Wednesday 7 December 2011

TAHNIAH I-TEAM DAN MELODY JAYA FC

Alhamdulillah, akhirnya Remz Gym 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 selamat diungkayahkan dengan jayanya pada 3 & 4 Dis 2011 yang lalu bertempat di Padang & Balapan Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Awang Haji Lutfi bin Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan manakala upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Awang Haji Ismail bin POKPS DP Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Wakil Remz Gym, Awang Abd Aziz bin Abd Razak juga turut diberi penghormatan oleh pihak penganjur untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang 'Plate Competition'.

Kategori Veteran sekali lagi dimenangi oleh kelab tempatan iaitu I-Team setelah mendapat cabaran paling sengit pasukan dari Medan, Indonesia, Pemerintah Provinsi Sumatera Utara (PEMPROV SU) Veteran dengan jaringan penalti 2-1. Bagi Kategori Masters pula Melody Jaya FC muncul juara buat tahun kedua berturut-turut setelah menumpaskan satu lagi pasukan dari Indonesia iaitu Kurnia Medan City dalam perlawanan akhir juga menerusi sepakan penalti 4-3.

Black Eagle FC (Kuala Lumpur) tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjuarai 'Plate Competition' Kategori Veteran dan naib juara adalah juara 'Cup Competition' Kategori Veteran tahun lalu iaitu Brunei Wanderers. 'Plate Competition' Kategori Masters pula dimenangi oleh PEMPROV SU Masters dan naib johan ialah Temburong Masters. Johan masing-masing menerima USD2,000, piala dan medal, naib johan USD1,000 dan medal. Sementara para pemenang 'Plate Competition' menerima medal.
Tetamu Kehormat Awang Haji Lutfi Abdullah (tengah) sedang menerima cenderahati dari Awang Haji Ahmad Haji Mohin, Pengerusi Kejohanan.
PBDB Masters
VFA Masters 'A'
Kurnia Medan City
PEMPROV SU Veteran
Brunei Oldboyz

No comments:

Post a Comment