Wednesday 17 March 2010

VFA DAPAT JEMPUTAN LAGI

Poster publisiti yang dikirimkan kepada VFA oleh penganjur Borneo Football Cup 2010.

Belumpun hilang keletihan menyertai 11th PSC International Soccer 2010 pada 6 & 7 Mac 2010 lalu, VFA menerima beberapa jemputan lagi bagi menyertai kejohanan-kejohanan anjuran mereka. Paling awal menjemput ialah Borneo Sports Holiday iaitu penganjur Borneo Football Cup 2010 di Kota Kinabalu, Sabah yang mana sejak dua edisi lalu Brunei DS muncul juara. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 5 & 6 November 2010.

Ketika menyertai kejohanan di Pulau Pinang lalu, VFA menerima juga jemputan dari negeri Johor Darul Takzim untuk menyertai 1st Melodi Jaya International Soccer 9 A-side 2010 yang dijadualkan berlangsung pada 5 & 6 Jun 2010 bertempat di Padang Gelam, Johor Bahru, Johor. Menurut Pengerusi Kejohanan, Haja Mydin Abdul Kader, kejohanan tersebut membuka penyertaan untuk Kategori Veteran dan Masters dan yuran penyertaan ialah RM1,500.

Ulu Klang Recreation Club (UKRC) juga tidak melepaskan peluang untuk mengundang VFA ke UKRC International Soccer 9's pada 15 & 16 Oktober 2010 yang akan berlangsung di UKRC, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Untuk kejohanan ini ianya terbuka kepada satu kategori sahaja iaitu Kategori Masters (dengan membenarkan setiap pasukan menyenaraikan 3 orang pemain berusia 40 tahun).

Kepada pasukan-pasukan atau kelab-kelab yang turut berminat untuk menyertai kejohanan-kejohanan tersebut bolehlah menghubungi Awang Jabar bin Ithnin (Timbalan Setiausaha Agong VFA) melalui talian 8820062 atau email: jabarithnin@gmail.com.

No comments:

Post a Comment