Thursday, 29 March 2012

17 PASUKAN SERTAI LIGA VETERAN

Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden DST Group Kali Ke-3 2012 telah mendapat penyertaan sebanyak 17 buah pasukan iaitu pertambahan 1 pasukan berbanding 16 penyertaan tahun lalu. Beberapa buah pasukan telah menarik diri seperti juara bertahan Kota Ranger FC, Indera SC, MS Jabatan Penjara dan PSI Veteran. Namun begitu pasukan-pasukan seperti Semaun, PSJD, PBDB, Temburong, Muara Vella FC dan BSRC terus kekal sebagai pasukan yang menyertai ketiga-tiga edisi kejohanan.

Sementara itu beberapa buah pasukan baru juga mencuba nasib mereka kali ini, pasukan-pasukan tersebut ialah Al-Idrus, Menengah Veteran FT, Oldstar, Najip FC, I-Team dan Pondok 12 Veteran. Nampaknya tahun demi tahun kejohanan ini telah berjaya menarik minat beberapa buah pasukan veteran untuk bergiat aktif dan ini merupakan satu kejayaan bagi pihak VFA sebagai penganjur.

Senarai pasukan-pasukan adalah seperti di bawah;
1. Semaun Veteran
2. Muara Vella FC
3. Persatuan Sang Jati Dusun (PSJD)
4. Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait (PBDB)
5. Temburong
6. BSRC Recon
7. Telbru FT
8. Rimba Star FC
9. MIISA United FC
10. Perkasa FC
11. Jerudong FC
12. Al-Idrus
13. Menengah Veteran FT
14. I-Team
15. Oldstar
16. Najip FC
17. Pondok 12

Monday, 19 March 2012

LANTIKAN AJK KEJOHANAN PIALA PRESIDEN KALI KE 3 2012

Dalam Mesyuarat AJK Tadbir VFA Bil. 3/12 yang lalu telah melantik ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-3 2012. Senarainya adalah seperti berikut;

PENASIHAT
Awang Ali bin Haji Ismail

PENGERUSI
Awang Haji Ahmad bin Haji Mohin

TIMBALAN PENGERUSI
Pg Anak Haji Damit Baharuddin bin Pg Anak Safiuddin

SETIAUSAHA
Awang Jabar bin Ithnin

TIMBALAN SETIAUSAHA
Awang Sharbini bin Mohidin

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

TEKNIKAL & PERLAWANAN
Awang Liew Chuan Fue
Awang Ukoi bin Anam

KEWANGAN
Awang Pea Chong Koon
Awang Ishak bin Haji Kabon

TAJAAN
Awang Haji Abd Wahab bin Haji Momin

HADIAH & CENDERAMATA
Awang Md Yassin bin Haji Md Noor

VENUE & KELENGKAPAN
Awang Puncha bin Gunong

PENGADILAN
Awang Metussin bin Sumpong

AHLI-AHLI
Awang Lim Sun Hui
Awang Haji Metussin bin Bagol
Awang Abd Morad bin Haji Abd Rani
Awang Kula bin Mohamed
Awang Haji Sahari bin Haji Tahir
Awang Tikom bin Subi
Awang Mail bin Tanjong
Awang Haji Mohd Salehen Kee bin Abdullah
Awang Haji Hassan bin Haji Damit
Awang Zaini bin Haji Abang
Awang Haji Norazmie bin PDDSDP Haji Abd Razak

Saturday, 10 March 2012

VFA MASTERS NAIB JOHAN PLATE DI PULAU PINANG

Skuad VFA Masters telah berjaya merangkul naib johan 'Plate Competition' Kategori Masters dalam kejohanan 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 yang diadakan di Penang Sport Club, Pulau Pinang, Malaysia pada 3 & 4 Mac 2012 yang lalu. Walaupun gagal melayakkan diri dalam 'Cup Competition' seperti kebiasaannya akan tetapi skuad VFA Masters mampu menunjukkan persembahan meyakinkan sepanjang kejohanan yang disertai oleh 45 buah pasukan dari seluruh benua Asia.

Berikut adalah keputusan perlawanan VFA Masters;

Pusingan Pertama
VFA Masters (0) x Perak Veteran (1)
VFA Masters (5) x Taipei M. U (0)
VFA Masters (0) x BP Soccer Veteran (1)


Pusingan Kedua (Plate Competition)
VFA Masters (1) x Malaysia Grasshoppers (0)
VFA Masters (1) x Poly Veteran (3)
VFA Masters (2) x Royal Bangkok SC (0)
VFA Masters (2) x Forrestfield Veteran (0)\

Separuh Akhir
VFA Masters (2) x Taiping CRC (0)

Final
VFA Masters (0) x Poly Veteran (0)
VFA Master (hijau) dan Poly Veteran (hitam) bergambar ramai sebelum perlawanan akhir.
Skuad VFA Masters di hari pertama kejohanan.
Nordin Tujoh (jurulatih) sedang memberi penerangan sebelum perlawanan.
Dari Kanan; Abd Morad (Penolong Pengurus), Hj Abd Wahab, Kula Mohamad dan Zaini Hj Abang (Medic & Kitman).
Para pemain serius mendengar arahan dari Nordin Tujoh.
Berehat sewaktu menunggu giliran perlawanan VFA Masters.
Padang yang becak akibat hujan lebat sepanjang kejohanan.
Para pemain sabar menanti dan berdoa agar hujan kembali berhenti, kelihatan Puncha Gunong, Sabtu Sitai & Ukoi Anam.
Sejurus perlawanan bermula masing-masing sibuk mempersiapkan diri.
Bendera Brunei DS disamping bendera Malaysia tatkala hujan turun dengan lebat.

