Saturday, 25 September 2010

9 OKT 2010 - TARIKH BARU PERLAWANAN AMAL

Dengan ini diumumkan bahawa tarikh baru Perlawanan Bolasepak Persahabatan Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan adalah seperti berikut;

9 OKTOBER 2010 / SABTU
STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BERAKAS
8.15 MALAM

Tiket-tiket berharga $10 & $5 sedang dijual di lokasi-lokasi berikut;

Hua Ho - Tg Bunut & Kg Petani (Tutong)
Mufakat Sport - Gadong
Restoran Stadium NHB - Berakas
U-Soff Cafe - Serusop

Saturday, 18 September 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN AMAL TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN

FANDI, MALEK, KADER, HASSAN DAN MATLAN SAHKAN PENYERTAAN UNTUK PASUKAN PILIHAN VFA

Kini telah sah bahawa Fandi Ahmad, Malek Awab dan Kader Yahya, kesemuanya bekas pemain-pemain kebangsaan Singapura serta Hassan Sani dan Matlan Marjan, bintang lagenda Sabah dan Malaysia akan menyarung jersi Pilihan VFA dalam perlawanan amal untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan menentang Juara Piala Malaysia 1999.

Pihak VFA telah mendapat surat kelulusan dari Sekretariat Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan (Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan) untuk menganjurkan perlawanan tersebut. Tiket-tiket berharga $10 dan $5 akan dijual dalam waktu terdekat di beberapa tempat yang akan diberitahui kemudian.

Sementara itu skuad Juara Piala Malaysia 1999 mendapat suntikan semangat apabila salah seorang pemain import skuad tersebut, Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell telah bersetuju untuk kembali ke Brunei Darussalam bergabung kembali bersama rakan-rakan beliau yang menjadi wira Negara Brunei Darussalam apabila menjuara Piala Malaysia pada tahun 1999.

Butiran lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.15 malam
Tempat: Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Thursday, 9 September 2010


PRESIDEN DAN AJK TADBIR VFA MENGUCAPKAN

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H/2010M
Maaf Zahir dan Batin

KEPADA SELURUH AHLI VFA, PARA PEMAIN VETERAN DAN PARA PEMINAT BOLA SEPAK DI SELURUH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SERTA DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA.

Sunday, 5 September 2010

MESYUARAT AJK TADBIR BIL. 6/10

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) sekali lagi akan mengadakan mesyuarat AJK Tadbir iaitu untuk kali ke 6 sejak secara rasmi ditubuhkan pada November 2009 lalu. Butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh: 6hb. Sept. 2010 (Isnin) bersama 25 Ramadhan 1431H
Tempat: Bilik Mesyuarat JPKK, Beribi.
Masa: 3.00 petang

Mesyuarat tersebut diadakan khusus untuk membincangkan beberapa aktiviti yang bakal diungkayahkan oleh VFA selepas ini iaitu Sambutan Hara Raya Aidilfitri dan Ramah Mesra, Perlawanan Bolasepak Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan dan Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 serta beberapa perkara lainnya.

Dengan itu adalah dipohonkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir VFA dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 supaya akan dapat hadir ke mesyuarat itu kerana buah fikiran awda sangat-sangat diharapkan untuk melicinkan lagi persediaan dan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut di atas.

Jabar Ithnin
Timbalan Setiausaha Agong

Friday, 20 August 2010

MESYUARAT AJK TADBIR BIL 5/10

Kelmarin (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat JPKK, Kg Lambak, jam 3.30 petang, telah berlangsung Mesyuarat AJK Tadbir VFA Bil 5/10. Hadir ke mesyuarat tersebut ialah Presiden, Awang Ali Hj Ismail, Setiausaha Agong, Awang Liew Chuan Fue dan ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang lainnya.

Antara lain agenda mesyuarat tersebut ialah lantikan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi Brunei 7's International Soccer Challenge, membincangkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Pakistan dan Majlis Hari Raya VFA. Beberapa perkara lain juga telah ditimbulkan oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang telah dan akan diungkayahkan oleh VFA.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Brunei 7's Soccer Challenge 2010 adalah;

Pengerusi
Awang Ali Hj Ismail

Timbalan Pengerusi
Pg Anak Hj Damit Baharuddin

Setiausaha
Ustaz Hj Ahmad Hj Mohin
Awang Jabar Ithnin

Pengarah Kejohanan
Awang Liew Chuan Fue
Awang Ukoi Anam

J/Kuasa Kewangan dan Tajaan
Awang Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat
Awang Ishak Hj Kabon

J/Kuasa Hadiah dan Percetakan
Awang Sharbini Mohidin

J/Kuasa Venue dan Kelengkapan
Awang Puncha Gunong
Ampuan Bakar Ampuan Sabli

J/Kuasa Keselamatan dan Kebersihan
Awang Salman Sigar
Awang Nordin Tujoh

J/Kuasa Media dan Promosi
Awang Pea Chong Koon

J/Kuasa Jamuan
Awang Ishak Hj Kabon

J/Kuasa Perubatan
Awang Main Tanjong

J/Kuasa Pengangkutan dan Penginapan
Awang Lim Sun Hui

Sementara itu satu Perlawanan Persahabatan Amal antara VFA Eleven (Pilihan VFA) menentang skuad Juara Piala Malaysia 1999 akan dilangsungkan pada 9hb Oktober 2010, di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, jam 8.15 malam, dan semua hasil kutipan tiket akan disumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan.

Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa Majlis Hari Raya Aidil Fitri VFA akan dilangsungkan pada 26hb September 2010, jam 2.00 petang, manakala tempatnya pula akan ditentukan kemudian. Majlis tersebut dianjurkan untuk meraikan ahli-ahli VFA dan keluarga mereka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431H.

Sunday, 15 August 2010

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI SELANGOR

Grand Masters
Ramli Metussin sampai berdarah, begitulah semangat juang pemain-pemain veteran
Hj Sahari Hj Tahir ketika beraksi untuk pasukan Masters
Puncha Gunong sewaktu bertemu Port Rangers dari Klang, Selangor
Makan time, Sarbini, Abdullah, Hj Sahari @ Eric, Suni & Ukoi Anam
Abdullah berusaha merampas bola dari kaki lawan sambil diperhatikan oleh Suni Mat Jerah
Final antara KIA (Kinta Indian Association, Perak) dan Brunei Grand Masters
Santai menunggu perlawanan berikutnya; Abdullah, Ukoi, Suni, Kula dan Sabtu
Ramai jua doktor! Rakan-rakan turut simpati terhadap Ramli
Inilah suasana jika kedua-dua pasukan tidak bermain, masing-masing tidak melepaskan peluang berehat di khemah-khemah yang telah disediakan oleh pihak penganjur - Gambar sumbangan Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat

Thursday, 12 August 2010

VFA CEMERLANG DI 10TH RSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S

Skuad Grand Masters bergambar ramai setelah menerima hadiah naib juara.

Sebahagian dari pemain-pemain VFA mengabadi kenangan sebelum perlawanan bermula.

Santai bergambar sambil menunggu giliran masing-masing bermain.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sudi bergambar bersama skuad VFA.

DYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sedang memotong riben bagi menandakan perasmian kejohanan.

Kesemua pemain pemain dan pegawai VFA sedang menunggu acara pembukaan rasmi dimulakan.

Syabas diucapkan kepda para pemain dan pegawai skuad VFA yang menyertai kejohanan 10th RSC International Soccer 7's yang telah berlangsung pada 7 & 8 Ogos 2010 lalu bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. VFA telah menyertai dua kategori iaitu Grand Masters (50 tahun ke atas) dan Masters (40 - 49 tahun).

Kejohanan selama dua hari itu telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebanyak 15 buah pasukan telah menyertai kategori Masters; RSC, NST, BP Soccer Veteran & M'sian Grasshoppers (Kum. A); VFA, Essex Lasallians/S'pore, Uniplast FC & PJ Wilders (Kum. B); Kilat Veterans, Wednesday FC/KL, Melodi Jaya FC/Johor & Soccer Experience/Europe (Kum. C) dan Reds Giants, Butterworth Selection & KLM Holland (Kum. D).

Manakala bagi kategori Grand Masters pula sebanyak 13 pasukan menyertai dan dibahagi kepada 3 kumpulan; RSC, VFA, Essex Lasallians/S'pore & ARK7/S'pore (Kum. A), PSC, Korean FC, Royal Bangkok SC & KIA (Kum. B) dan RSC Hidden Tigers, Port Rangers, Universal FC, Singapore RC & Qantas Perth/Australia (Kum. C).

Johan dan naib johan setiap kumpulan layak bertanding untuk kategori 'Cup Competition' yang dibahagi kepada 2 kumpulan. Johan dan naib johan pula akan bertanding untuk perlawanan separuh akhir dan seterusnya. Sementara pasukan-pasukan di tangga bawah setiap kumpulan pula akan bertanding bagi kategori 'Plate Competition'.

Skuad Grand Masters pulang dengan kejayaan apabila muncul sebagai naib juara setelah tewas 1-4 kepada wakil Perak, KIA FC dalam perlawanan akhir. Pencapaian ini amatlah membanggakan kerana penyertaan VFA bukanlah sebagai sebuah pasukan favourite. Sementara itu, skuad Masters juga memperbaiki pencapaian mereka apabila layak ke pusingan kedua kategori 'Cup Competition' (pasukan menang).

Dalam penyertaan pertama tahun lalu skuad Masters gagal layak ke pusingan kedua kategori 'Cup Competition' dan hanya beraksi dalam kategori 'Plate Competition' (pasukan kalah). Walaupun tewas dalam pusingan kedua namun skuad Masters telah berjaya memperlihatkan corak permainan yang membanggakan.

PEGAWAI
Abd Morad Hj Abd Rani - Pengurus
Nordin Tujoh - Jurulatih

PEMAIN-PEMAIN
MASTERS
Kula Mohamad
Hj Sahari Hj Tahir
Ukoi Anam
Sharbini Mohidin
Suni Mat Jerah
Abdullah Hj Raini
Hj Md Sallehen Kee Abdullah
Abd Morad Hj Abd Rani
Sabtu Sitai

GRAND MASTERS
Matussin Sumpong
Zaini Hj Abang
Metusin Bagol
Hj Ramli Metusin
Liew Chuan Fue
Mail Tanjong
Puncha Gunong
Nordin Tujoh