dan cergas, seterusnya mengalu-alukan langkah VFA mengungkayahkan kejohanan ini. Sebelum itu, Presiden VFA, Awang Ali Hj Ismail telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan berterima kasih kepada pasukan-pasukan yang sudi menyertai kejohanan ini, para penaja iaitu DST Group, Restoran Seri Mama dan DIL R&H Sports & Souvenir dan juga kepada peminat-peminat bolasepak yang hadir memberi sokongan.

Selepas itu Tetamu Kehormat telah diperkenalkan kepada pengurus-pengurus pasukan dan seterusnya menyampaikan cenderahati. Ianya diikuti dengan acara simbolik menandakan bermulanya kejohanan iaitu Tetamu Kehormat dipersilakan menendang bola ke tengah padang. Selepas itu Tetamu Kehormat telah sudi pula mencabut undian bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan perlawanan pada petang itu. Hasilnya, pasukan Daerah Belait menentang Kota Ranger FC dan sambil menunggu kedua pasukan bersiap, Tetamu Kehormat, para jemputan khas, para penaja dan yang lainnya telah dijemput untuk menikmati jamuan ringan.

Dalam perlawanan pembukaan tersebut ternyata Kota Ranger FC lebih handal dan mampu menumpaskan Daerah Belait dengan jaringan 6-2. Perlawanan berakhir tepat jam 6.20 petang. Syabas diucapkan kepada ahli-ahli jawatankuasa penganjur kejohanan kerana telah memberi komitmen yang tinggi hingga terlaksana acara pembukaan rasmi tersebut. Sesungguhnya kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh biskita akan menjadi pembakar semangat untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan yang lain pula.

Gambar-gambar sumbangan Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

No comments:

Post a Comment