Tuesday, 28 February 2012

REMZ GYM TAJA VFA UNTUK 13TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S 2012

Wakil Remz Gym sedang menyerahkan replika cek tajaan kepada Awang Jabar Ithnin sambil disaksikan oleh ahli-ahli VFA.
Sekali Remz Gym Brunei telah bermurah hati menaja VFA dalam mengungkayahkan aktiviti mereka. Kali ini Remz Gym telah berkesudian menjadi penaja untuk skuad Masters VFA yang akan menyertai kejohanan 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 pada 3 & 4 Mac 2012 hujung minggu ini. Sebelum itu telah diadakan satu majlis ringkas penyerahan replika cek oleh wakil Remz Gym Brunei kepada VFA yang diwakili oleh Awanf Jabar Ithnin selaku Timbalan Setiausaha Agong merangkap Pengurus Pasukan ke kejohanan tersebut. Pasukan VFA Masters akan berlepas ke Pulau Pinang, Malaysia pada 2 Mac (Jumaat) dan akan pulang ke tanah air pada 7 Mac (Rabu).

VFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Remz Gym Brunei yang tidak kendur-kendur membantu VFA khususnya demi memartabatkan mutu sukan negara. Sesungguhnya jasa baik pihak Remz Gym itu sangat-sangat dihargai dan semoga diberkati Allah s.w.t jua.

SEMAUN JUARA PIALA STONEVILLE HOTEL

Sebahagian pasukan sedang berehat menunggu perlawanan seterusnya.
Brunei Oldstar
Penang Curry Team
Veteran 10
Stoneville Veteran
Limbang, Sarawak
Daerah Tutong
Temburong Veteran
Pasukan Semaun Veteran telah muncul juara Kejohanan Bolasepak Veteran Piala Hotel Stoneville yang telah berlangsung pada 26hb. Feb, 2012/Ahad yang lalu bertempat di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Temburong setelah menewaskan pasukan Veteran 10 di perlawanan akhir melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri dalam permainan sepnuh masa.

Tempat ketiga bersama pula telah disandang oleh pasukan Daerah Tutong dan Limbang, Sarawak. Johan menerima hadiah wang tunai $300 dan piala, naib johan berpuas hati dengan hadiah wang tunai $200, sementara pemenang tempat ketiga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai $100 setiap pasukan.

Dalam kejohanan peringkat veteran yang julung-julung kali dianjurkan di daerah Temburong itu telah menarik minat sebanyak 11 buah pasukan semuanya termasuk penyertaan dari pasukan-pasukan Daerah Brunei/Muara, Tutong, Limbang dan Sundar, Sarawak serta pasukan-pasukan dari Daerah Temburong sendiri. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menyokong dan membantu mengungkayahkan kejohanan tersebut seperti Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Rendah Sultan Hassan, Jabatan Daerah Temburong, Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) dan pihak swasta terutama penaja kejohanan iaitu Hotel Stoneville.

Saturday, 25 February 2012

11 PASUKAN SERTAI STONEVILLE HOTEL CUP

Sebanyak 11 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan 7 sepasukan veteran Stoneville Hotel Cup yang akan berlangsung selama sehari pada 26 Februari 2012 (Ahad) bertempat di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Temburong dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kejohanaan tersebut adalah anjuran pasukaan bolasepak veteran Daerah Temburong dan ditaja sepenuhnya oleh Stoneville Hotel.

Walaupun penyertaan tidak mencapai seperti yang dihasratkan oleh pihak penganjur namun kehadiran 11 buah pasukan tersebut nampaknya akan menjangkakan saingan sengit kerana disertai oleh pasukan-pasukan dari hampir kesemuaa daerah di Negara Brunei Darussalam di samping kehadiran dua buah pasukan negara jiran iaitu dari Sundar dan Limbang.

Pasukan-pasukan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B & C. Lapan pasukan akan layak ke pusingan suku akhir dan seterusnya bermain secara kalah-mati hingga ke perlawanan aakhir. Johan akan menerima hadiah wang tunai $300 dan piala, naib johan menerima wang tunai $200 dan tempat ketiga bersama masing-masing akan menerima $100.

Berikut adalah senarai paukan-pasukan mengikut kumpulan;

KUMPULAN A
Stoneville
Veteran 10
Semaun
Limbang

KUMPULAN B
RAJS Villa
Sundar
Tutong

KUMPULAN C
Lun Bawang
Brunei Oldstar
Penang Curry Team
Temburong Veteran

Diucapkan selamat bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Sunday, 19 February 2012

VFA AKAN MENYERTAI 13TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S TOURNAMENT

VFA sekali lagi akan menyertai 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 yang dianjurkan oleh Penang Sport Club (PSC) di Pulau Pinang, Malaysia dari 3 & 4 Mac 2012 akan datang ini bagi Kategori Masters. Skuad 10 orang pemain VFA telah membuat persediaan rapi dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan 3 kali seminggu sejak beberapa bulan lalu.

Skuad VFA yang menjuarai PSC International Soccer 7's Tournament 2008.
Pencapaian terbaik adalah menjuarai Kategori Masters pada tahun 2008. Pada tahun 2011 lalu skuad VFA terkandas di peringkat separuh akhir apabila tewas tipis 3-2 (penalti) kepada skuad Hong Kong Allstars. Skuad VFA akan berlepas pada 2 Mac (Jumaat) dan akan kembali ke tanahair pada 7 Mac (Rabu) 2012.

Pemain-pemain VFA;
1. Sharbini Mohidin
2. Ishak Haji Kabon
3. Ukoi Anam
4. Puncha Gunong
5. Haji Mohd Salehen Kee Abdullah
6. Kula Mohamad
7. Haji Sahari Haji Tahir
8. Zainuddin Mohamad
9. Suhaili Haji Bakar
10. Sabtu Sitai