Tuesday 28 February 2012

REMZ GYM TAJA VFA UNTUK 13TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S 2012

Wakil Remz Gym sedang menyerahkan replika cek tajaan kepada Awang Jabar Ithnin sambil disaksikan oleh ahli-ahli VFA.
Sekali Remz Gym Brunei telah bermurah hati menaja VFA dalam mengungkayahkan aktiviti mereka. Kali ini Remz Gym telah berkesudian menjadi penaja untuk skuad Masters VFA yang akan menyertai kejohanan 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 pada 3 & 4 Mac 2012 hujung minggu ini. Sebelum itu telah diadakan satu majlis ringkas penyerahan replika cek oleh wakil Remz Gym Brunei kepada VFA yang diwakili oleh Awanf Jabar Ithnin selaku Timbalan Setiausaha Agong merangkap Pengurus Pasukan ke kejohanan tersebut. Pasukan VFA Masters akan berlepas ke Pulau Pinang, Malaysia pada 2 Mac (Jumaat) dan akan pulang ke tanah air pada 7 Mac (Rabu).

VFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Remz Gym Brunei yang tidak kendur-kendur membantu VFA khususnya demi memartabatkan mutu sukan negara. Sesungguhnya jasa baik pihak Remz Gym itu sangat-sangat dihargai dan semoga diberkati Allah s.w.t jua.

No comments:

Post a Comment