Thursday 11 March 2010

LAPORAN 11TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S 2010

Pintu masuk utama ke komplek Kelab Sukan Pulau Pinang (Penang Sport Club) yang telah berusia melebihi 100 tahun.
Antara pengurus-pengurus pasukan yang hadir ketika menyuarat sebelum berlangsungnya kejohanan.
Pengarah Kejohanan, Dato' Mohd Junid Mohd Noor sedang menerangkan sesuatu kepada para pengurus pasukan.
Pea Chong Koon sempat mengabadikaan 'pose' di sisi 'Perisai Kejohanan' di lobi bangunan PSC.
Pengurus Pasukan sedang memberi taklimat ringkas mengenai kejohanan di lobi hotel penginapan.
Pemain-pemain sedang memasuki van yang akan membawa mereka ke venue kejohanan.
Hj Md Sallehin Kee, Ali Momin, Suni Mat Jerah, Nordin Tujoh dan Sharbini Mohidin di depan hotel penginapan.
Liew Chuan Fue, Ukoi Anam dan Pea Chong Koon bergambar bersama piala dan hadiah-hadiah sebelum acara pembukaan.
Inilah khemah yang menempatkan skuad VFA. Gambar di ambil di awal pagi sebelum bermula kejohanan.
Ketiga-tiga pasukan dari Brunei DS bergambar ramai di hadapan 'billboard' kejohanan.
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abd Rahman bin Haji Abbas (tengah) sedang memotong riben untuk melepaskan belon ke udara selepas merasmikan kejohanan.
Pengurus Pasukan, Jabar Ithnin sedang bersalaman dengan Tetamu Kehormat.
Pengurus Pasukan Brunei Oldstars (Temburong) Hj Abd Wahab sedang menerima cenderahati dari Tetamu Kehormat.
Brunei Veteran
Brunei Masters
Brunei Masters sebelum acara pembukaan rasmi.
Brunei Veteran dan Brunei Oldstars menanti dengan sabar ketibaan Tetamu Kehormat.
Masa untuk mengabadi kenangan.
Brunei Veteran dan Brunei Oldstars diletak bersebelahan ketika acara pembukaan rasmi.
Azamanuddin Hj Gillen nampak serius memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya sebelum bermula perlawanan.
Aktiviti melegakan tekanan dan kepanasan.
Lim Sun Hui, Liew Chuan Fue, Kula Mohamad dan Haji Ismail sedang berehat.
Liew Chuan Fue membantu Hj Shaari merawat kecederaannya.
Tajul Arifin sedang minum sebaik selesai perlawanan, masing-masing nampak keletihan.
Khemah-khemah yang disediakan pihak penganjur untuk pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan.
Penganjur juga menyediakan gerai menjual makanan.
Puncha sedang membaca akhbar sambil Kula ikut bersama.
Penjaga gol Temburong (Oldstars) menerima rawatan segera.
Kepenatan masih dirasai. Para pemain tidak melepas peluang untuk merehatkan badan sambil menunggu penerbangan pulang ke tanah air.
Santokh Singh mencabut undian untuk pasukannya Royal Selangor Club.
Brunei Veteran Juara Plate.

Akhirnnya skuad VFA selamat pulang ke tanahair pada 8 Mac 2010 lalu setelah menyertai kejohanan 11th PSC International Soccer 7's 2010 di Pulau Pinang, Malaysia yang telah berlangsung pada 6 & 7 Mac 2010 lalu. Seperti tahun lalu, kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Encik Lim Guan Eng.

Skuad VFA berlepas ke Pulau Pinang pd 4 Mac 2010 lalu dan telah membuat persediaan rapi menghadapi kejohanan berprestij itu. Sebanyak 40 buah pasukan (20 - Veteran & 20 - Masters) telah menyertai kejohanan kali ini yang datangnya dari negara-negara seperti Malaysia, Brunei DS, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Australia, Maldives, Eropah dan Filipina.

Brunei Masters telah berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu dengan mara ke perlawanan separuh akhir (Main Competition) sebelum dikecewakan oleh Hong Kong Allstars hanya dengan tendangan penalti (1-3) setelah kedudukan terikat 1-1 dalam permainan sepenuh masa.

Sementara itu Brunei Veteran pula walaupun gagal bermain dalam Main Competitin telah berjaya menjuarai acara Plate Competition setelah menewaskan Melodi Jaya 1-0 hasil jaringan Suni Mat jerah dalam perlawanan akhir. Sebelum itu yang menarik ialah pertembungan sesama sendiri antara Brunei Veteran dan Brunei Oldstars (Temburong) dalam perlawanan separuh akhir. Ini merupakan sejarah bagi kejohanan itu. Bagaimanapun, Brunei Veteran mampu mengatasi Brunei Oldstars (Temburong) 3-1 dalam perlawanan yang dirasakan seolah-olah berada di Brunei DS.

Apa yang jelas dilihat melalui kejohanan itu ialah mutu permainan bertambah meningkat dari tahun ke tahun. Nampak dengan pasti bahawa setiap pasukan yang bertanding menyenaraikan pemain-pemain berkualiti sama ada bekas pemain kebangsaan, negeri atau kelab-kelab professional. Malah pasukan Jurong West (Kategori Veteran) nampak gagah dan muncul juara dengan membariskan penyerang sensasi Singapura dan Johor dari Australia iaitu Abbas Saad dan bintang hebat Singapura, V. Sundramorthy.

