Sunday 31 January 2010

MESYUARAT AJK TADBIR VFA BIL 2/10

Presiden Awg Ali Hj Ismail sedang menerangkan sesuatu dalam mesyuarat tersebut. Di sebelah beliau ialah Naib Presiden Hj Ahmad Hj Mohin dan Pg Anak Hj Damit Baharuddin.

Dari kini; Ishak Hj Kabon, Hj Zainol Ariffin, Safri Hj Masri, Pea Chong Koon & Kasmi Hj Abd Hamid.

Liew Chuan Fue (depan) dan Sharbini Mohidin turut hadir.

Tarikh: 30 Januari 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat, JPKK, Lambak Kanan

Masa: 8.30 malam


Malam tadi telah berlangsung Mesyuarat AJK Tadbir VFA Bil 2/10 bertempat di Bilik Mesyuarat, JPKK, Lambak Kanan dan mesyuarat bermula jam 8.30 malam, terlewat 30 minit dari jadual asal kerana masalah teknikal. Mastar Presiden ganya tahu tuuuuu.

Mesysuarat telah dipengerusikan oleh Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail. Kedua-dua Naib Presiden iaitu Ustaz Haji Ahmad bin Haji Mohin dan Pg Anak Haji Damit Baharuddin juga hadir pada mesyuarat malam tadi. Beberapa perkara telah diperbincangkan seperti mengatur aktiviti-aktiviti tahunan VFA untuk tahun pertama ini. Antaranya ialah menganjurkan Kejohanan Futsal pada bulan April, Kejohanan Liga Veteran Kebangsaan (Mei-Julai), Kejohanan Veteran Borneo, Kejohanan Veteran 7'side Antarabangsa dan tidak lupa membincangkan persiapan ke 11st PSC International Soccer 7's 2010 di Pulau Pinang pada 6 & 7 Mac 2010 akan datang.

Dalam mesyuarat malam tadi jelas VFA membulatkan tekad untuk terus maju ke hadapan bagi menjadikan VFA sebuah persatuan yang mantap dari segi pentadbiran dan penganjuran kejohanan-kejohanan baik peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Kepada pemain-pemain bola sepak veteran yang masih belum menjadi ahli, diharap dapat mendaftar dengan segera kerana banyak aktiviti yang sedang dirancang untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment