Monday 10 December 2012

MUARA VELLA FC JUARA PIALA FA VETERAN

Kelihatan Awang Mohd Nor Abdullah sedang menyampaikan piala pusingan kepada ketua pasukan Muara Vella FC, Awang Sabtu Yahya.
Sekali lagi Muara Vella FC mengecewakan Semaun FC dalam perlawanan akhir. Paling terbaru ialah final Piala FA Veteran yang telah berlangsung pada 19 Nov 2012 lalu bertempat di padang Pusat Tingkatan Enam Meragang. Muara Vella FC menumpaskan Semaun FC dengan jaringan 5-4 melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam permainan sepenuh masa.

Tetamu Kehormat pada hari itu ialah Awang Mohd Nor bin Abullah, Setiausaha Agong, National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD) yang seterusnya berkesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Piala pusingan Piala FA Veteran telah disumbangkan oleh Awang Haji Ahmad bin Haji Mohin. Naib Presiden VFA sementara Al-Idrus Sport telah menaja hadiah wang tunai, piala iringan dan medal.

Juara telah menerima hadiah wang tunai $300, piala pusingan, piala iringan dan medal. Manakala  naib juara pula menerima hadiah wang tunai $200, piala iringan dan medal. Sebanyak 15 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kalah mati yang buat julung kalinya dianjurkan oleh VFA sebagai tambahan kepada dua kejohanan utama iaitu Piala Presiden dan Brunei 7's International Soccer Challenge.

Selain Muara Vella FC dan Semaun FC, pasukan-pasukan lain ialah Temburong, Telbru FT, Jerudong FC, Perkasa FC, Rimba Star FC, MIISA Utd FC, P.S.J.D, Pondok12, BSRC Recon, Old Stars, Satria Veteran, Mangelela United Veteran dan Al-Idrus FC.

VFA selaku penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam mengungkayahkan kejohanan Piala FA Veteran 2012 ini seperti NFABD, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Sek. Men. PDSM Mentiri, Sek. Men. R.I.P.A.S, Al-Idrus Sport dan orang perseoragan serta para peminat bolasepak di Negara Brunei Darussalam.

No comments:

Post a Comment