Sunday, 31 October 2010

TOURISM BRUNEI BANTU ANJUR BRUNEI 7'S

Kejohanan bolasepak veteran 7 sebelah, Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 yang akan berlangsung pada 4 & 5 Disember 2010, di Komplek Sukan Berakas, Bandar Seri Begawan mendapat sokongan dari Jabatan Kemajuan Pelancongan atau 'Tourism Brunei'. Dengan sokongan yang dihulurkan oleh Tourism Brunei itu dapat meringankan beban kos penganjuran memandangkan menganjurkan sesebuah kejohanan peringkat antarabangsa memerlukan kos yang agak tinggi.

Dengan itu VFA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tourism Brunei khususnya Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif Sheikh Jamaluddin Sheikh Mohammad serta kakitangan beliau. Telah menjadi hasrat penganjuran kejohanan Brunei 7's bukan sahaja memberi peluang pemain-pemain veteran beraksi malah dalam masa yang sama Brunei 7's akan menjadi produk pelancongan terbaru melalui 'Sport Tourism'.

Kejohanan yang terbuka kepada 2 kategori iaitu Veteran (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas) dijangka akan disertai oleh beberapa buah pasukan dari luar negara seperti Pulau Pinang, Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak. Johan setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai B$3,000 dan naib johan pula B$2,000.

Kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan Brunei 7's bolehlah menghubungi Setiausaha Bersama, Awang Jabar Ithnin (8820062) atau Pengarah Kejohanan, Awang Liew Chuan Fue (8720105).

No comments:

Post a Comment