Saturday 21 May 2011

LIEW CHUAN FUE HADIRI KURSUS DI BRAZIL

Setiausaha Agong VFA dan juga bekas ketua pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Liew Chuan Fue (gambar atas) akan menyertai Kursus Jurulatih Professional di Sao Paolo, Brazil dari 23 hingga 28 Mei 2011 akan datang ini. Kursus tersebut adalah anjuran kerajaan Brazil di bawah program persahabatan Forum for East Asia-Latin America Coorperation.

Bersama beliau adalah salah seorang lagi bekas pemain kebangsaan yang kini menjadi jurulatih Brunei Youth Team (BYT) yang sedang beraksi dalam Liga B iaitu Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak. Liew Chuan Fue mewakili Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan sementara Hj Mohd Rosanan pula mewakili Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Menyertai mereka untuk kursus tersebut ialah 22 orang lagi para jurulatih dari seluruh dunia dan difahamkan hanya Brunei DS dibenarkan menghantar 2 orang wakil manakala negara-negara lain hanya menghantar seorang jurulatih.

Antara butiran kursus mereka ialah Methodology With Young Players oleh Prof. Babeto dan Agusto J (Santos FC), Goalkeeping Training oleh C. Pracideli, Modern tactics oleh Vadao, Tactic Training oleh Estevam Soares, Scheduling oleh Juninho Brilhante, Tactic System oleh Tite (Corinthians Paulista SC), Training Condition oleh Jose R. Portella, Fair Play oleh Coronel Marinho dan Coaches Trade Union oleh Joao G. Maffia. Pembukaan dilakukan oleh Marco Polo Del Nero (Presiden FPF) dan majlis penutup pula oleh bekas jurulatih Piala Dunia Brazil, Luis Felipe Scolari.

VFA mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka dan semoga dapat pula menurunkan ilmu yang didapati kepada pemain-pemain muda negara serta rakan-rakan jurulatih di Brunei DS apabila pulang ke tanah air nanti

No comments:

Post a Comment