Tuesday 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Presiden dan AJK Tadbir VFA mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada ahli-ahli VFA, pemain-pemain bolasepak veteran dan seluruh peminat di Brunei DS, Malaysia, Singapura, Indonesia dan di serata dunia. Semoga Syawal yang menjelma akan memberikan kegembiraan dan nikmat keimanan, persaudaraan dan kebersamaan antara kita.

Monday 29 August 2011

BORNEO FOOTBALL CUP, 5 & 6 NOV 2011

Borneo Football Cup 2011 kekal dengan tarikh asal seperti mana yang dijadualkan oleh pihak penganjur. Sebelum ini terikh tersebut diubah kerana mereka menyedari kemungkinan Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada 6 Nov 2011 (Ahad). Akan tetapi, Scott Orrelenshaw (Pengarah Kejohanan) menghubungi Awang Jabar Ithnin (Timbalan S/Usaha Agong VFA) baru-baru ini menerangkan bahawa tarikh asal (5 & 6 Nov) terpaksa dikekalkan memandangkan banyak pasukan-pasukan luar negeri telah membuat tempahan tiket penerbangan.

Oleh itu kepada pasukan-pasukan di Negara Brunei Darussalam yang ingin meneyertai kejohanan tersebut bolehlah menghubungi pihak VFA (Awang Jabar Ithnin - 8820062) atau layari laman web rasmi Borneo Football Cup di sini

Tuesday 16 August 2011

SEPTEMBER, BULAN SIBUK BAGI VFA

Selain kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan September 2011 ini, VFA menghadapi tugas mencabar dan sibuk di pertengahan bulan kerana akan menyertai dua kejohanan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Kejohanan-kejohanan itu ialah;


UKRC-Astro International Soccer 9's
10 & 11 Sept. 2011 (Sabtu & Ahad)
UKRC, Kuala Lumpur, Malaysia

1st Malaysia Ex-International/State Soccer 9's
16 & 17 September 2011 (Jumaat & Sabtu)
SMK Victoria Institution, Kuala Lumpur, Malaysia
Anjuran Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri dan Kebangsaan

Para pemain yang telah terpilih dan bersedia untuk menyertai kedua-dua kejohanan itu telah membuat persiapan rapi seperti menjalani latihan dan mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan.

Untuk kejohanan 1st Malaysia Ex-International/State Soccer 9's VFA adalah mewakili NFABD yang mana pihak dijemput oleh penganjur kejohanan. Dengan itu VFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada NFABD kerana telah sudi memberi peluang kepada VFA menyertai kejohanan yang julung kali dianjurkan itu.

Monday 1 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Presiden, AJK Tadbir dan Ahli-ahli VFA mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubaraq kepada semua umat Islam serta pemain-pemain bolasepak veteran di Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura dan di seluruh dunia Islam. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah azza wa-jalla. Amin