Thursday 29 March 2012

17 PASUKAN SERTAI LIGA VETERAN

Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden DST Group Kali Ke-3 2012 telah mendapat penyertaan sebanyak 17 buah pasukan iaitu pertambahan 1 pasukan berbanding 16 penyertaan tahun lalu. Beberapa buah pasukan telah menarik diri seperti juara bertahan Kota Ranger FC, Indera SC, MS Jabatan Penjara dan PSI Veteran. Namun begitu pasukan-pasukan seperti Semaun, PSJD, PBDB, Temburong, Muara Vella FC dan BSRC terus kekal sebagai pasukan yang menyertai ketiga-tiga edisi kejohanan.

Sementara itu beberapa buah pasukan baru juga mencuba nasib mereka kali ini, pasukan-pasukan tersebut ialah Al-Idrus, Menengah Veteran FT, Oldstar, Najip FC, I-Team dan Pondok 12 Veteran. Nampaknya tahun demi tahun kejohanan ini telah berjaya menarik minat beberapa buah pasukan veteran untuk bergiat aktif dan ini merupakan satu kejayaan bagi pihak VFA sebagai penganjur.

Senarai pasukan-pasukan adalah seperti di bawah;
1. Semaun Veteran
2. Muara Vella FC
3. Persatuan Sang Jati Dusun (PSJD)
4. Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait (PBDB)
5. Temburong
6. BSRC Recon
7. Telbru FT
8. Rimba Star FC
9. MIISA United FC
10. Perkasa FC
11. Jerudong FC
12. Al-Idrus
13. Menengah Veteran FT
14. I-Team
15. Oldstar
16. Najip FC
17. Pondok 12

No comments:

Post a Comment