Thursday 12 August 2010

VFA CEMERLANG DI 10TH RSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S

Skuad Grand Masters bergambar ramai setelah menerima hadiah naib juara.

Sebahagian dari pemain-pemain VFA mengabadi kenangan sebelum perlawanan bermula.

Santai bergambar sambil menunggu giliran masing-masing bermain.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sudi bergambar bersama skuad VFA.

DYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sedang memotong riben bagi menandakan perasmian kejohanan.

Kesemua pemain pemain dan pegawai VFA sedang menunggu acara pembukaan rasmi dimulakan.

Syabas diucapkan kepda para pemain dan pegawai skuad VFA yang menyertai kejohanan 10th RSC International Soccer 7's yang telah berlangsung pada 7 & 8 Ogos 2010 lalu bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. VFA telah menyertai dua kategori iaitu Grand Masters (50 tahun ke atas) dan Masters (40 - 49 tahun).

Kejohanan selama dua hari itu telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebanyak 15 buah pasukan telah menyertai kategori Masters; RSC, NST, BP Soccer Veteran & M'sian Grasshoppers (Kum. A); VFA, Essex Lasallians/S'pore, Uniplast FC & PJ Wilders (Kum. B); Kilat Veterans, Wednesday FC/KL, Melodi Jaya FC/Johor & Soccer Experience/Europe (Kum. C) dan Reds Giants, Butterworth Selection & KLM Holland (Kum. D).

Manakala bagi kategori Grand Masters pula sebanyak 13 pasukan menyertai dan dibahagi kepada 3 kumpulan; RSC, VFA, Essex Lasallians/S'pore & ARK7/S'pore (Kum. A), PSC, Korean FC, Royal Bangkok SC & KIA (Kum. B) dan RSC Hidden Tigers, Port Rangers, Universal FC, Singapore RC & Qantas Perth/Australia (Kum. C).

Johan dan naib johan setiap kumpulan layak bertanding untuk kategori 'Cup Competition' yang dibahagi kepada 2 kumpulan. Johan dan naib johan pula akan bertanding untuk perlawanan separuh akhir dan seterusnya. Sementara pasukan-pasukan di tangga bawah setiap kumpulan pula akan bertanding bagi kategori 'Plate Competition'.

Skuad Grand Masters pulang dengan kejayaan apabila muncul sebagai naib juara setelah tewas 1-4 kepada wakil Perak, KIA FC dalam perlawanan akhir. Pencapaian ini amatlah membanggakan kerana penyertaan VFA bukanlah sebagai sebuah pasukan favourite. Sementara itu, skuad Masters juga memperbaiki pencapaian mereka apabila layak ke pusingan kedua kategori 'Cup Competition' (pasukan menang).

Dalam penyertaan pertama tahun lalu skuad Masters gagal layak ke pusingan kedua kategori 'Cup Competition' dan hanya beraksi dalam kategori 'Plate Competition' (pasukan kalah). Walaupun tewas dalam pusingan kedua namun skuad Masters telah berjaya memperlihatkan corak permainan yang membanggakan.

PEGAWAI
Abd Morad Hj Abd Rani - Pengurus
Nordin Tujoh - Jurulatih

PEMAIN-PEMAIN
MASTERS
Kula Mohamad
Hj Sahari Hj Tahir
Ukoi Anam
Sharbini Mohidin
Suni Mat Jerah
Abdullah Hj Raini
Hj Md Sallehen Kee Abdullah
Abd Morad Hj Abd Rani
Sabtu Sitai

GRAND MASTERS
Matussin Sumpong
Zaini Hj Abang
Metusin Bagol
Hj Ramli Metusin
Liew Chuan Fue
Mail Tanjong
Puncha Gunong
Nordin Tujoh

No comments:

Post a Comment