PERLAWANAN BOLASEPAK AMAL UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN CAPAI MATLAMAT
Presiden, ahli-ahli jawatankuasa kerja dan ahli-ahli VFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu dan menderma (dengan membeli tiket) menjayakan perlawanan amal tersebut. Sambutan dari penonton cukup menggalakkan dan melebihi apa yang dijangkakan. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Polis Diraja Brunei, Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Brunei DS, para penaja; NBT (B) Sdn Bhd, Seri Sentosa Sdn Bhd, Orchid Garden Hotel, DSA Trading & IBZ Advertising.
Paling menyentuh hati ialah kesediaan pemain-pemain jemputan VFA; Hassan Sani, Matlan Marjan, Malek Awab dan Kader Yahya hadir dan bermain secara percuma hanya semata-mata untuk menyumbang amal bakti menerusi tenaga mereka. Ucapan terima kasih turut tidak lupa ditujukan kepada kakitangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, para sukarelawan dan individu-individu yang membantu secara langsung ataupun tidak. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik biskita.
No comments:
Post a Comment