Tuesday 28 February 2012

SEMAUN JUARA PIALA STONEVILLE HOTEL

Sebahagian pasukan sedang berehat menunggu perlawanan seterusnya.
Brunei Oldstar
Penang Curry Team
Veteran 10
Stoneville Veteran
Limbang, Sarawak
Daerah Tutong
Temburong Veteran
Pasukan Semaun Veteran telah muncul juara Kejohanan Bolasepak Veteran Piala Hotel Stoneville yang telah berlangsung pada 26hb. Feb, 2012/Ahad yang lalu bertempat di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Temburong setelah menewaskan pasukan Veteran 10 di perlawanan akhir melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri dalam permainan sepnuh masa.

Tempat ketiga bersama pula telah disandang oleh pasukan Daerah Tutong dan Limbang, Sarawak. Johan menerima hadiah wang tunai $300 dan piala, naib johan berpuas hati dengan hadiah wang tunai $200, sementara pemenang tempat ketiga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai $100 setiap pasukan.

Dalam kejohanan peringkat veteran yang julung-julung kali dianjurkan di daerah Temburong itu telah menarik minat sebanyak 11 buah pasukan semuanya termasuk penyertaan dari pasukan-pasukan Daerah Brunei/Muara, Tutong, Limbang dan Sundar, Sarawak serta pasukan-pasukan dari Daerah Temburong sendiri. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menyokong dan membantu mengungkayahkan kejohanan tersebut seperti Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Rendah Sultan Hassan, Jabatan Daerah Temburong, Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) dan pihak swasta terutama penaja kejohanan iaitu Hotel Stoneville.

No comments:

Post a Comment