Begitu juga pasukan-pasukan dari Indonesia yang menghantar pasukan yang memiliki pemain-pemain yang cukup cergas, berkualiti dan berpengalaman menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa khususnya kejohanan 7 sepasukan ini. Antara kelibat bintang-bintang veteran yang beraksi ialah R. Rukumaran (Melodi Jaya-Masters), A. Jayakanthan (Royal Selangor Club-Veteran), Jelani Wilastra (Bukit Jambul-Veteran), Scott Orrelenshaw dan Borhan Ajui (Soccer Experience-Veteran).

Antara pasukan-pasukan yang berkualiti ialah; Veteran - Jurong Western, Kwarta FC (Indonesia), Pratama FC (Indonesia), Maldives Veteran, Royal Selangor Club, Soccer Experience, Bukit Jambul Club dan Melodi Jaya FC. Masters - Hong Kong Allstars, Pertamina FC (Indonesia), Singapore Malays, Langkawi Veteran, Melodi Jaya FC, Perak Masters dan Medan City FC (Indonesia).

Oleh itu PSC International Soccer 7's tidak lagi boleh dianggap sebagai pelengkap kalendar aktiviti tahunan VFA. Kejohanan ini hendaklah disertai dengan persiapan yang cukup rapi dan bersistematik sekurang-kurangnya sebulan sebelum kejohanan berlangsung. Dalam erti kata lain, persiapan hendaklah menyerupai apa yang telah kita lalui ketika menyediakan sesebuah pasukan kebangsaan sebelum ini.

Bermula dengan pemilihan pemain, corak latihan dan pemilihan jurulatih hendaklah dilakukan lebih awal dan tidak timbul istilah 'tangkap muat'. Ini kerana pasukan-pasukan lain nampaknya membuat persediaan cukup rapi menghadapi kejohanan ini terutama bagi Kategori Veteran. Diharap kita akan menjadikan kejohanan ini satu iktibar untuk terus maju dari segi penyertaan pasukan dan aspek-aspek penganjuran.

VFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang telah bermurah hati memberi sumbangan seperti Seri Sentosa Sdn Bhd, Sheikh Nordin Sheikh Mohamad, Aewon Garment & Embroidery dan mana-mana pihak lain yang membantu, tanpa sumbangan mereka mutahil VFA mampu melaksanakan aktiviti ini.


BRUNEI MASTERS


Pusingan Pertama
Brunei Masters lwn Singapore Malays - 1-0 (Puncha Gunong)
Brunei Masters lwn UKRC - 3-0 (Puncha Gunong, Ukoi Anam & Kula Mohamad)
Brunei Masters lwn Melodi Jaya - 1-1 (Kula Mohamad)

Pusingan Kedua - Main Competition
Brunei Masters lwn Perak Masters - 1-1 (Kula Mohamad)
Brunei Masetrs lwn Port Rangers - 3-0 (Ukoi Anam (2) & Puncha Gunong)
Brunei Masters lwn Langkawi Veteran - 1-0 (o.g)

Separuh Akhir
Brunei Masetrs lwn Hong Kong Allstars - 1-1 (Hj Shaari Hj Tahir)
Penalti - 1-3

Senarai Penjaring;
Kula Mohamad - 3 gol
Puncha Gunong - 3 gol
Ukoi Anam - 3 gol
Hj Shaari Hj Tahir - 1 gol

Skuad; Liew Chuan Fue, Puncha Gunong, Lim Sun Hui, Hj Md Sallehin Kee Abdullah, Ukoi Anam, Hj Shaari Hj Tahir, Kula Mohamad, Pea Chong Koon, Suhaili Hj Bakar & Hj Ismail OKK Hj Tengah. Jurulatih - Nordin Tujoh


BRUNEI VETERAN

Pusingan Pertama
Brunei Veteran lwn Pratama, Indonesia - 1-4 (Azamanuddin Hj Gillen)
Brunei Veteran lwn Perak Chinese - 0-4
Brunei Veteran lwn Port Rangers - 3-0 (Ali Momin (2) & Ishak Hj Ibrahim)

Pusingan Kedua - Plate Competition
Brunei Veteran lwn United World College, SEA - 3-1 (Ali Momin (2) & Tajul Ariffin)
Brunei Veteran lwn Pukin Pastos, Australia - 3-0 (Ali Momon (2) & Suni Mat Jerah)
Brunei Veteran lwn Port Rangers - 2-1 (Suni Mat Jerah & Ali Momin)

Separuh Akhir
Brunei Veteran lwn Brunei Oldstars - 3-1 (Suni Mat Jerah, Ali Momin & Abdullah Hj Raini)

Akhir
Brunei Veteran lwn Melodi Jaya - 1-0 (Suni Mat Jerah)

Senarai Pejaring;
Ali Momin - 8 gol
Suni Mat Jerah - 4 gol
Tajul Ariffin Sumpong - 1 gol
Azamanuddin Hj Gillen - 1 gol
Ishak Hj Ibrahim - 1 gol
Abdullah Hj Raini - 1 gol

Skuad; Sharbini Mohidin, Azamanuddin Hj Gillen, Alijanda Sitom, Ishak Hj Ibrahim, Ishak Hj Kabon, Ali Momin, Tajul Ariffin Sumpong, Suni Mat Jerah, Abdullah Hj Raini & Imran Hj Ahmad. Jurulatih - Nordin Tujoh

No comments:

Post a Comment