Friday, 25 November 2011

UNDIAN PASUKAN UNTUK REMZ GYM 2ND BRUNEI 7'S

Pada 25 Nov 2011 (Jumaat/3.00 petang) telah diadakan majlis undian untuk menetapkan kedudukan pasukan-pasukan yang menyertai REMZ GYM 2ND BRUNEI 7'S INTERNATIONAL SOCCER CHALLENGE 2011 bertempat di Restoran Anekarasa, Kiulap. Acara telah dikendalikan oleh Awang Jabar Ithnin (Setiausaha Kejohanan) bersama Awang Liew Chuan Fue (Pengarah Teknikal).

Berikut adalah kedudukan pasukan-pasukan setelah selesai acara tersebut;

KATEGORI MASTERS

KUMPULAN A
VFA
Pratama Medan Klub
Rimba Star FC
PBDB Masters
Melody Jaya FC

KUMPULAN B
Pertamina Albatross
Sutera FC
Semaun Masters
Kurnia Medan City FC
Temburong Masters

KATEGORI VETERAN

KUMPULAN A
Black Eagle FC
Temburong Veteran
FBSB Oldstar
VFA
Brunei Oldboyz

KUMPULAN B
MIISA United FC
Prisma Combination FC
I-Team
Rimba Star FC
Petroleum Miri DC

KUMPULAN C
Sarawak Ex-State Players Association
Semaun Veteran
Pratama Medan Klub
MAS
Brunei Wanderers

Thursday, 17 November 2011

TEAM PARTICIPANT FOR 2ND BRUNEI 7'S

VETERAN
1. VFA
2. Temburong
3. Rimba Star FC
4. Semaun
5. Brunei Wanderers
6. Brunei Old Boys
7. MIISA United
8. I-Team
9. Pratama Medan Klub - Indonesia
10. Prisma Combination FC - Sabah, Malaysia
11. Sarawak Ex-State Players Association - Sarawak, Malaysia
12. FBSB Old Star - Sarawak, Malaysia
13. Petroleum Miri Sport Club - Sarawak, Malaysia
14. Black Eagle FC - Kuala Lumpur, Malaysia
15. MAS - Kuala Lumpur, Malaysia

MASTERS
1. VFA
2. Temburong
3. Rimba Star FC
4. Semaun
5. Sutera FC
6. Pratama Medan Klub - Indonesia
7. Kurnia Medan City - Indonesia
8. Melody Jaya FC - Johor, Malaysia
9. Pertamina Albatross FC - Indonesia

Saturday, 29 October 2011

MESYUARAT AJK KEJOHANAN 2ND BRUNEI 7'S BIL 3/11

Ahli Jawatankuasa Kejohanan 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 akan mengadakan mesyuaratnya buat kali ke 3 menjelang berlangsungnya kejohanan berprestij itu. Butiran lanjut mengenainya adalah seperti berikut;

Tarikh: 3hb. November 2011/Khamis

Masa: 8.30 malam

Tempat: No. 3, Simpang 68, Kg. Madang, BS Begawan

Saturday, 15 October 2011

2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011

VFA sekali lagi akan menganjurkan 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 setelah berjaya memulakannya tahun lalu. Edisi tahun ini akan berlangsung pada 3 & 4 Disember 2011, bertempat di Padang & Balapan, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Pihak penganjur masih mengekalkan formatnya iaitu dibukakan kepada dua kategori; Veteran (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas). Yuran penyertaan pula ialah US400 dan hadiah-hadiah pula ialah Johan US2,000 dan Naib Johan US1,000. Seperti lazimnya kejohanan-kejohanan peringkat veteran, pasukan-pasukan yang kalah di pusingan awal turut diberi peluang untuk menjuarai kategori Plate (pasukan yang menang kategori Cup).

Kalau musim lalu hanya 3 buah pasukan luar yang bertanding iaitu Melody Jaya FC (Johor), FBSB FC dan Kelab Rekreasi Petroleum Miri (kedua-duanya dari Miri, Sarawak), untuk edisi kedua ini pasukan luar negeri bertambah bilangannya. Buat masa ini pasukan-pasukan luar yang turut bertanding ialah Peringatan FC, Ex-Sabah State FT (Sabah, Malaysia), Kurnia Medan City FC (Medan, Indonesia), Black Eagles FC (KL, Malaysia) dan Pertamina Albatros FC (Indonesia). Ada beberapa buah pasukan lagi yang memberi persetujuan secara lisan tetapi pihak penganjur belum berani untuk mengesahkan penyertaan mereka secara rasmi.

Bagi edisi pertama lalu Melody Jaya FC menjuarai Kategori Masters dan Brunei Wanderers menjuarai Kategori Veteran. Kepada pasukan-pasukan tempatan yang berhasrat untuk menyertai bolehlah menghubungi Awang Mail Tanjong (+673 8665923).

Friday, 7 October 2011

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SUMBANGAN JAMHARI LANI

Final Pesta Sukan Merdeka Brunei (1985), Brunei lwn Singapura. Sepenuh masa seri 2-2 tetapi Brunei tewas melalui sepakan penalti.
Kejohanan Jemputan Kelab-Kelab di Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada tahun 1984.
Penyampaian pingat naib johan Pesta Sukan Merdeka Brunei 1985.
Piala Malaysia 1984-1991. Dalam perlawanan Brunei & Kedah, seri 2-2 serta kedua-dua gol jaringan Jamhari Lani.
Pra Piala Dunia 1985 Brunei lwn Macau, di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas seri 1-1.
Terima kasih Jamahari Lani kerana mengirimkan sedikit info menegenainya. Diharap pemain-pemain lagenda yang lainnya dapat berbuat demikian untuk ristaan genarasi sekarang dan akan datang.

Tuesday, 27 September 2011

VFA KANDAS DI PUSINGAN KEDUA

1st M'sia Day Ex International/State Soccer 9's 2011
Berdiri dari kiri; Metussin Sumpong, Sabtu Sitai, Ukoi Anam, Hj Ayubhan Hj Jaya, Hj Ramli Metussin, Hj Ahmad Hj Mohin, Kula Mohamed & Lim Sun Hui.
Duduk dari kiri; Mail Tanjong, Hj Metussin Bagol, Zaini Hj Abang, Hon Ah Yan & Hj Sahari Hj Tahir.

VFA yang dijemput buat pertama kali menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pemain Negeri/Kebangsaan Malaysia pada 16 & 17 Sept 2011, di Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur, telah berjaya mara pusingan kedua apabila menjadi naib johan kumpulan yang disertai oleh 12 pasukan negeri-negeri di Malaysia serta pasukan jemputan luar negara termasuk Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Australia.

Di pusingan kedua skuad VFA gagal menyerlah apabila tewas 1-2 kepada Perak, 0-3 ke atas Thailand dan seri 0-0 dengan Melaka. Johor muncul juara setelah menewaskan Singapura 1-0 dalam perlawanan akhir. Ramai bekas pemain-pemain antarabangsa beraksi dan antaranya ialah Nasir Yussof, Fadzli Ahmad & Salleh Md Noor (Johor), Azizol Abu Hanifah, Khalid Ali & Ramli Talib (Perak), Faridzul Kassim (Kedah), Dato Soh Chin Aun (Melaka), Kamaruzaman Yussof, Karim Pin, Mohd Noor Yaakub & M. Pavalamani (KL), Hassan Sani, Henri Anjun & Karti Tukimin (Sabah), Jalil Ramli, Mohd Ali Shafiee & Awang Mahyan (Sarawak), Malek Awab & Lim Ting Hai (Singapura).

Skuad VFA diketuai oleh Awang Haji Ahmad Haji Mohin, Naib Presiden VFA, sementara pengurus pasukan ialah Mail Tanjong. Pihak VFA mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh NFABD dalam penyertaan ke kejohanan tersebut.

Thursday, 22 September 2011

VFA NAIB JOHAN DI UKRC

Skuad VFA mencatat keputusan membanggakan dalam penyertaan pertamanya di UKRC-Astro International Soccer 9's 2011 (10 & 11 Sept 2011) apabila merangkul naib johan, tewas tipis 3-4 kepada pasukan Indonesia di perlawanan akhir. Sebanyak 12 buah pasukan telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Komplek Sukan UKRC, Ulu Klang, Kuala Lumpur itu.

Bersama ini dipaparkan gambar-gambar mereka;

Gambar medal yang dimenangi.
Kelihatan Puncha Gunong sedang menghantar SMS kepada isteri tersayang. Di belakangnya Suni Mat Jerah.
Azamanuddin Hj Gillen aka Damit bersama Ukoi Anam bersedia untuk perlawanan.

Morad Hj Abd Rani sedang memberi posing 'maut'.

Gambar pasukan sebelum perlawanan bermula.

Skuad VFA bergambar bersama pegawai-pegawai UKRC dan pemain lagenda Malaysia & Selangor, Santokh Singh (berdiri empat dari kanan).