Wednesday 27 January 2010

JEMPUTAN PULAU PINANG - BRUNEI HANTAR 3 PASUKAN


Pasukan 2008 yg menjadi juara kategori Masters


Pasukan 2009, gagal mempertahankan kejuaraan, kandas di pusingan kedua.

Untuk pertama kali, 3 buah pasukan akan mewakili Brunei Darussalam dalam satu2 kejohanan veteran di luar negara. Pada PSC 11th International Soccer 7's 2010 anjuran Penang Sport Club (PSC) yg dijadualkan berlangsung pd 6 & 7 Mac 2010 akan datang ini, VFA akan menghantar 2 pasukan iaitu Veteran (40 tahun) dan Masters (45 tahun), sementara itu sebuah lagi pasukan veteran iaitu Brunei Oldstars akan menyertai kategori Veteran.

Buat masa ini masing2 pasukan sedang menjalankan latihan intensif & perlawanan2 persahabatan sebagai persediaan ke kejohanan tersebut. Kejohanan anjuran PSC itu telah menimbulkan beberapa kenangan manis buat pasukan Brunei DS. Brunei Dragon telah memenangi kategori Veteran pd tahun 2007 dan tahun 2008 pula Brunei Veteran telah muncul juara bagi kategori Masters.

Adalah diharapkan kunjungan kali ini akan membuahkan hasil kpd pasukan2 VFA dan Brunei Oldstars disamping bertujuan utk menyambung silatur-Rahim antara pemain2 veteran dari benua Asia kerana penyertaan selalunya dari beberapa buah negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Australia, Eropah dan Maldives. Kita doakan kejayaan pasukan2 veteran Brunei DS utk kejohanan itu.

No comments:

Post a Comment