Saturday 15 October 2011

2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011

VFA sekali lagi akan menganjurkan 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 setelah berjaya memulakannya tahun lalu. Edisi tahun ini akan berlangsung pada 3 & 4 Disember 2011, bertempat di Padang & Balapan, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Pihak penganjur masih mengekalkan formatnya iaitu dibukakan kepada dua kategori; Veteran (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas). Yuran penyertaan pula ialah US400 dan hadiah-hadiah pula ialah Johan US2,000 dan Naib Johan US1,000. Seperti lazimnya kejohanan-kejohanan peringkat veteran, pasukan-pasukan yang kalah di pusingan awal turut diberi peluang untuk menjuarai kategori Plate (pasukan yang menang kategori Cup).

Kalau musim lalu hanya 3 buah pasukan luar yang bertanding iaitu Melody Jaya FC (Johor), FBSB FC dan Kelab Rekreasi Petroleum Miri (kedua-duanya dari Miri, Sarawak), untuk edisi kedua ini pasukan luar negeri bertambah bilangannya. Buat masa ini pasukan-pasukan luar yang turut bertanding ialah Peringatan FC, Ex-Sabah State FT (Sabah, Malaysia), Kurnia Medan City FC (Medan, Indonesia), Black Eagles FC (KL, Malaysia) dan Pertamina Albatros FC (Indonesia). Ada beberapa buah pasukan lagi yang memberi persetujuan secara lisan tetapi pihak penganjur belum berani untuk mengesahkan penyertaan mereka secara rasmi.

Bagi edisi pertama lalu Melody Jaya FC menjuarai Kategori Masters dan Brunei Wanderers menjuarai Kategori Veteran. Kepada pasukan-pasukan tempatan yang berhasrat untuk menyertai bolehlah menghubungi Awang Mail Tanjong (+673 8665923).

No comments:

Post a Comment