Wednesday 19 January 2011

VFA ALU-ALUKAN PENUBUHAN PBDB

Sebagai sebuah persatuan yang bergerak dalam sukan bolasepak VFA sangat mengalu-alukan atas tertubuhnya Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait (PBDB), sebuah persatuan yang akan menjalankan segala aktiviti bolasepak di daerah tersebut. VFA akan sentiasa menghulurkan jalinan kerjasama antara kedua-dua buah pertubuhan bukan sahaja dalam kategori veteran malah apa sahaja aktiviti atau program yang bakal diungkayahkan oleh PBDB.

Semoga dengan lahirnya PBDB ini maka bersemaraklah aktiviti bolasepak di Daerah Belait. Sudah pasti ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang telah dipilih untuk menerajui PBDB telah dan sedang merangka beberapa program untuk tahun-tahun mendatang ini. Sekali lagi VFA mengucapkan selamat maju jaya buat PBDB. - 
Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA

Senarai penuh ahli-ahli jawatankuasa PBDB boleh dilihat di sini

No comments:

Post a Comment