Sunday, 17 July 2011

KOTA RANGER FC LWN SEMAUN VETERAN DI FINAL

Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-2 2011 DST Group sampai kemuncaknya hujung minggu ini 23hb. Julai 2011 (Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Komplek Sukan JBS, Berakas, mempertemukan Kota Ranger FC dan Semaun Veteran yang menang ke atas lawan masing-masing dalam separuh akhir.

Paling manis ialah kejayaan Kota Ranger FC apabila dapat menebus kehampaan tahun lalu bilamana terkandas di separuh akhir kepada lawan yang sama. Namun kali ini jaguh 80 & 90an itu menang mudah apabila mencatat kemenangan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Awang Semaun.

Sementara itu, juara bertahan PSJD gagal mengekalkannya setelah tewas dengan sepakan penalti 5-6 ditangan pendatang baru Semaun Veteran. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 setelah permainan tamat dan memaksa keputusan ditentukaan melalui sepakan penalti dalam perlawanan yang diadakan di padang Sekolah Menengah PDSM Mentiri.

No comments:

Post a Comment