Monday 17 January 2011

VFA AKAN SERTAI 12TH PSC I'TNAL SOCCER 7'S

Seperti tahun-tahun sebelumnya, VFA akan menyertai kejohanan 7 sepasukan di Pulau Pinang, Malaysia yang dianjurkan oleh Penang Sport Club (PSC). Untuk kejohanan yang akan berlangsung pada 5 & 6 Mac 2011 itu nanti VFA akan menghantar skuad Veteran (40 tahun) dan Masters (45 tahun). Dalam Mesyuarat AJK Tadbir Bil.1/11 yang lalu telah melantik beberapa orang pegawai pasukan untuk mengendalikan pasukan-pasukan tersebut;

Nama-nama mereka adalah seperti berikut;
MASTERS
Pengurus - Awang Abd Morad Hj Abd Rani
Jurulatih - Awang Nordin Tujoh

VETERAN
Pengurus - Pg Anak Hj Damit Baharuddin
Jurulatih - Awang Ishak Hj Kabon

Pada ketika ini para pegawai sedang sibuk memilih pemain-pemain yang akan menyertai kejohanan itu nanti. Dalam penyertaan tahun lalu skuad Masters tewas dalam perlawanan separuh akhir (Cup Competition) melalui sepakan penalti kepada Hong Kong All Stars, manakala skuad Veteran pula telah pulang sebagai juara 'Plate Competition'.

Skuad Kategori Veteran VFA yang menjuarai 'Plate Competiton' dalam 11th PSC International Soccer 7's 2010 lalu.
Khabarnya dua buah lagi pasukan dari Brunei DS akan ikut serta dalam kejohanan tahun ini iaitu Rimba All Stars dan Temburong, kedua-dua pasukan menyertai kategori Masters. Kepada pasukan-pasukan lain yang berminat untuk turut serta bolehlah menghubungi pihak VFA untuk mengetahui keterangan lanjut mengenainya.

No comments:

Post a Comment