Thursday 7 October 2010

SESI BERTEMU PEMINAT DI NBT (B) SDN BHD

Para peminat bola sepak berpeluang untuk bertemu secara dekat dengan beberapa orang pemain jemputan VFA iaitu Hassan Sani dan Matlan Marjan (Fandi Ahmad membatalkan kedatangannya sementara Malek Awab dan Kader Yahya hanya akan sampai pada malam 8Okt2010/Jumaat) serta pemain-pemain Juara Piala Malaysia 1999 dalam satu majlis 'Sesi Bertemu Peminat' pada 8 Okt 2010 (Jumaat), jam 4.00 petang, di NBT (B) Sdn Bhd, Gadong, Bandar Seri Begawan.

Majlis tersebut diungkayahkan memandangkan ada pelbagai pihak yang mengusulkannya kerana sebelum ini para peminat tidak berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pemain-pemain berkenaan sewaktu di zaman kegemilangan mereka. Kini adalah masanya. Maka pihak penganjur dengan kerjasama syarikat NBT (B) Sdn Bhd yang telah sudi menyumbangkan tempat berlangsungnya acara tersebut.

Dipercayaai sebahagian besar pemain-pemain Juara Piala Malaysia 1999 seperti Liew Chuan Fue, Brain Bothwell, Azamanuddin Hj Gillen, Mohd Ali Momin, Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak, Fadlin Galawat, Irwan Mohamad, Riwandi Wahit, Rosli Liman dan lain-lain akan hadir untuk memeriahkan lagi acara pada petang itu.

No comments:

Post a Comment