Saturday 18 September 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN AMAL TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN

FANDI, MALEK, KADER, HASSAN DAN MATLAN SAHKAN PENYERTAAN UNTUK PASUKAN PILIHAN VFA

Kini telah sah bahawa Fandi Ahmad, Malek Awab dan Kader Yahya, kesemuanya bekas pemain-pemain kebangsaan Singapura serta Hassan Sani dan Matlan Marjan, bintang lagenda Sabah dan Malaysia akan menyarung jersi Pilihan VFA dalam perlawanan amal untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan menentang Juara Piala Malaysia 1999.

Pihak VFA telah mendapat surat kelulusan dari Sekretariat Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan (Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan) untuk menganjurkan perlawanan tersebut. Tiket-tiket berharga $10 dan $5 akan dijual dalam waktu terdekat di beberapa tempat yang akan diberitahui kemudian.

Sementara itu skuad Juara Piala Malaysia 1999 mendapat suntikan semangat apabila salah seorang pemain import skuad tersebut, Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell telah bersetuju untuk kembali ke Brunei Darussalam bergabung kembali bersama rakan-rakan beliau yang menjadi wira Negara Brunei Darussalam apabila menjuara Piala Malaysia pada tahun 1999.

Butiran lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.15 malam
Tempat: Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

No comments:

Post a Comment