Monday 24 December 2012

3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012

Awang Haji Mahrub sedang memotong riben merasmikan kejohanan sambil diperhatikaan oleh Pg Anak Haji Damit Baharuddin (Naib Presiden) dan Awang Liew Chuan Fue (Setiausaha Agong).
3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012 akhirnya mampu diungkayahkan dengan jayanya oleh VFA walaupun menghadapi pelbagai masalah. Penyertaan pasukan-pasukan luar negara sedikit berkurangan apabila kesemua pasukan dari Medan, Indonesia telah menarik diri di saat-saat akhir dan dua buah pasukan dari Kuala Lumpur, Malaysia yang menyertai tahun lalu juga gagal hadir tahun ini. Buat kali ke tiga berturut-turut di mana tiada pasukan dari Sabah datang ke Bandar Seri Begawan.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, satu ketegori baru ditambah iailh Grand Masters di samping kategori Veteran dan Masters. Kejohanan telah berlangsung pada 1 & 2 Disember 2012 lalu bertempat di Komplek Sukan JBS, Berakas, Bandar Seri Begawan. Acara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri. Manakala Awang Roslan bin Haji Taja'ah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi tetamu kehormat bagi acara penutup dan penyampaian hadiah.

Kategori Veteran telah disertai oleh 9 pasukan iaitu VFA, Al Idrus, I-Team, Pondok12, MBS United FC, MIISA United FC, Old Stars, FBSB FC dan Petronas FC (kedua-duanya dari Miri, Sarawak). Hanya 3 paskukan bertanding untuk kategori Masters iaitu Al Idrus, Melody Jaya FC (Johor, Malaysia) dan Temburong. Sementara 5 buah pasukan berentap bagi Kategori Grand Masters iaitu VFA, Al Idrus, Temburong, Rimba Star FC dan Melody Jaya FC (Johor, Malaysia).

Melody Jaya FC juara Kategori Masters.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang;
Kategori Veteran
Cup Competition; Johan - Old Stars. Naib Johan - FBSB FC
Plate Competition; Johan - Petronas Miri. Naib Johan - Pondok 12

Kategori Masters
Cup Competition; Johan - Melody Jaya FC. Naib Johan - Al Idrus

Kategori Grand Masters
Cup Competition; Johan - VFA. Naib Johan - Melody Jaya FC
Plate Competition; Johan - Rimba Star FC. Naib Johan - Al Idrus
VFA juara Kategori Grand Masters.
VFA mengucaapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat membantu dalam menjayakan kejohanan kali ini. Tanpa sokongan padu mereka mustahil kejohanan tersebut terus mengambil tempat tahun demi tahun. Insya-Allah usaha murni kami untuk membantu Kerajaan KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk menjadikan Brunei DS sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan akan berjaya menarik minat banyak pasukan-pasukaan luar negara. Saat itu pasti tiba, kami percaya itu.






No comments:

Post a Comment