Tuesday 26 April 2011

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

 PIALA PRESIDEN
 Presiden merangkap Penasihat kejohanan sedang menyampaikan kata alu-aluannya.
Dari Kiri; Awang Jabar Ithnin, Awang Haji Ahmad Haji Mohin dan Awang Ali Haji Ismail.

Debaran untuk menentukan pasukan yang mengisi Kumpulan A dan B telah terlerai apabila kesemua 16 buah pasukan yang bertanding untuk merebut Piala Presiden Kali Ke-2 selesai mencabut undian masing-masing di majlis Mesyuarat Pengurus Pasukan yang berlangsung pada 24 April 2011 (Ahad), jam 2.30 petang di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Majlis telah dipengerusikan oleh Awang Jabar Ithnin (Setiausaha Kejohanan) dan Awang Haji Ahmad Haji Mohin pula memberi penerangan format, peraturan dan undang-undang permainan selaku Pengerusi Kejohanan. Presiden dan Penasihat Kejohanan, Awang Ali Haji Ismail turut mengalu-alukan kehadiran pengurus-pengurus pasukan ke majlis tersebut.

Setelah undian dijalankan, PSJD selaku juara bertahan sekali lagi diundi bersama Kota Ranger FC dalam kumpulan yang sama seperti tahun lalu, kedua-duanya berada dalam Kumpulan A. Manakala naib juara tahun lalu, Muara Vella FC pula berada dalam Kumpulan B. Senarai pasukan-pasukan adalah seperti berikut;

KUMPULAN A
MIISA United FC
Kelab Sukan Jabatan Penjara
Temburong
PSJD (Persatuan Sang Jati Dusun)
Rimba Star FC
Kota Ranger FC
PSI FC
Telbru FT

Kumpulan B
Veteran 20
Jerudong FC
BSRC
Infera United (Belait)
Perkasa FC
Muara Vella FC
Indera FC
Semaun Veteran

No comments:

Post a Comment