Saturday 25 February 2012

11 PASUKAN SERTAI STONEVILLE HOTEL CUP

Sebanyak 11 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan 7 sepasukan veteran Stoneville Hotel Cup yang akan berlangsung selama sehari pada 26 Februari 2012 (Ahad) bertempat di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Temburong dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kejohanaan tersebut adalah anjuran pasukaan bolasepak veteran Daerah Temburong dan ditaja sepenuhnya oleh Stoneville Hotel.

Walaupun penyertaan tidak mencapai seperti yang dihasratkan oleh pihak penganjur namun kehadiran 11 buah pasukan tersebut nampaknya akan menjangkakan saingan sengit kerana disertai oleh pasukan-pasukan dari hampir kesemuaa daerah di Negara Brunei Darussalam di samping kehadiran dua buah pasukan negara jiran iaitu dari Sundar dan Limbang.

Pasukan-pasukan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B & C. Lapan pasukan akan layak ke pusingan suku akhir dan seterusnya bermain secara kalah-mati hingga ke perlawanan aakhir. Johan akan menerima hadiah wang tunai $300 dan piala, naib johan menerima wang tunai $200 dan tempat ketiga bersama masing-masing akan menerima $100.

Berikut adalah senarai paukan-pasukan mengikut kumpulan;

KUMPULAN A
Stoneville
Veteran 10
Semaun
Limbang

KUMPULAN B
RAJS Villa
Sundar
Tutong

KUMPULAN C
Lun Bawang
Brunei Oldstar
Penang Curry Team
Temburong Veteran

Diucapkan selamat bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment