Wednesday 3 March 2010

MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN

Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail sedang menyampaikan amanatnya.



Presiden VFA, Awg Ali bin Haji Ismail telah sudi hadir dan memberikan taklimat kepada para pegawai dan pemain yang akan menyertai 11th PSC International Soccer 7's 2010 yang akan berlangsung pada 6 & 7 Mac 2010 akan datang ini di Kelab Sukan Pulau Pinang, Malaysia. Majlis tersebut telah berlangsung pada 2 Mac 2010 (Selasa), jam 3.00 petang dan bertempat di Restoran Stadium, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Antara lain Presiden mengucapkan tahniah kepada para pegawai dan pemain yang telah dipilih mewakili negara ke kejohanan tahunan tersebut dan seterusnya menasihatkan agar bermain dengan bersungguh-sungguh hingga membawa kejayaan. Dalam pada itu, Awang Ali juga menekankan supaya setiap ahli rombongan menjaga disiplin mereka sewaktu berada di sana dan beliau merasa bangga kerana inilah penyertaan rasmi kali pertama Negara Brunei Darussalam kekejohanan antarabangsa menggunakan nama VFA.

Pada kejohanan kali ini VFA menyertai dua acara iaitu Masters (45 tahun ke atas) dan Veteran (40 tahun ke atas) dan pasukan dari Daerah Temburong (Brunei Oldstars). Kesemua pegawai dan pemain dari ketiga-tiga pasukan hadir dalam majlis taklimat Presiden itu.

Presiden seterusnya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja yang bermurah hati telah sudi menaja penyertaan VFA kali ini. Selanjutnya Presiden menjelaskan bahawa keahlian VFA semakin bertambah dari masa ke semasa dan amat berbesar hati bahawa kesemua pegawai dan pemain yang mewakili VFA kali ini merupakan ahli-ahli VFA.

"Dengan bertambahnya ahli kita nanti maka mudahlah bagi kita untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan umpamanya Liga Veteran Kebangsaan, Kejohanan 7 Sepasukan & futsal. Nampaknya hampir keempat-empat daerah sudah mempunyai pasukan veteran mereka sendiri dan ini merupakan satu isyarat kepada perkembangan dan kemajuan VFA," ujar Awang Ali lagi.

Di akhir acara taklimat Presiden telah sudi menyerahkan t shirt tajaan Awang Sheikh Nordin bin Sheikh Mohammad (salah seorang ahli VFA) kepada pegawai dan pemain-pemain. Majlis pada petang itu diakhiri dengan jamuan ringan.

No comments:

Post a Comment