Monday 29 March 2010

VFA ANJUR DUA KEJOHANAN TAHUN INI

LIGA VETERAN KEBANGSAAN - PIALA PRESIDEN
BRUNEI 7'S INTERNATIONAL CHALLANGE

Dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Bil 3/2010 yang berlangsung malam tadi di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak Kanan, Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) telah mengambil langkah seterusnya untuk mengendalikan dua kejohanan besar tahun ini iaitu Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden dan Brunei 7'S International Challange.

Kedua-dua kejohanan tersebut adalah projek sulong VFA sebaik diluluskan pendaftarannya pada 16 November 2009 lalu. Liga Veteran Kebangsaan (LVK) dijadualkan berlangsung selama tiga bulan iaitu dari bulan Mei hingga Julai 2010 sementara Brunei 7'S International Challange (Brunei 7'S) akan berlangsung pada 4 & 5 Disember 2010.

LVK dianjurkan sebagai liga veteran kebangsaan dan terbuka kepada pasukan-pasukan keempat-empat daerah iaitu Brunei/Muara, Tutong, Belait dan Temburong serta beberapa pasukan jemputan. Brunei 7'S pula adalah kejohanan 7 sepasukan yang bertaraf antarabangsa dan terbuka untuk pasukan-pasukan dari dalam dan luar negeri.

Mesyuarat juga telah mendengar laporan penyertaan VFA dalam 11th PSC International Soccer 7's 2010 yang dibentangkan oleh Pengurus Pasukan, Awang Jabar Ithnin. Selain itu mesyuarat juga telah membincangkan pelbagai perkara untuk memajukan lagi VFA agar menjadi sebuah pertubuhan yang disegani suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment