Sunday 3 October 2010

RTB, NBT (B) Sdn Bhd, Seri Sentosa & Hotel Orchid Garden PULA HULUR BANTUAN

Pihak Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan tiga buah syarikat telah tampil membantu pihak VFA dalam mengungkayahkan Perlawanan Bolasepak Persahabatan Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan iaitu RTB, NBT (B) Sdn Bhd, Seri Sentosa Sdn Bhd dan Hotel Orchid Garden. Pihak penganjur amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak-pihak tersebut menghulurkan bantuan mereka.

Dengan ini dapatlah pihak penganjur menumpukan sepenuh tenaga dalam aspek-aspek penganjuran yang lain seperti promosi dan penjualan tiket-tiket perlawanan. Ini juga bermakna kitani di Negara Brunei Darussalam mampu menghulurkan bantuan semaksima mungkin kepada rakyat negara Pakistan yang ditimpa musibah banjir dasyat beberapa bulan lalu itu.

Syarikat-syarikat lain yang turut membantu adalah IBZ Advertising dan DSA Sport. Di samping itu VFA mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan dan Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam.

No comments:

Post a Comment